Friday, October 30, 2009

perkhemahan unit beruniform 2009

Malam ni aku stay kat sekolah sebab ada perkhemahan,
cadang nak buat kat Ulu Chepor tapi dah batal saat-saat akhir sebab ada tragedi kuala dipang.
arahan terus datang dari JPN perak.

jadi bebudak ni berkhemah kat padang sekolah.

Wednesday, October 28, 2009

AKSI KUCEN KAT UMAH HAKU....

GEMOK SEDANG MAIN


ALAMAK...NAK TERKENA SILIT PLAK....
HEMSEM NIH...NAMA DIA GEMOK, BAKAL KUCEN GARONG TERKENAL
NAMA KUCEN NI KOKO...KAK IPAR YANG JUMPA...DIA NAK NAMAKAN "MAY"WAKAKA...JANTAN SEJATI KOK NAMA MAY.....
MISTERI KUCEN BERDIRI
NYUMMMMMM....
APO BONDO NIH?
UPSSS...SEKSI YOU..
ROKOK SEPAMMM....
NAK TIDO LE ANAK KUCEN SEME.
DARI KIRI, KOKO, UTEH DAN GEMOK, SUME TENGAH ZZZZZZZZZ.......
MELANTAK NASIK BAKI TENGAHARI TADI...
INI CITAM...KETUA SEGALA KUCEN KAT UMAH...
PORT LEPAK CITAM...
CITAM DI KAWASAN OTORITI NYER...
KUCEN MUDE BELIA NI NAMANYA UNING
KONTROL MACHO....

Thursday, October 22, 2009

Sebuah buku....

Menilai Tarikat dan Kesufian dengan Syariat Allah.

Tajuk Buku yang aku beli melalui pos ni, memang memuaskan walaupun page dia terlalu sedikit. Rasa macam tak puas baca kupasan Dr. MAZA ni.

Dr. MAZA menerangkan tentang sesetengah tarikat kesufian ini menyelewng dan guru-guru utama tarikat kesufian paling banyak mencipta hadis palsu untuk kebaikan atau untuk menggalakkann umat Islam untuk beribadah.

Setau aku kawasan Sabak Bernam membawak ke Bagan Datoh disebelah Perak ni memang terkenal dengan tarikat kesufian Naqsyabandiah dan Muhammadiyyah. Aku rasa tarikat ini dibawa dari indonesia semasa penghijrahan orang-orang Jawa dari indonesia.

Amalan bersuluk juga adalah amalan tarikat.
aku tak tau, aku tak berani untuk memberi pendapat atau mengiyakan mana yang benar atau mana yang salah kerana keluarga aku sejak zaman embah-embah memang terlibat secara langsung dengan amalan suluk dan perguruan tarikat. Setakat yang aku tau mereka adalah sangat alim dan zuhud, terutama keluarga di Sg Tiang Darat, yang mempunyai hubungan langsung dengan Sunan Kudus. Embah saudara aku ( dah meninggal) sering ke Kudus, Indonesia melawat keluarga disana. Sehinggakan pihak keluarga di sana, pernah meminta, embah saudara aku supaya membetulkan menara Masjid Agung diKudus, semata-mata kerana masih ada hubungan darah dengan Sunan Kudus.

Sekarang apabila embah saudara aku dah meninggal, hubungan terputus kerana tiada lagi kunjungan keluarga sebelah sini ke Kudus.

Amalan Tarikat yang diamalkan oleh orang-orang lama di sini mungkin tidak se taksub amalan Tarikat yang dijalankan di sesetengah negara seperti di India, Pakistan atau sesetengah negara arab. Mungkin kita kena check balik apakah amalan kita selama ini.

Perlu diingat, ada sesetengah pendapat mengatakan Dr. Maza adalah pendukung Wahabiyyah dan sering menjadikan amalan golongan "Tua"( istilah yang digunakan oleh historian) sebagai bahan kritikan. Beliau mendapat phD di UIA, UIA pula adalah tempat ....tuuuuutttttt .... Entahlah ... ape-apehal aku suka baca karya, tulisan Dr. Maza dan mengikuti forum bicara beliau.

