Sunday, November 15, 2009

Aku risau tahap Maharaja...huhuhu

SEKARANG KAT TEMPAT AKU ASYIK HUJAN JE. AMARAN JABATAN KAJI CUACA HUJAN LEBAT DIIKUTI DENGAN RIBUT PETIR DIJANGKA MELANDA BAHAGIAN-BAHAGIAN DINEGERI PERAK, TERUTAMA PERAK SELATAN (HILIR PERAK, MANJUNG BLA-BLA...) ANGIN KUAT DIJANGKA BERLARUTAN BERTIUP DARI ARAH TIMUR MENYEBABKAN RIBUT.

HALLAMAKKK....KAT UMAH AKU AYOR DAH MASUK KAWASAN LATAR, PARIT KECIK KELILING UMAH AKU DAH PENUH DENGAN AYOR, BILA MALAM AYOR MELIMPAH MASUK KAWASAN UMAH AKU. ITIK-ITIK BEGITU SERONOK SEKALI MAIN AYOR...TAPI AKU DALAM KEADAAN GUNDAH GULANA, PASAL KETA BARU AKU YANG TERSADAI KAT BAWAH UMAH TU AKAN KENA AYOR BILA AYOR NAIK. CAMNER NI?

HARI NI UJAN TURUN LEBAT GAK, AKU MASIH KAT SEKOLAH TAKLEH BALIK, HATI DEN NIH TERKONANG-KONANG CIK ADIK ITAM MANIS YANG SEDANG DIANCAM AYOR BANJIR. KETA AKU MUNGKIN TAK SEJUK PASAL AKU SELIMUTKAN DENGAN PENUTUP KETO, HUHUHU....TAKUT LAK BELIAU TERENDAM DALAM AYOR. NAK BALIK UJAN RIBUT LAK. WADUH GUSTI PENGERAN KUOSO RAMPONGAKEN THO RAHMATMU MENIKO...AMINNN.

Tuesday, November 10, 2009

Congrats my dear sister


Alhamdulillah, akhirnya adik aku dapat gak tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik.
ambilan yang pertama dulu tak dapat, dapat ambilan Januari 2009.
dapat kat Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Arau. Course Sains Kesetiausahaan.

Kemain lagik melompat keseronokan dia. Selamat tinggal pengajian tingkatan 6. Aku harap dapat la dia belajo dengan lebih bersungguh-sungguh. Adik aku yang last ni memang malas tahap koala bear, bukan dia tak pandai, tapi virus koala bear dah menjangkiti beliau sejak zaman PMR lagik. Time sekolah rendah rajin la jugak. entah le.

Soalnya sekarang mak aku tak berape rela nak melepaskan anak pompuan kesayangan dia nih. waduh-waduh. lagi pulak dengar perkataan ARAU, bunyi dia macam jauh sangat, macam kat Paris. heh...pada aku selagi nama Malaysia tu dokek ajo. Mak memang tak setuju lah, bapak aku ok je.

camnepun aku doakan yang terbaik buat adik aku, tak kira apa bidang yang dia ceburi. jangan kita takut untuk berubah dan bertajdid untuk diri kita.

trend bebudak la ni...

skang kat sekolah aku tengah trend main seremban. tak kita lelaki atau perempuan sumer main seremban.

rasanya trend ni start masa bulan puasa, berlarut sampai sekarang.

hehehe..terer betol bebudak lambung batu seremban.

Monday, November 2, 2009

masak sup

semalam aku cuti sempena dengan hari perkhemahan unit beruniform 2009. badan aku tak sedap sangat, kepala rasa berat. Aku ingat nak makan sesuatu yang panas, berair dan lembut. nak buat bubur leceh, lama nak rebus.

so, aku teringat nak buat sup ayam...tapi aku sebenarnya bukan suke ayam sangat, terutama bahagian yang banyak daging. kalo ada tulang lembu kan best...tapi takleh...kolestrol tu, kesihatan nak kena jaga gak wehhhh....so, aku pun pegi kat market beli kepak ayam sama dengan kaki ayam. aku suke tang tulang-tulang.

sampai rumah, aku pun rebus ayam tu dan campak-campak semua bahan, semua guna yang yang segera punya. bubuh kentang sket, bawang goreng dan daun sup. Siap...aku amik semangkuk, makan dengan dengan roti benggali wholemeal. maleh makan nasik, wahhh sedap sungguh, air jari gua sendrik...sampai berpeluh-peluh aku makan sambil layan HBO...PERGGGHHHH kebah demam aku, alhamdulillah.

Sunday, November 1, 2009

dream in dream after dream....

aku demam...selepas perkhemahan sekolah yang memenatkan. Aku tak tau sok leh keja ke idak. tapi kalo boleh aku tanak amik cuti.

Lepas solat Isyak, boooommmm aku tidoq. Macam-macam mimpi buruk lak yang aku alami time tidoq tu. memula aku mimpi perkhemahan, bebudak cam biasa lah susah nak kawal, suasana macam kat Genting je ada keta kabel, theme park, kasino bagai.

Aku dok tolong bebudak pasang khemah, siang ikan, potong sayoq, basuh beras...suasana memang agak kelam kabut. Tengah seronok-seronok tetiba. bangunan utama genting highland runtuh...makkk aihhh cam real je. Ramai mangsa yang mati, keadaannya macam kat kawasan kemalangan yang sangat tragik.

Aku tersentak, bangun jap...istighfarrr.then tidoq balik...aikkk camner lak aku leh berada dikawasan perkhemahan balik ni. Aku jalan-jalan kat kawasan perkhemahan lelaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat, petir sabung menyabung, kilat memancar-mancar, hujan mencurah turun. tiba-tiba khemah bebudak hanyut, jeritan bebudak memanggil-manggil...cikguuuu-cikguuu tolong...tolong, aku bersama rakan bertungkus lumus menyelamatkan bebudak, semua selamat kecuali khemah-khemah semua hanyut. tiba-tiba sebatang lampu jalan terjatuh dah aku terkena renjatan elektrik...ztztztzttttttttttttt....terus aku bangun.

MasyaAllah...ape kena aku nih. mungkin penat beno kot. Aku sambung tido, aku jumper beberape orang guru yang baru nak posting kat sini. 3 orang guru perempuan, yang lelaki aku tak ingat. Yang 2 orang tu belum kawen kot, too young to become a teacher, i think...wakaka...sorang sedang angkat beg besar, aku tanya nak cari umah sewa ke? dowang jawab, taklah...kan hari ni sekolah wat perkhemahan...Ya Allah... perkhemahan lagik. Aku follow dowang, memang betul bebudak sedang berkhemah kat padang, saujana mata memandang sumer khemah budak. murid datang dari mana aku pun tak tau.

Yang pasti aku tersedar dari tidoq bila terdengar hj husin melaungkan Azan. aku bangun dengan kepala yang berat sekali, aku rasa badan aku panas, hidung tersumbat dan aku demam...arrrggghhh...berat sekali nak melangkah ke bilik air. Akhirnya aku tidoq balik lepas semayang subuh. Bangkit dah tengahari, tak lalu aku nak makan...cuma minum air kosong dan telan panadol 2 bijik.

apesal perkhemahan akan buat aku jadik tak sihat, tahun lepas time perkhemahan aku terkena demam chikungunya. Tahun depan ada lagi perkhemahan, agaknye apa plak yang berlaku. ape-ape hal pun itu adalah sebahagian dari tugas yang perlu aku buat. itu tanggungjawab.