Tuesday, February 24, 2009

my kampung terchenta...de photo lawas










































JaNGan BiAR DiRI ANda di SelubunGI gUNdAH gULaNa...

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH.
MACAM-MACAM KALER
MACAM-MACAM RAGAM

DUNIA INI ADALAH PINJAM-PINJAMAN
YANG MERUPAKAN MEDAN UJIAN
TAHANKAN DIRI DAN HATI
TABAH MENGHARUNGI SETIAP DETIK.

HANYA BERSERAH KEPADA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM
BERSYUKUR DAN REDHA PADA SETIAP KETENTUAN
HANYA ITU YANG BOLEH MENCERIAKAN KEHIDUPAN.

CERIAKAN DIRI ANDA DENGAN SENYUMAN
YANG PALING MANIS UNTUK DIRI ANDA SENDIRI
BERIKAN PENGHARGAAN DAN PUJIAN
BUAT DIRI ANDA SENDIRI

SETIAP HARI KATA KAN
AKU MENCINTAI KEHIDUPANKU SEKARANG
AKU MERINDUI KEHIDUPAN AKHIRAT YANG GEMILANG

JANGANLAH SELALU MEMBENCI ORANG
DENGAN ALASAN
ATAU TANPA ALASAN
BERBAIK SANGKA SETIAP MASA

MAAFKANLAH ORANG LAIN
MAAFKANLAH KESILAPAN DIRI DI MASA LALU
KITA INSAN YANG TIDAK SEMPURNA

JERITKAN KEPADA ALAM
AKU BAHAGIA DALAM KEHIDUPAN INI
KERANA INI ADALAH ANUGERAH TUHAN

TIDAK SEMUA PERKARA YANG KITA INGINI
AKAN TERTUNAI
BUKAN TIDAK DIPERKENAN TUHAN
TAPI MUNGKIN MASA YANG KURANG SESUAI

BERSYUKUR DENGAN PEKERJAAN SEKARANG
JANGAN SESEKALI MENGELUH DAN MENCACI
KERANA SETIAP SAAT KITA BEKERJA
ADALAH REZEKI

PERCAYALAH KEPADA CINTA
WALAU BERKALI-KALI KITA TERDUSTA
CINTA TIDAK PERNAH MATI
KERANA IA DATANG DARI LUBUK HATI
YANG SANGAT DALAM DAN SUCI

KETAWALAH
SENYUMLAH
KERANA IA MENCERIAKAN
DAN MENYENANGKAN
LIHATLAH WAJAH ANDA YANG CERIA DIDALAM CERMIN
DI SANA ANDA SANGAT HEBAT DAN MENARIK
SEBAGAI INSAN....

JANGAN BIAR DIRI ANDA DI SELUBUNGI GUNDAH GULANA .....

Monday, February 16, 2009

mangan siput mentarang

Hari kekasih yang lalu iaitu hari Sabtu, aku berjalan-jalan ke Pekan kecil Selekoh yang telah berusia 60 tahun lebih... tujuanku tak lain tak bukan semata-mata nak mencari ikan keli untuk dimasak pecal yang harum mewangi bau kencornya. Malamnya tu aku pegi kenduri arwah di rumah kak Doq. Nak makan lelebih aku segan, penyudahnya aku try cari ikan keli tu sendiri dan makan sampai puas. kekekekehh...dasar wong jowo.

time aku melilau kat pasar yang pernah terbakar tu, mata aku terpandang sesuatu yang biasa aku lihat kat jalan Sekinchan - tanjong karang...yaaaa, tak lain ialah siput mentarang. Kat sini jarang ada sebab lautnya agak berlumpur. tanpa membuang masa aku pun sambar 2 kilo, nak beli banyak mahai plak...sekilo dalam rm5. Ikan keli plak aku beli sekilo RM4.50. Aku amik sekilo yang saiz sederhana, dalam 7 ekor gitu, sebab mak aku tak makan, bapak ngan aku je yang suke.

Tengahari tu menu aku, mentarang rebus berlombok rawit, pecal ikan keli, keluban jantung pisang, kobis goreng campur tempeh...waaahhhh....bestnyer. Petang tu masa bersihkan anak cili, aku teringat-ingat lauk kat umah. Lepas Asar aku menthong (madang lagi) secara rahsia, takut diketahui oleh bapak aku yang kuat menyindir tuh...wakakakaka....

