Wednesday, December 8, 2010

cerita cinta...petang-petang musim monsun

rasa cinta itu pelbagai....
disuatu sudut cinta itu amat menyakitkan...
seumpama demam selsema...
demam yang kita tak mahukan kesembuhan...
biar begitu...

lalu ingat pesan ini...
berwaspada memberi hati...
sekali salah titip...
ia takkan dapat kembali....
maka dada akan kosong...
tanpa hati seumpama jasad mati....
begitulah...

cintailah Allah dan syariatnya...
Dia kekal...
Allah tidak memerlukan apa-apa...
malah ditambahnya rasa tenang dihati...
kitalah yang amat memerlukan rahmatNya...
subhanallah...wal hamdulillah...wala ila haillallahu wallahu akbar....

Monday, November 29, 2010

murnikan amalan

catatan ini hanya sekadar pengingat dan muhasabah buat diri ku sendiri.

sebelum ni aku ada mengamalkan beberapa amalan pembenteng diri yang aku ambil dan pelajari dari arwah Hj.Sungep. Alllahyarham seorang tokoh masyarakat yang dihormati kerana menjadi rujukan kepada masyarakat setempat. Beliau mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dengan amalan kejawen dan amalan wali songo.

namun ... suatu ketika amalan yang ku amalkan langsung tidak membantu aku apabila akhirnya aku ditembusi dengan santau angin. MasyaAllah...pedihnya hanya Allah saja yang tahu. Aku memilih untuk berubat mengikut perubatan islam dan di tambah dengan solat hajat dan amalan mandi air ayatul kursi 700 kali (amalan dari seorang pensyarah di UM). Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha penyayang,aku sembuh.

ini buat aku terfikir bahawa hanya ilmu dan izin Allah sahaja yang dapat membantu aku. lalu aku mengambil keputusan untuk meninggalkan amalan kedawang tunggal yang selama ini aku amalkan. selain banyak lagi amalan-amalan ajian kejawen lain yang dilihat meragukan i say bye-bye.

dan niat aku selepas ini untuk mendalami ilmu perubatan islam yang bersumber kepada Al-quran dan sunnah dan amalan para ulamak yang soleh. Alhamdulillah langkah yang pertama telah aku mulakan. mudah-mudahan niatku ini mendapat redha Allah....

Monday, November 22, 2010

kaki lembu masak sambal tahun

tahun ni amik 2 kaki lembu dan 3 keping kulit lembu. habis ,dari membazir baik dimanfaatkan.

kulit dah settle, dah bubuh garam di penteng kat tebok kasik kering.

kaki lak baru tadi di potong-potong. dah basuh masuk peti sejuk, ingat nak masak sambal taun...banyak gak tu penuh satu ayan, amik sikit kot wat sambal taun, nanti kalo dah abis topap lagi.kalo masak sekali banyak takut membazir lak.

kaki lembu tu memula kita kena bakor dulu sampai kering,bulu-bulu dikerok sampai bersih.cara bakor cam kulit gak tapi lagik senang bakor kaki daripada bakor kulit.sebab kaki dibakor tak ngelunthung...tapi kulit kena bakor bebetul kalo dan ngelunthung,aahhh payah nak bukak balik.

bila dah kering dibakor, kaki perlu direbus sampai empuk, dah empuk barulah dipotongpotong dengan kulit dia sekali.

dah siap tadi aku olah potong kecik-kecik, petang karang baru nak tanam tulang dan sisa2 dia.

Saturday, November 20, 2010

dah pakai brodband dah....

tengah kemaruk nih...maklum le baru je daftar broadband celcom. boleh tahan le tahap kelajuannya...lepas le nak berporem, intai blog sahabat-sahabat, baca-baca soratkabor.

aku penah gak pakai maxis bodband, aduhla mendut-mendut tak keluor-keluor line dia.
kira kampung aku nih termasuk wilayah celcom la.

Thursday, November 18, 2010

cerito bledeq isuk Jemuah

laaaappppp.....aku digugah karo keleb...koyo dijeteti kamera tapi seng iki meneh kuat cahyo ney.
ndelok jam...wes jam 5.10 isuk...anyes-anyes iki keblet nguyuh pulak.

laaap....laaaap....mak dhooooorrrr....muni bledek...wahhh arep udan iki. alhamdulillah udan rohmat dino jemuah. Bar adhus...solat subuh...terus udan deress tenan.

Medang sek...mangan kuih kasturi lan sardin rolll buatan embak ayu ku... enak dipangan karo teh sabah no sugar added.

yuhhh...iki ngowo kereto kudu ngati-ngati ki kuwatir kepleset ...dalan ney mandan lunyu. tapi kok wong orak iso mikir lagi udan deres lagi laju pulak ley njentar.zuuuummm motong kereto ku. astaghfirullah...meh-meh waey mblasak kereto ku.

wes lah udan deres, bledeq key gelendang-gelendung, keleb pey orak mandek....embok sabar ngopo to. Nang Malaysia ki patut la statistik kemalangan antawes paling duwur nang ndunyo. biyyuh ...murah tenan nyowo menuso iki....babar pisen orak njukuk iktibar...

Wednesday, November 17, 2010

raya korban

Alhamdulillah raya korban kali ni semua adik beradik balik kampung walau pada mulanya kata tak dapat balik memandangkan cuti hanya sehari.

dapat le berkumpul , solat eidil adha dan makan beramai-ramai walaupun juadahnya hanya ala kadar.

tahun ni masuk satu bahagian korban untuk arwah mak...mudah-mudahan ibadat korban diterima Rabbul Jalil dan dapat memberi manfaat kepada kehidupan arwah mak di alam baqa'. amin...

kursus perubatan islam

alhamdulillah... bersyukur kepada Allah Azzawajalla kerana dengan izinNya aku dapat menghadiri kursus rawatan Islam dan mendapat ijazah untuk rukyah syariyyah, zikir, selawat dan hizib bahar. Dan telah melalui praktikal merawat pesakit. Mudah-mudahan Allah swt menyembuhkan pesakit tersebut...

apa yang penting sekarang ialah mengamalkan amalan tersebut dan menjazamkannya.

Wednesday, October 27, 2010

belajar buat apam

aku berjaya buat kuih apam kegemaran aku.belajar dengan kak yati cleaner sekolah.
hasilnyer memberangsangkan.tapi kurang tanek sikit.
sebenarnya aku kagum tengok cikgu sahar yang pandai masak termasuk masak kuih muih.
hehehe teringat nasik minyak air tangan cikgu sahar.
katanya kalo nak masak ni bedal aje try an error....