Tuesday, October 20, 2009

Apabila tidak dihargai...

Kadang kita sebagai manusia biasa memang tidak pernah lari dari kekecewaan. Tidak kira dimana kita berada. Sebagai seorang guru yang baru mencari pengalaman aku merasa amat kecewa apabila segala usaha yang dilakukan untuk kepentingan pelajar dan sekolah tidak dihargai malah dicampak ketepi.

Aku tau sesetengah sekolah biasa mengamalkan kroni-kroni dan pembodek-pembodek disekeliling pihak pentadbiran. Kadang aku fedap dengan benda-benda ni sume. apa yang perlu aku lakukan ialah sabar dan beralah.

Aku pernah bekerja di sektor swasta, persekitaran dan iklim bekerjanya sangat berbeza, soal persaingan dan kaki bodek tetap ada tapi tak seteruk sekarang di sektor kerajaan. Senioriti seseorang sangat dititik beratkan walaupun seseorang itu adalah tukang kebun. Yang baru tak ada hak untuk bersuara atau pun melakukan sesuatu perkata yang baru. Yang baru itu dianggap pelik dan diluar daripada kebiasaan sekolah. Perkara yang baru harus dihapuskan dan ditentang sehabis-habisan tanpa mempedulikan pendapat orang baru. Orang baru yang cuba membawa pembaharuan perlu dibelasah ideanya, perlu dibunuh semangatnya agar sentiasa pasif dan mengikut tradisi sekolah sejak zaman berzaman.

Sepatutnya sebagai seorang bos perlulah memberi peluang dan ruang kepada orang bawahannya. Bos perlulah sentiasa memberi semangat, dorongan dan nasihat yang baik kepada staf nya. Bukan mendengar cakap orang luar yang tk ada kena mengena dengan sekolah ni. tepat sekali pribahasa, '' kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan".

Kadang-kadang apabila kita berada di tempat tinggi kita lupa apa yang berada dibawah kita. kita lupa bahawa untuk berada ditempat tinggi kita perlu memijak bahu orang dibawah. Terlalu seronok berada diatas sehingga terlupa kesakitan bahu-bahu orang dibawah. Jangan kita lupa bahawa sutera adalah berasal dari ulat yang hina melata dibumi.....

Saturday, October 17, 2009

raya di sabak bernam













Raya tahun ni semua rumah sedara-mara, sepupu sepapat semua dikunjungi. Dari Kg Sg Tengar terus ke Sg Panjang.







Wednesday, October 14, 2009

Masih mood raya...

Aduh...lama sungguh aku tak jenguk blog aku ni.n3 bulan ni pun belum ada. Bizi plak lepas raya nih nak uruskan perkhemahan unit pakaian seragam. Jauh lak tu tapak perkhemahan tahun ni, biasa tu buat kat padang atau kuala woh je, dekat lagi menjimatkan .tak tau lah bos dapat duit terpijak ke, zakat ke banyak peruntukan plak tahun nih.

Raya yang lepas ada gak aktiviti keluarga yang dapat dijalankan, antaranya buat BBQ pada malam raya ketiga. Raya ni agak meriah sebab abang aku dah pun balik ke Perak dari Mersing, bersara askar. Jadi sekeluarga beraya kat kampung, adik beradik yang lain pun semua dapat cuti awal.

aku ada sikit la gambar-gambar raya kali ini:
AMARAN KERAS : kepada silent reader yang bernama cik E, jangan kutuk n3 aku lepas baca...!!!! wakaakakak
















Sunday, September 27, 2009

Sop Komplang-komplang

Raya kali ni aku beli daging lembu "ikut bahagian". Maknanya seekor lembu kongsi 28 peserta, sembelih sama-sama dan kongsi sama-sama. Cara ni memang untung sikit berbanding beli kilo-kilo kat pasar. Harga daging pun tak sama ada yang jual ikut harga betul RM18 sekilo, ada gak yang cecah RM24 sekilo gila ahhh...kalau beli ikut bahagian kita akan dapat semua bahagian lembu sama rata. satu bahagian RM100 je.