Friday, February 13, 2009

SALJI DI SG TIANG

Semalam aku gi pasar malam kat Sg Tiang, hajat hati nak merasai keenakkan cendol yang dijual makcik pakai tudung labuh tu. Dalam perjalanan aku ternampak longgokan salji di tepi jalan dekat dengan SK Sg Tiang. Cantik betul, kalo ada kamera memang best ni.

sepanjang jalan memutih salji diatas rumput. yang jatuh berguguran pun ada. Aku terasa macam berada di musim salji kat Kanada. Sekarang kan ke musim salji kan. Ada lak bebudak tengan main salji kat tepi-tepi jalan. Tak payah pakai baju panas cam kat oversea tu. selamber land je berlenggeng tak pakai baju sambil bawak batang pancing.

kalau ada angin bertebaran salji turun. macam cerita romantik winter sonata la plak. ni kalo buat iklan ke penggambaran ke, cun giler ni. nasib baik le Bagan Datoh ni tak glemer macam kat kashmir, kalo tak mesti menderu produser nak bikin filem kat sini... bertuah le aku selaku anak jati Bagan Datoh.

salji yang dimaksudkan ialah kekabu alias kapuk (musim woh randu melethek lan kabor)

Wednesday, February 11, 2009

Bzzzztttttt.....bizziiiiii.....zzzz bangettttt.....

Arrrrrgggghhhhh....bizi gilak kamek bulan tokk...letih badan jadiknya.
tempat kamek jadik tuan rumah banyak kejohanan, olahragak lagik, sukan lagik, ada pulak miting sanak sinik.

hari-hari kamek balik lambat, itok bermaknak nasik lambat mau masuk dalam perut. Nantik perut masuk angin mauk makai nasik sudah sik sedap. Tapi kamek makai juak sambil tambah 3 pinggan lagik. Kalau adak sambal tutok lagik kamek selera makai.

kamek rasa tok kerja yang paling penat pernah kamek buat, duluk kamek kerja di celcom sik penat macam tok, kamek kerja kilang pun juak sik penat macam tok. kepala hotak kamek macam letih sangat, hari-hari buat pun adak juak kerja sik pernak abis.

Sik apalah, itok pekerjaan mulia yang kamek pilih. kamek doa semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran padak kamek. kamek tauk bukan kamek sorang yang rasak itok macam. jadiknya hidup perlu terus, cabaran perlu diatasi. Agi idup agi ngelaban....

Tuesday, February 3, 2009

angan dan cita.

semalam aku cuti sempena dengan sambutan jubli perak pemerintahan DYMM sultan Perak.
tak tau nak buat apa, aku ke kebun di baruh yang sudah ditenggelami air selama beberapa tahun. Aku saje nak tengok tanah baruh yang sampai sekarang belum pulih dari kejadian ban pecah belasan tahun nan lalu.

Kat sana aku tengok, tanah tu dah dipenuhi dengan pokok kayu laut seperti api-api dan bakau.Atas pokok plak banyak monyet-monyet yang makan buah bakau. Geli hati aku tengok monyet-monyet meranduk air paya mencari siput-siput dan ketam. Tanah ni memang besar kenangannya pada bapak yang meneroka sendiri pada awal tahun 70 an. Tanah ni untuk tanaman kelapa, tapi sebab ban pecah ratusan ekar tanah orang kampung dinaiki air masin dan tanaman musnah. Atas usaha YB Datuk Seri Zahid Hamidi, orang kampung tak perlu membayar hasil selagi ban belum dibaiki. Anak raden itu dah banyak benar jasanya kepada watan Bagan Datoh.

Aku sering ke sini untuk menikmati keindahan alam yang berlatar belakangkan muara sungai Bernam dan selat melaka. menyaksikan burung-burung laut dan helang menyambar ikan yang berlatarbelakangkan matahari terbenam.

Aku berangan-angan untuk membuka chalet dan kem untuk latihan di sini. Tanah paya kat sini sama macam tanah paya kat Merchong, Pekan , Pahang. Kat sana ada muara sungai yang mengalir terus ke laut china selatan. Chalet kat sana mendapat sambutan yang menggalakkan. kalau boleh model chalet camtulah yang bakal aku buat. Nanti ada tempat untuk berkayak, kelong ikan dan trekking hutan paya. Kem itu nanti lengkap dengan kemudahan-kemudahan asrama. tapak perkhemahan, cafe, stesen flying fox dan macam-macam lagi.

Aku akan mencari pasangan hidup yang sudi berkongsi cita-cita aku. Aku akan berganding bahu dengan isteriku nanti untuk memajukan satu-satunya kem latihan kat Bagan Datoh. Isteriku akan membuat promosi dari sekolah-sekolah, institusi pengajian, pejabat-pejabat kerajaan untuk menganjurkan apa jua kursus yang melibatkan aktiviti out door. Aku pulak akan menguruskan kem ini.

kalau aku dah berjaya nanti aku akan membuka sebuah syarikat pelancongan yang menggunakan kapal-kapal mewah macam star cruise yang berpangkalan di Bagan Datoh. Membawa pelancong ke Pulau Pangkor dan Langkawi.

Wahahahahaha .... tanah paya - kebun kelapa - chalet/kem - syarikat pelancongan. Nak penuhi angan-angan menjadi cita-cita. Bila lah tabung ayam aku nak penuh?