Sunday, November 1, 2009

dream in dream after dream....

aku demam...selepas perkhemahan sekolah yang memenatkan. Aku tak tau sok leh keja ke idak. tapi kalo boleh aku tanak amik cuti.

Lepas solat Isyak, boooommmm aku tidoq. Macam-macam mimpi buruk lak yang aku alami time tidoq tu. memula aku mimpi perkhemahan, bebudak cam biasa lah susah nak kawal, suasana macam kat Genting je ada keta kabel, theme park, kasino bagai.

Aku dok tolong bebudak pasang khemah, siang ikan, potong sayoq, basuh beras...suasana memang agak kelam kabut. Tengah seronok-seronok tetiba. bangunan utama genting highland runtuh...makkk aihhh cam real je. Ramai mangsa yang mati, keadaannya macam kat kawasan kemalangan yang sangat tragik.

Aku tersentak, bangun jap...istighfarrr.then tidoq balik...aikkk camner lak aku leh berada dikawasan perkhemahan balik ni. Aku jalan-jalan kat kawasan perkhemahan lelaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat, petir sabung menyabung, kilat memancar-mancar, hujan mencurah turun. tiba-tiba khemah bebudak hanyut, jeritan bebudak memanggil-manggil...cikguuuu-cikguuu tolong...tolong, aku bersama rakan bertungkus lumus menyelamatkan bebudak, semua selamat kecuali khemah-khemah semua hanyut. tiba-tiba sebatang lampu jalan terjatuh dah aku terkena renjatan elektrik...ztztztzttttttttttttt....terus aku bangun.

MasyaAllah...ape kena aku nih. mungkin penat beno kot. Aku sambung tido, aku jumper beberape orang guru yang baru nak posting kat sini. 3 orang guru perempuan, yang lelaki aku tak ingat. Yang 2 orang tu belum kawen kot, too young to become a teacher, i think...wakaka...sorang sedang angkat beg besar, aku tanya nak cari umah sewa ke? dowang jawab, taklah...kan hari ni sekolah wat perkhemahan...Ya Allah... perkhemahan lagik. Aku follow dowang, memang betul bebudak sedang berkhemah kat padang, saujana mata memandang sumer khemah budak. murid datang dari mana aku pun tak tau.

Yang pasti aku tersedar dari tidoq bila terdengar hj husin melaungkan Azan. aku bangun dengan kepala yang berat sekali, aku rasa badan aku panas, hidung tersumbat dan aku demam...arrrggghhh...berat sekali nak melangkah ke bilik air. Akhirnya aku tidoq balik lepas semayang subuh. Bangkit dah tengahari, tak lalu aku nak makan...cuma minum air kosong dan telan panadol 2 bijik.

apesal perkhemahan akan buat aku jadik tak sihat, tahun lepas time perkhemahan aku terkena demam chikungunya. Tahun depan ada lagi perkhemahan, agaknye apa plak yang berlaku. ape-ape hal pun itu adalah sebahagian dari tugas yang perlu aku buat. itu tanggungjawab.

No comments: