Friday, January 23, 2009

Kisah lauk masa Raya Cina

Raya Cina dah dekat, kat Bagan Datoh ni kalau raya Cina ikan mesti mahal ataupun jadik kurang. Biasanya kalau dekat-dekat raya cina ni orang kampung akan beli stok lauk banyak-banyak.

Sebab bot-bot nelayan cina akan di naikkan dan dibasuh untuk dibuang sial dengan daun limau bali. Nelayan juga akan berehat untuk menyambut perayaan tahun baru. Nelayan laut dalam dari pangkalan Hutan Melintang, Sg Tiang dan Sg Burung akan melabuhkan kapal-kapal mereka selepas berbulan-bulan menangkap ikan di Lautan Hindi. Kat pelantar ikan sangat sibut dah jadi macam pasar dengan orang kampung mencari stok ikan ataupun tokey nelayan sibuk membasuh kapal dan bot mereka. Jaring-jaring dan peralatan nelayan diganti baru.

Yang tinggal hanyalah nelayan Melayu yang menagkap ikan di selat melaka sahaja, jadinya bekalan ikan sangat terhad. Peniaga runcit mengambil ikan impot dari Thailand atau Vietnam untuk dijual. masalah utama ikan ni tak sedap sebab diawet dalam bahan kimia. ikan jenis cencaru dan aye (iwak kayu) biasanya diawet sampai keras sebelum dijual.

time macam nilah orang kampung akan beralih kepada lauk telur, sadin, daging dan ayam. Jadiknya cuti ni aku ingat nak mancing lah kat bagan, mana tau dapat ikan sembilang, wusshhh...digoreng sodap tu....

2 comments:

HABIHA69 said...

iwak lele enak looo kang...masak lemak kencur..pehhh...

akudimar said...

walahhh...enggih sanget...
wong Jowo ngarani kuwi di masak pencok...seng okeh kencor rey lan lombok rawit tey.seng puedesss...ser..ser...ser nang kuping...