Jadiknya banyak gak lah daging yang aku dapat dalam 7 kilo gitu, selain itu dapat jerohan, babat, dan tulang...pehhh tang tulang tu yang best. Sebab aku yang masak sup tulang pada tahun lepas, maka kakak aku dengan penuh takzimnya nyuruh aku yang masak...hadoiiii....maleh betol lah. tahun lepas sebab deme ni sume balik malam raya. patutnya bagilah aku rileks raya kali ni sebab deme dah balik awal. Tapi sebab deme dah puji aku masak sup sedap pada tahun lepas, aku pun terpedayalah dengan puji-pujian melangit deme tu.

So....aku masak, segala bahan dah taruk, ayor cukup, daging tulang dah empuk, garam dah curah. Masa menghidang untuk berbuka puasa yang terakhir pada tahun ini, bapak aku rasa dulu...''lhoh, sop pey kok komplang-komplang rasaney cemplang tenan, uyahey opo wes entek ke?'' njaluk sambel kecap pey..... arrghhh... kalo dah semua mintak kicap tu sah-sah le tak sedap.

habih aku kena kutuk dari tahap bapak sampai le ke anak sedara...wahh dah lebih ni. itulah dah kabor dah, kalo masak mesti ada roh/spirit atau keikhlasan. aku memang rasa maleh beno nak masak, patut le hasilnya tak seberape. Yong ada ramei, ate ngape suruh yop masok? hehehehe....

Monday, September 14, 2009

Banyak Dosa....

Hari Raya kali nih, aku rasa nak mintak maaf kepada seseorang makhluk Tuhan. Yang aku rasa banyak beno dosa aku kat dia nih. Aku rasa aku dah sakitkan hati dia, dah menyinggung perasaan dia, dah kecewakan dia, mempermainkan dia.

Aku ingat aku selalu buat dia marah, buat dia merajuk, buat dia tak nak tegur aku. Kalau boleh aku nak bawak sikit buah tangan kat dia sebagai mukadimah misi mintak maaf.

Tapi kalo dia tak maafkan aku camner?Ahhhh...dulik ape, yang penting aku mesti membaiki perhubungan sesama manusia. Camner ye? baik aku berlatih sebagai persediaan nak mintak maaf dengan dia.

"Wak Pah, aku njalok ngapuro seng okeh-okeh, nek aku salah guyon nggawe WakPah latah yang terlampau , aku njalok halal ley, sepuro ney lah yo.

Majlis khatam Quran

Hari Sabtu 11 september nan lalu, satu majlis khatam Quran peringkat Bahagian Umno Bagan Datoh telah diadakan. Majlis telah di anjurkan oleh Biro Agama menjadi tradisi setiap tahun di bawah kepimpinan Dato Seri Zahid Hamidi. Cawangan yang menyertai Tadarus dijemput datang ke Majlis tersebut.

Cawangan kat tempat aku dah khatam masa Nuzul Quran hari tu. Tapi aku cuma sempat datang sekali je sebab Tadarus diadakan bermula 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Aku lak pi keja tak leh nak sertai hari-hari. Nampaknya macam biasa la golongan veteran atau pesara-pesara yang menyudahkan Tadarus tu. Tahniah le diucapkan.

Tahun ni dapat persalinan ( kain pasang untuk wat baju kurung untuk wanita dan baju melayu untuk lelaki ) sebagai cenderahati dari YB. Dengar cerita YB pun ada gak menyertai Tadarus kat kampung beliau.

Sebenarnya yang penting bukan cenderamata yang nak dikejarkan tetapi semangat menghayati bulan Ramadan ni lah yang paling penting.

Wednesday, September 9, 2009

Asam Pedas Ikan Kerisi

Semalam aku try masak asam pedas ikan kerisi yang jadik peberet aku. Resepi tu aku dapat dari kak Zura aku. Ketawa-ketawa dia perli aku ...takpelah yang penting misi aku untuk masak yang lain dari biasa berhasil ( biasa aku goreng je ikan tu atau masak kicap heh)

Resepi dia aku nak tulis kat sini bior tak lupe...

