Friday, January 30, 2009

Berkata sang haiwan kepada khaliknya

Berkata sang haiwan kepada Khalik nya...
dengan lidah kecil memuji-muji kebesaranNya

(Allah) huuu...(Allah) huuuu...(Allah) huuu
rintihan sang pungguk
memecah sunyi malam
kala malam menurunkan tabirnya
masih Maghrib sudah tak sabar bersuara

(subhanallah) Cit...(Subhanallah) cit... (Subhanallah) cit...
Sikecil burung kelicap
memuji-muji Ilahi
Sebelum subuh sudah segar matanya
ingin segera berzikir ke Hadratnya.

(Allahuakbar walillah alhamd) Koook ko kok koook
jerit sang ayam
memberitahu sekalian alam...Allah Tuhanku
seluruh kerabat segera dikejutkan
sebelum rezeki masuk ke dalam perut, ingatilah Tuhan.

Ketika insan menarik selimut dalam kesejukan
berdengkur tidur dalam keenakan
bermimpi indah diulit bidadari wangi
lena berehat setelah mencari rezeki seharian
Haiwan-haiwan telah terjaga
berteriak memuji-muji Penciptanya yang Maha Esa
seumpama menyindir-nyindir manusia
ahhh...sebaik-baik kejadian dengan akal fikiran
Mana Tuhanmu?
Adakah hanya ada ketika kamu berduka nestapa?


(Di nukilkan oleh hatiku yang sangat kecil ... dinihari 29 Jan 2009 ... ya Allah yang Maha Besar, aku sangat tersindir oleh makhlukMu yang bernama sang haiwan)

3 comments:

HABIHA69 said...

khabarey kang Dimar ittew...salam dhino senin yor kang....

akudimar said...

kabaripun saras. sugeng dhinten rebo ugi, enggih ustaz.

Gadis.. said...

hem.. baru saya terpikir, knp burung selalu saja berbunyi sekitar 3a.m saya selalu terdengar dan selalu terjaga dari tidur, selepas itu, dah tak boleh nak lelap, mgkin burung itu menyuruh ku bangun mengaji.. huhuu
terima kasih akudimar, kalau x terbaca td, saya x tau..huhuu