Monday, February 16, 2009

mangan siput mentarang

Hari kekasih yang lalu iaitu hari Sabtu, aku berjalan-jalan ke Pekan kecil Selekoh yang telah berusia 60 tahun lebih... tujuanku tak lain tak bukan semata-mata nak mencari ikan keli untuk dimasak pecal yang harum mewangi bau kencornya. Malamnya tu aku pegi kenduri arwah di rumah kak Doq. Nak makan lelebih aku segan, penyudahnya aku try cari ikan keli tu sendiri dan makan sampai puas. kekekekehh...dasar wong jowo.

time aku melilau kat pasar yang pernah terbakar tu, mata aku terpandang sesuatu yang biasa aku lihat kat jalan Sekinchan - tanjong karang...yaaaa, tak lain ialah siput mentarang. Kat sini jarang ada sebab lautnya agak berlumpur. tanpa membuang masa aku pun sambar 2 kilo, nak beli banyak mahai plak...sekilo dalam rm5. Ikan keli plak aku beli sekilo RM4.50. Aku amik sekilo yang saiz sederhana, dalam 7 ekor gitu, sebab mak aku tak makan, bapak ngan aku je yang suke.

Tengahari tu menu aku, mentarang rebus berlombok rawit, pecal ikan keli, keluban jantung pisang, kobis goreng campur tempeh...waaahhhh....bestnyer. Petang tu masa bersihkan anak cili, aku teringat-ingat lauk kat umah. Lepas Asar aku menthong (madang lagi) secara rahsia, takut diketahui oleh bapak aku yang kuat menyindir tuh...wakakakaka....

3 comments:

PINATBATE said...

Mentarang ni kalau kena orang gaut..tak larat bangkit yeop...sakit urat sendi semua..

tapi kalau kena orang sihat..ya ampuunn...tak larat bangun jugaa..sendat perut!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

metarang ni macam kepah kan dim
mana gambornya....letak aa sini
kalau dimasak ngan serai kunyit mesti sedap nih

akudimar said...

kak pinat,
hoh..orang gout toksah cakap la.time tengah kumat tu cium bau makanan laut pun berdenyut.

Bila,
emmm...tapi badan dia panjang sikit Mal, pastu kulit dia nipih sikit.

Gambor takde le, kamera dah leboh.
aku pandai rebus aje, nak masak canggih-canggih idok pandei le teman.