6 ekor ikan kerisi ( kat tempat aku dipanggil ikan beton @ ikan biji nangka)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
setongkol kecik halia (eh, ada ke sukatan masak guna tongkol?)
3 batang serai
15 helai cili kering (memang pedas tahap puaka)
secekak daun ketum...ehhh daun kesum
3 kuntum bunga ...ape ye...ala yang ada dalam laksa tu, haku tak hinggat la nama dia.
1 inci belacan
sekepal kecil asam jawa
garam, gula, bahan perasa
sedikit air
sedikit minyak

Cara nak buat.
1. Ikan kerisi di basuh bersih
2. bawang merah, bawang putih, cili, belacan dan cili kering di kisar
3. Asam jawa dibancuh dengan air
4.Panaskan periuk dan masukkan minyak masak, bila dah kemebul masukkan bahan kisar, tumis sampai seisi rumah tersedak-sedak
5. masukkan daun kesum, bunga dan serai, kacau lagi sampai pekat
6. masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk pak aji.
7.tunggu sampai pekat sikit, pastu masukkan ikan, bila ikan dah masak maka siapla asam pedas tersebut, matikan api.

Senang je rupenyer, sedap sungguh macam kat kedai. Mak bapak bagi aku thumb-up untuk hidangan semalam. Sejak mak sakit ni nampaknye aku lah yang kena masak dengan bimbingan. Haku rasa abih Ramadan ni haku jadik pro dalam masak-memasak...

huh...petang ni nak masak ape ye... haaaa....beli jelah ayam panggang madu kat bazar petang ni. Masak nasik dengan buat air jelah , hehehehehehe .....

Tuesday, September 8, 2009

Haku kena saman...Arrrgggghhhh........

Hari Isnin 7 Sep 2009 pertama kali aku kena saman dalam hidup aku.
Hari tu cuti Nuzul Quran, aku nak buat kelas tambahan yang last kopek punyer untuk bebudak aku subjek sains. Cam biasa aku ada ambik sorang budak India kat rumah dia, sambil nak tunggu budak tu sku sembang jap ngan bapak dia yang tengah bersihkan halaman rumah. Bapak dia ni OKU takleh jalan, jadi aku selalu amik budak ni pegi tuition. Masa sembang tu aku bukak topi keledar.

Bila budak tu dah siap aku pun start moto terus pegi ke sekolah. Haku langsung tak ingat nak pakai topi keledar balik. Selamber je lah, sampai kat satu simpang, ada 2 orang polis tengah wat rondaan berdua naik moto, slow je dorang bawak. Haku dengan konpidennya pegi potong slamber je officer tu. Tetiba aku kena hon suh benti. Aku benti siap tanya lagik, apehal encik? polis tu bengang, kata aku tak hormatkan dia. polis tanya kenapa tak pakai topi keledar, Pehh baru aku ingat topi keledar kat dalam bakul...

dipendekkan cerita aku kena saman satu kesalahan sahaja sebab aku mintak maaf kat dia. kalo tak dapat 2 kesalahan sebab budak India yang menumpang moto aku pun tak pakai topi keledar. huhuhu...camnepun aku respek kat polis tu sebab tak mintak duit kopi. ikhlas dia bertugas dalam bulan puasa ni.

Thursday, August 20, 2009

PREPEGAN

Istilah ini adalah istilah Jawa yang dah lama pupus, tapi kalau kat kampung-kampung masih lagi di gunakan.
prepegan ni bermaksud berbelanja sebelum bermulanya bulan puasa dan hari raya.
biasanya orang-orang tua akan pergi ke pasar untuk membeli keperluan harian untuk bulan Ramadan dan hari raya.

