Tuesday, July 21, 2009

kisah manusia menjadi tunggangan syaitan

Kisah ini kisah benar yang menyebabkan aku berfikir jauh dan insaf bahawa manusia ini dalam kelekaan tipu daya syaitan. Syaitan adalah makhluk ciptaan Allah yang ingkar kepada perintahNya.

Kisah bermula apabila seorang hamba Allah (kenalan) telah berjumpa aku untuk melihat keadaan anaknya. Anaknya seorang gadis yang masih muda tetapi di raut wajahnya seperti ada beban atau masalah atau boleh dikatakan menanggung kesakitan akibat dari perbuatan SANTAU.

Mulanya aku keberatan jugak, maklumlah aku bukan boleh buat apa-apa pun. aku suggest seorang imam yang tahu serba serbi perkara ini. Aku sanggup bawakkan ke rumah imam ni.Tapi hamba Allah ini masih mintak aku tengokkan. Apa yang boleh aku buat ....

Setelah aku perhatikan, anak hamba Allah ni kena santau, Astaghfirullah... kena santau angin, santau yang ditiup menggunakan tapak tangan dengan seruan-seruan jin supaya mengganggu budak ni. Mujur masih baru lagi, hamba Allah itu bertanya siapa yang menyantau anaknya, aku tak tau , hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Aku ambil air dan bacakan al-fatihah, surah al-fil, selawat ke atas junjungan besar Rasulullah, alfatihah kepada Nabi Allah Khidir dan aku tiupkan ke dalam air dengan niat dan bermohon kepada Allah untuk kesembuhan gadis itu. begitu juga dengan segenggam garam untuk campuran semasa mandi.

Aku berdoa moga-moga gadis tersebut sembuh dengan izin Allah dan santau tersebut musnah...

bukanlah perkara pengubatan yang menjadi perkara penting sebab aku bukanlah orang yang arif dalam mengubat orang, tapi point dia kat sini, aku hairan macamana manusia boleh bersekongkol dengan syaitan demi kepuasan dalam hidup yang singkat ini.

Memang kadangkala kita ada perasaan marah dan hasad sesama rakan, keluarga ataupun orang yang kita kasihi. Tapi patut ke jalan yang diambil iaitu sanggup menjadi hamba syaitan. bukankah sihir itu dah jelas haram dan syirik. tak ada tempat di buana ciptaan Allah ini untuk manusia yang menyekutukan Allah kecuali api neraka sahajalah.

No comments: