Thursday, August 20, 2009

PREPEGAN

Istilah ini adalah istilah Jawa yang dah lama pupus, tapi kalau kat kampung-kampung masih lagi di gunakan.
prepegan ni bermaksud berbelanja sebelum bermulanya bulan puasa dan hari raya.
biasanya orang-orang tua akan pergi ke pasar untuk membeli keperluan harian untuk bulan Ramadan dan hari raya.

Teringat dulu-dulu, mak aku akan pergi ke pasar membawa bakul, yang tukang bawaknya aku atau kakak aku lah. biasanya mak akan beli bawang, rempahratus, pucuk suhun, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. mak akan beli kain pelikat kecik untuk aku pergi ke surau untuk solat terawikh.

kalau prepegan hari raya pulak, lagi banyak barang yang mak akan beli, selain kain-kain ela untuk baju raya adik beradik aku. itu belum lagi bahan-bahan nak buat kuih, biasanya mak akan beli tepung dan gula dalam jumlah yang banyak untuk dijemur. bila dah kering tepung boleh dibuat bahulu.

haiiii, kalu ingat dulu-dulu memang lebih meriah, sekarang ni semua dah tersedia dan mudah.
Ramadan tahun ini agak hambar dan menyedihkan, mak tidak lagi dapat prepegan kerana semakin uzur, mak tak dapat lagi membuat kuih bahulu kegemaran bapak kerana hanya terbaring lemah di katil. Mak bersuara lemah kerana jantungnya membengkak....
Bagaimanapun...AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN...terimakasih Tuhan kerana masih mengizinkan hambaMu ini menyertai Pesta Pahala tahun ini....

No comments: