Tuesday, February 3, 2009

angan dan cita.

semalam aku cuti sempena dengan sambutan jubli perak pemerintahan DYMM sultan Perak.
tak tau nak buat apa, aku ke kebun di baruh yang sudah ditenggelami air selama beberapa tahun. Aku saje nak tengok tanah baruh yang sampai sekarang belum pulih dari kejadian ban pecah belasan tahun nan lalu.

Kat sana aku tengok, tanah tu dah dipenuhi dengan pokok kayu laut seperti api-api dan bakau.Atas pokok plak banyak monyet-monyet yang makan buah bakau. Geli hati aku tengok monyet-monyet meranduk air paya mencari siput-siput dan ketam. Tanah ni memang besar kenangannya pada bapak yang meneroka sendiri pada awal tahun 70 an. Tanah ni untuk tanaman kelapa, tapi sebab ban pecah ratusan ekar tanah orang kampung dinaiki air masin dan tanaman musnah. Atas usaha YB Datuk Seri Zahid Hamidi, orang kampung tak perlu membayar hasil selagi ban belum dibaiki. Anak raden itu dah banyak benar jasanya kepada watan Bagan Datoh.

Aku sering ke sini untuk menikmati keindahan alam yang berlatar belakangkan muara sungai Bernam dan selat melaka. menyaksikan burung-burung laut dan helang menyambar ikan yang berlatarbelakangkan matahari terbenam.

Aku berangan-angan untuk membuka chalet dan kem untuk latihan di sini. Tanah paya kat sini sama macam tanah paya kat Merchong, Pekan , Pahang. Kat sana ada muara sungai yang mengalir terus ke laut china selatan. Chalet kat sana mendapat sambutan yang menggalakkan. kalau boleh model chalet camtulah yang bakal aku buat. Nanti ada tempat untuk berkayak, kelong ikan dan trekking hutan paya. Kem itu nanti lengkap dengan kemudahan-kemudahan asrama. tapak perkhemahan, cafe, stesen flying fox dan macam-macam lagi.

Aku akan mencari pasangan hidup yang sudi berkongsi cita-cita aku. Aku akan berganding bahu dengan isteriku nanti untuk memajukan satu-satunya kem latihan kat Bagan Datoh. Isteriku akan membuat promosi dari sekolah-sekolah, institusi pengajian, pejabat-pejabat kerajaan untuk menganjurkan apa jua kursus yang melibatkan aktiviti out door. Aku pulak akan menguruskan kem ini.

kalau aku dah berjaya nanti aku akan membuka sebuah syarikat pelancongan yang menggunakan kapal-kapal mewah macam star cruise yang berpangkalan di Bagan Datoh. Membawa pelancong ke Pulau Pangkor dan Langkawi.

Wahahahahaha .... tanah paya - kebun kelapa - chalet/kem - syarikat pelancongan. Nak penuhi angan-angan menjadi cita-cita. Bila lah tabung ayam aku nak penuh?

8 comments:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

salam dim
Mudah2an impian tercapai
DIMTRAVELAGENCY....
SAper taw satu hari nanti dapat sama tarafnya dengIMEDARBYTRAVEL pulak kan:-)

cuti 3 ari ki nyang di yo dim?
opo balik kampong ke?

HABIHA69 said...

hi..hi..kang Dim...bila boleh check inn chalet tu???

...Mu velum berpunye ker Kang Dim....Fewwww Wiiit...

akudimar said...

salam Dila,
amiiinnnnnn...
kalo berjaya nanti Dila tolong namakan.hehehe, aku angan-angan je la Dila.kalo jutawan bolehlah buat.

mak aihhh... kampung mana lak dik ooiii...ni dok kat kampung la ni.
paling jauh pun aku pegi nebas kat kebun je.

akudimar said...
This comment has been removed by the author.
akudimar said...
This comment has been removed by the author.
akudimar said...
This comment has been removed by the author.
akudimar said...

aiseh men...
sekali keluor 4 komennn daaaa....

akudimar said...

yok ustaz check inn, tapi uduk chalet la, gubuk wong mancing...

apsal? ustaz ada adik pompuan nak rekemen kat cek ka? wakakaka...guyonnnn, ojo marah yo.