Teringat dulu-dulu, mak aku akan pergi ke pasar membawa bakul, yang tukang bawaknya aku atau kakak aku lah. biasanya mak akan beli bawang, rempahratus, pucuk suhun, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. mak akan beli kain pelikat kecik untuk aku pergi ke surau untuk solat terawikh.

kalau prepegan hari raya pulak, lagi banyak barang yang mak akan beli, selain kain-kain ela untuk baju raya adik beradik aku. itu belum lagi bahan-bahan nak buat kuih, biasanya mak akan beli tepung dan gula dalam jumlah yang banyak untuk dijemur. bila dah kering tepung boleh dibuat bahulu.

haiiii, kalu ingat dulu-dulu memang lebih meriah, sekarang ni semua dah tersedia dan mudah.
Ramadan tahun ini agak hambar dan menyedihkan, mak tidak lagi dapat prepegan kerana semakin uzur, mak tak dapat lagi membuat kuih bahulu kegemaran bapak kerana hanya terbaring lemah di katil. Mak bersuara lemah kerana jantungnya membengkak....
Bagaimanapun...AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN...terimakasih Tuhan kerana masih mengizinkan hambaMu ini menyertai Pesta Pahala tahun ini....

Tuesday, August 18, 2009

Nasik Telur

bunyinya agak aneh kan?
Memang aneh sikit sebab menu nasik telur adalah menu ciptaan haku sendirik masa haku kecik-kecik dulu.

sewaktu dulu-dulu bila kat umah aku takde lauk untuk dimasak, mak akan cari telur ayam kampung atau telur itik peliharaan sendiri di reban. Telur tu biasanya mak akan masak omelet...hehehe bukan la, tapi telur goreng dadar dicampur dengan kelapa parut berserta dengan rempah sikit. nyaammm memang sedap, tujuan dicampur kepala tu bior lauk jadik banyak dan boleh dimakan kami adik beradik sorang sikit....hehehehe bukan nak cerita pasal telur gorang sebenarnya.

satu lagi masakan mak aku ialah telur rebus dan dikupas untuk dimasak kari. bulat-bulat dalam periuk. bila dah masak mak akan belah jadi dua, setiap pinggan akan mendapat telur kari separuh je. biasanya bahagian bapak aku akan dipotong-potong lagi untuk dibahagikan kepada kami adik beradik, bapak kata dia tak minat telur tapi suka makan nasik dengan kuah kari je. walaupun aku kecik lagik aku tau maksud tindakan bapak tu.

seterusnya nak buat nasik telur ni, aku akan tenyehkan bahagian kuning telur dengan nasik bercampur kuah kari sikit. nasik akan menjadi warna kuning, bergumpal-gumpal dan sangat sedap dimakan dengan baki putih telur. Bagi haku masa tu dah sedap sangat dah....hehehe...resepi haku di tiru adik-adik aku yang lain, sehinggalah telinga aku kena tarik dengan mak kerana main-main dengan nasik. Sebenarnya bukan maksud nak main tapi itu adalah kreativiti aku mencipta resepi yang sedap , hohoho...

bila haku ingat-ingat balik nak tergelak plak, nasik telur....
sebab tu aku tak marah tengok murid (RMT-Skim rancangan makanan tambahan pelajar miskin) masukkan nasik ke dalam donat sebagai inti, sebab aku tau itu adalah kreativiti budak, mana tau besok beso budak tu akan jadi Chef atau pakar pemakanan. Yang penting tak membazir...

Friday, August 14, 2009

Yob dah dapat lesen...ngeh...ngeh

tanggal 13 ogos mencatat sejarah baru dalam hidup haku...
ehehe...haku telah lulus ujian memandu dengan jayanya...syukur alhamdulillah.
mungkin pada orang lain biasa aje, tapi bagi aku rasa macam nak potong lembu lak buat kenduri kesyukuran.
sekeping lesen memang menjadi idaman setiap orang, sebab dengan lesen ni boleh bawak kita kemana aje. Haku lak memang suke berjalan, asyik naik bas je tak best la kan, keinginan nak jadi pemandu tu mesti ada punye.

Selain itu aku niat nak bawak mak bapak aku pegi kemana ajenak pegi berjalan, mak pulak selalu sakit, kadang nak buat pemeriksaan kesihatan kat spital.kalo aku leh bawak keta kan bagus tu.

apa-apa hal pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku lulus dalam ujian memandu tu, tanpa izinNya siapalah aku. Sakng ni aku bizi menelek katalog keta lak. pantang ader flyer keta mesti aku kumpul. hoh...tak tau nak wat pilihan, yang penting aku nak cari yang selesa dan bayaran bulan yang berpatutan sesuai dengan pendapatan aku yang sederhana nih.

