Monday, July 27, 2009

syukur...haku lulus temuduga

Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, bapak-bapak Ibu-ibu, abang kakak, rakan-rakan seperjuangan seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahuwataala. Allahummasholli ala saidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wasalam, Bismillahirahmanirrahim, Alhamdulillahirobil'alamin.
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.

pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah rahmatnya, saya lulus dalam temuduga lantikan tetap jawatan dengan keputusan temuduga ; DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP. Terima kasih Tuhan, Kau tidak putus-putus melimpahkan rezeki terhadap hambaMu yang hina ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang mendoakan saya pada setiap saat dan ketika. Tidak lupa kepada Tuan Guru Besar, mentor dan bos saya yang saya yakin menyumbangkan 60% daripada kejayaan ini. Dan seterusnya kepada rakan-rakan sekerja yang banyak memberi panduan dan dorongan sebelum saya melangkah kaki ke bilik temuduga.

Terima kasih juga kepada Dato' Penemuduga ahli suruhanjaya perkhidmatan Pendidikan, walaupun Dato' banyak provok saya, tapi saya tidak melatah bahkan menjawab soalan maut Dato' itu dengan penuh hemah dan kesabaran.

Tidak lupa terimakasih saya kepada Uncle Mani kerana sudi menghantar saya pada subuh hari untuk mengejar waktu temuduga pada saat langau pun belum bangun. Terima kasih juga kerana sudi menunggu saya ketika saya mengambil gambar pasport sebab saya terlupa membawanya.

Dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya mengharungi saat-saat temuduga yang mencabar.

Wabillahi tawfiq walhidayah, wassalamualaikum warohmatullah hiwa barokatuh, sekian .....

Thursday, July 23, 2009

oopps...tepi sikit, yop tengah blajo memandu

Heheheheheheheheheheheee.....
aku gelak dulu sebelum tulis n3 nih. skang ni aku tengah blajo memandu, mak aiiihhh payah beno. kona sini cekgu tegur, kona sana cekgu marah, bawak laju sket kena brek....

camni le kalo umur dah tua baru sibuk nak belajo. malu gak aku tengok bebudak belia remaja dengan kompidennya bawak keta sambil sembang-sembang dengan cekgu memandu dorang. ishhh....kalo aku baru je cekgu tanya kabor kat aku, aku dah terkona ke tengah, buat tensen cekgu aje.

dulu aku tak penah amik port langsung pasal pandu-memandu keta ni. dalam hati, aku tetap setia dengan moto honda ex5 aku tuh...merempit merata tempat dengan bangganya. tapi lama-lama aku terpikir gak yang pakai keta tu adalah satu keperluan sekarang nih. aku dah puas berhujan berpanas ke tempat keja, aku terharu setiap kali mak nak buat pemeriksaan kat hospital terpaksa naik teksi.

so.... dengan semangat dan azam yang tinggi aku mesti berusaha untuk mendapatkan sekeping lesen. segala cabaran kat dunia ni sanggup aku hadapi, apedehal nak amik lesen hehehehe...kataku untuk penguat semangat.....hiaaaahhhhh... semangat anak jantan ....

Hoooooiiiii.....kiri, kiri, pusing sampai abis....gaaanggggg!!!!! terlanggor tiang parking, cekgu tepuk dahi, aku terketar-ketarrrrrr...... ahhhh sudahhh........

Tuesday, July 21, 2009

kisah manusia menjadi tunggangan syaitan

Kisah ini kisah benar yang menyebabkan aku berfikir jauh dan insaf bahawa manusia ini dalam kelekaan tipu daya syaitan. Syaitan adalah makhluk ciptaan Allah yang ingkar kepada perintahNya.

Kisah bermula apabila seorang hamba Allah (kenalan) telah berjumpa aku untuk melihat keadaan anaknya. Anaknya seorang gadis yang masih muda tetapi di raut wajahnya seperti ada beban atau masalah atau boleh dikatakan menanggung kesakitan akibat dari perbuatan SANTAU.

Mulanya aku keberatan jugak, maklumlah aku bukan boleh buat apa-apa pun. aku suggest seorang imam yang tahu serba serbi perkara ini. Aku sanggup bawakkan ke rumah imam ni.Tapi hamba Allah ini masih mintak aku tengokkan. Apa yang boleh aku buat ....

Setelah aku perhatikan, anak hamba Allah ni kena santau, Astaghfirullah... kena santau angin, santau yang ditiup menggunakan tapak tangan dengan seruan-seruan jin supaya mengganggu budak ni. Mujur masih baru lagi, hamba Allah itu bertanya siapa yang menyantau anaknya, aku tak tau , hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aku ambil air dan bacakan al-fatihah, surah al-fil, selawat ke atas junjungan besar Rasulullah, alfatihah kepada Nabi Allah Khidir dan aku tiupkan ke dalam air dengan niat dan bermohon kepada Allah untuk kesembuhan gadis itu. begitu juga dengan segenggam garam untuk campuran semasa mandi.

Aku berdoa moga-moga gadis tersebut sembuh dengan izin Allah dan santau tersebut musnah...

bukanlah perkara pengubatan yang menjadi perkara penting sebab aku bukanlah orang yang arif dalam mengubat orang, tapi point dia kat sini, aku hairan macamana manusia boleh bersekongkol dengan syaitan demi kepuasan dalam hidup yang singkat ini.

Memang kadangkala kita ada perasaan marah dan hasad sesama rakan, keluarga ataupun orang yang kita kasihi. Tapi patut ke jalan yang diambil iaitu sanggup menjadi hamba syaitan. bukankah sihir itu dah jelas haram dan syirik. tak ada tempat di buana ciptaan Allah ini untuk manusia yang menyekutukan Allah kecuali api neraka sahajalah.