Monday, July 27, 2009

syukur...haku lulus temuduga

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, bapak-bapak Ibu-ibu, abang kakak, rakan-rakan seperjuangan seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahuwataala. Allahummasholli ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasalam, Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillahirobil'alamin.
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah rahmatnya, saya lulus dalam temuduga lantikan tetap jawatan dengan keputusan temuduga ; DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP. Terima kasih Tuhan, Kau tidak putus-putus melimpahkan rezeki terhadap hambaMu yang hina ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang mendoakan saya pada setiap saat dan ketika. Tidak lupa kepada Tuan Guru Besar, mentor dan bos saya yang saya yakin menyumbangkan 60% daripada kejayaan ini. Dan seterusnya kepada rakan-rakan sekerja yang banyak memberi panduan dan dorongan sebelum saya melangkah kaki ke bilik temuduga.

Terima kasih juga kepada Dato' Penemuduga ahli suruhanjaya perkhidmatan Pendidikan, walaupun Dato' banyak provok saya, tapi saya tidak melatah bahkan menjawab soalan maut Dato' itu dengan penuh hemah dan kesabaran.

Tidak lupa terimakasih saya kepada Uncle Mani kerana sudi menghantar saya pada subuh hari untuk mengejar waktu temuduga pada saat langau pun belum bangun. Terima kasih juga kerana sudi menunggu saya ketika saya mengambil gambar pasport sebab saya terlupa membawanya.

Dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya mengharungi saat-saat temuduga yang mencabar.

Wabillahi tawfiq walhidayah, wassalamualaikum warohmatullah hiwa barokatuh, sekian .....

Thursday, July 23, 2009

oopps...tepi sikit, yop tengah blajo memandu

Heheheheheheheheheheheee.....
aku gelak dulu sebelum tulis n3 nih. skang ni aku tengah blajo memandu, mak aiiihhh payah beno. kona sini cekgu tegur, kona sana cekgu marah, bawak laju sket kena brek....

camni le kalo umur dah tua baru sibuk nak belajo. malu gak aku tengok bebudak belia remaja dengan kompidennya bawak keta sambil sembang-sembang dengan cekgu memandu dorang. ishhh....kalo aku baru je cekgu tanya kabor kat aku, aku dah terkona ke tengah, buat tensen cekgu aje.

dulu aku tak penah amik port langsung pasal pandu-memandu keta ni. dalam hati, aku tetap setia dengan moto honda ex5 aku tuh...merempit merata tempat dengan bangganya. tapi lama-lama aku terpikir gak yang pakai keta tu adalah satu keperluan sekarang nih. aku dah puas berhujan berpanas ke tempat keja, aku terharu setiap kali mak nak buat pemeriksaan kat hospital terpaksa naik teksi.

so.... dengan semangat dan azam yang tinggi aku mesti berusaha untuk mendapatkan sekeping lesen. segala cabaran kat dunia ni sanggup aku hadapi, apedehal nak amik lesen hehehehe...kataku untuk penguat semangat.....hiaaaahhhhh... semangat anak jantan ....

Hoooooiiiii.....kiri, kiri, pusing sampai abis....gaaanggggg!!!!! terlanggor tiang parking, cekgu tepuk dahi, aku terketar-ketarrrrrr...... ahhhh sudahhh........

Tuesday, July 21, 2009

kisah manusia menjadi tunggangan syaitan

Kisah ini kisah benar yang menyebabkan aku berfikir jauh dan insaf bahawa manusia ini dalam kelekaan tipu daya syaitan. Syaitan adalah makhluk ciptaan Allah yang ingkar kepada perintahNya.

Kisah bermula apabila seorang hamba Allah (kenalan) telah berjumpa aku untuk melihat keadaan anaknya. Anaknya seorang gadis yang masih muda tetapi di raut wajahnya seperti ada beban atau masalah atau boleh dikatakan menanggung kesakitan akibat dari perbuatan SANTAU.

Mulanya aku keberatan jugak, maklumlah aku bukan boleh buat apa-apa pun. aku suggest seorang imam yang tahu serba serbi perkara ini. Aku sanggup bawakkan ke rumah imam ni.Tapi hamba Allah ini masih mintak aku tengokkan. Apa yang boleh aku buat ....

Setelah aku perhatikan, anak hamba Allah ni kena santau, Astaghfirullah... kena santau angin, santau yang ditiup menggunakan tapak tangan dengan seruan-seruan jin supaya mengganggu budak ni. Mujur masih baru lagi, hamba Allah itu bertanya siapa yang menyantau anaknya, aku tak tau , hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aku ambil air dan bacakan al-fatihah, surah al-fil, selawat ke atas junjungan besar Rasulullah, alfatihah kepada Nabi Allah Khidir dan aku tiupkan ke dalam air dengan niat dan bermohon kepada Allah untuk kesembuhan gadis itu. begitu juga dengan segenggam garam untuk campuran semasa mandi.

Aku berdoa moga-moga gadis tersebut sembuh dengan izin Allah dan santau tersebut musnah...

bukanlah perkara pengubatan yang menjadi perkara penting sebab aku bukanlah orang yang arif dalam mengubat orang, tapi point dia kat sini, aku hairan macamana manusia boleh bersekongkol dengan syaitan demi kepuasan dalam hidup yang singkat ini.

Memang kadangkala kita ada perasaan marah dan hasad sesama rakan, keluarga ataupun orang yang kita kasihi. Tapi patut ke jalan yang diambil iaitu sanggup menjadi hamba syaitan. bukankah sihir itu dah jelas haram dan syirik. tak ada tempat di buana ciptaan Allah ini untuk manusia yang menyekutukan Allah kecuali api neraka sahajalah.

Monday, June 22, 2009

PUYENG

bulan ni memang aku sibuk sangat.
ada je keja nak buat.
jadual aku penuh sampai awal bulan Julai.
hujung minggu ni acara kemunca karnival sains dan teknologi peringkat daerah.
kadang-kadang terdetik dalam hati, bior le pasukan eureka sekolah aku kalah je, takyah masuk peringkat negeri.
tapi aku kesian kat bebudak, yang dah sampai ke peringkat daerah ni.
hadoi...
bila la aku dapat rehat, cuti kat pangkor cam famili kak pinat.
hehehe...aku bayangkan aku tengah wat scuba, atau mandi ditepi pantai sambil diurut lembut oleh deburan ombak dan pepasir halus putih mulus di pulau pangkor...

huuuuhhhhhh....pasni kursus headcount plak....njeplok...dhoooorrrrrrrr sirahkuuu....

Thursday, June 18, 2009

sopan -santun, anak Melayu,
senyum terukir...senyum terukir ...bila disapa.
dalam pantun, kukirim rindu,
rindu mengalir...rindu mengalir ...di dalam kata

lemak manis...alah amboi-amboi,
santan kelapa...alah amboi-amboi,
kupandang lah manis...alah amboi-amboi, anak siapa?...

pohon sena, pohon meranti,
di tengah-tengah ...di tengah-tengah ...buluh perindu.
adik di sana, abang di sini
di tengah-tengah ...di tengah-tengah ...rindu menderu.

lemak manis...alah amboi-amboi,
santan kelapa...alah amboi-amboi,
kupandang lah manis...alah amboi-amboi, anak siapa?...



hujan di hulu, tak reda-reda,
ribut lah turun ...ribut lah turun ...bertalu- talu.
abang di hulu, adik di kuala,
kuhanyut rindu ...kuhanyut rindu ...dalam perahu.

lemak manis...alah amboi-amboi,
santan kelapa...alah amboi-amboi,

kupandang lah manis...alah amboi-amboi, anak siapa?...

Tuesday, May 12, 2009

phixr la pulak







ni hasil edit gambak pakai phixr tak banyak pilihan font berbanding buat dengan picnik