Friday, January 30, 2009

Berkata sang haiwan kepada khaliknya

Berkata sang haiwan kepada Khalik nya...
dengan lidah kecil memuji-muji kebesaranNya

(Allah) huuu...(Allah) huuuu...(Allah) huuu
rintihan sang pungguk
memecah sunyi malam
kala malam menurunkan tabirnya
masih Maghrib sudah tak sabar bersuara

(subhanallah) Cit...(Subhanallah) cit... (Subhanallah) cit...
Sikecil burung kelicap
memuji-muji Ilahi
Sebelum subuh sudah segar matanya
ingin segera berzikir ke Hadratnya.

(Allahuakbar walillah alhamd) Koook ko kok koook
jerit sang ayam
memberitahu sekalian alam...Allah Tuhanku
seluruh kerabat segera dikejutkan
sebelum rezeki masuk ke dalam perut, ingatilah Tuhan.

Ketika insan menarik selimut dalam kesejukan
berdengkur tidur dalam keenakan
bermimpi indah diulit bidadari wangi
lena berehat setelah mencari rezeki seharian
Haiwan-haiwan telah terjaga
berteriak memuji-muji Penciptanya yang Maha Esa
seumpama menyindir-nyindir manusia
ahhh...sebaik-baik kejadian dengan akal fikiran
Mana Tuhanmu?
Adakah hanya ada ketika kamu berduka nestapa?


(Di nukilkan oleh hatiku yang sangat kecil ... dinihari 29 Jan 2009 ... ya Allah yang Maha Besar, aku sangat tersindir oleh makhlukMu yang bernama sang haiwan)

Friday, January 23, 2009

Kisah lauk masa Raya Cina

Raya Cina dah dekat, kat Bagan Datoh ni kalau raya Cina ikan mesti mahal ataupun jadik kurang. Biasanya kalau dekat-dekat raya cina ni orang kampung akan beli stok lauk banyak-banyak.

Sebab bot-bot nelayan cina akan di naikkan dan dibasuh untuk dibuang sial dengan daun limau bali. Nelayan juga akan berehat untuk menyambut perayaan tahun baru. Nelayan laut dalam dari pangkalan Hutan Melintang, Sg Tiang dan Sg Burung akan melabuhkan kapal-kapal mereka selepas berbulan-bulan menangkap ikan di Lautan Hindi. Kat pelantar ikan sangat sibut dah jadi macam pasar dengan orang kampung mencari stok ikan ataupun tokey nelayan sibuk membasuh kapal dan bot mereka. Jaring-jaring dan peralatan nelayan diganti baru.

Yang tinggal hanyalah nelayan Melayu yang menagkap ikan di selat melaka sahaja, jadinya bekalan ikan sangat terhad. Peniaga runcit mengambil ikan impot dari Thailand atau Vietnam untuk dijual. masalah utama ikan ni tak sedap sebab diawet dalam bahan kimia. ikan jenis cencaru dan aye (iwak kayu) biasanya diawet sampai keras sebelum dijual.

time macam nilah orang kampung akan beralih kepada lauk telur, sadin, daging dan ayam. Jadiknya cuti ni aku ingat nak mancing lah kat bagan, mana tau dapat ikan sembilang, wusshhh...digoreng sodap tu....

COKLAT- SEBUAH CATATAN BERBAHASA JAWA



IKI COKLAT SENG DICETAK DADI GAMBAR KELAMBI KEBAYA, KANGGO KEMPEN PELANCONGAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA.
MULO-MULO ULEH, SAYANG AREP DIPANGAN, DIBENEHI NANG NJERO PETI AIS, SUWI-SUWI KOK MAMBU TERASI, PASAL NANG NJERO PETI ENEK TERASI PIRANG-PIRANG TEPEK.
TIMBANG EY MEMBAZIR COKLAT KUWI TAK PANGAN, MAMBU BELACAN PUN ORAK OPOLAH. NEK RETI AREP DADI KOYO NGONO TERUS TAK PANGAN MOSO MULO-MULO ULEH. WONG CARA NEY ORAK PERNAH WEROH COKLAT DIBENTUK KOYO NGONO.... WALAH-WALAH....NEK DI ELENG-ELENG LAWAK TENANLAH. WAKAKAKAKA

Sunday, January 18, 2009

Apo nak di kato....

Kawan aku kat KT sms aku selepas pengiraan undi selesai.

''Dimar... Bi eNg kaloh ke Pah .... ''

'' Nok wak gane... doh pemude sane takdok kerih doh" jawab aku.

Marah lak kawan aku bila aku jawab sms dia. Pilihan raya kecil telah berlalu, pilihan rakyat kuala terengganu dah jelas. Apa pun ucapan tahniah buat wakil rakyat PAS yang baru. Aku tak terkejut dengan keputusan tu. Banyak sangat faktor yang menyumbang kepada kekalahan UMNO dalAm mempertahankan kerusi KT.

Aku cakap kat kawan aku tu, takpelah kalo PAS menang pun, UMNO pun Melayu Islam, PAS pun Melayu Islam.Tu yang penting.

Akhirnya kau berjaya kumiliki



Syukur alhamdulillah, berjalan-jalan di MPH akhirnya aku beretemu jua dengan novel Ayat-Ayat Cinta. terus kusambar yang hard cover punya.


Tapi belum berkesempatan menikmati isinya, baru baca intro. Aku tak sabor nak baca dari kulit ke kulit tapi sebab aku bizi ya amat maka ku letakkan dulu kat atas meja. Sambil wat keja aku jeling-jeling kat buku tu...arrgggghhhhh bila aku nak baca nih...


Wednesday, January 14, 2009

Pancadriya Rasa dan Perasaan



Aku tulis n3 ni lepas menjenguk ke rumah Dila.


anak saudaranya sakit...Aliesya masuk ICU. Aku faham perasaan Dila bila menghadapi situasi seperti ini. Aku juga selalu menghadapi situasi ini}}}} anggota keluarga sakit.




Dila pastinya sebak dan pilu setiap kali melihat keadaan Aliesya. Melihat kesengsaraan dan kesakitan insan yang paling kita sayangi turut menyentap Pancadriya prarasa kita dan menyusup jauh ke dalam sanubari kita, lalu membentuk satu perasaan ingin berkongsi kesakitan itu bersama. Kadangkala sanggup pula untuk meminta dipindahkan sengsara itu kepada kita.




Namun Allah itu Maha berkuasa yang menentukan takdir setiap insan. Cubaan dan dugaan setiap manusia itu berbeza-beza dan Allah Azzawajalla tahu tahap mana kemampuan hambanya menerima ujianNya.




Oleh itu, buat Dila....


hanya ketabahan dan kesabaran lah yang menjadi sahabat kita dalam mengharungi dugaan hidup. Sama-sama kita berdoa semoga adik ALIEYA segera pulih dan sembuh seperti sediakala. Dapat bermain dengan riang dan mnjalani kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak yang lain.

de La Sambel

Sebagai orang yang tinggal di garisan khatulistiwa, sambal pastinya menjadi menu untuk memikat selera ketika makan nasik. Termasuk orang Jawa yang suka memedaskan lidah ketika makan nasik. Cili yang digunakan semestinya cili padi @ cili burung @ cili api utawa LOMBOK RAWIT....tapi yang aku senaraikan kat bawah ni adalah sambel peberet wong Jowo.

Sambel Terasi
Dalam bahasa Melayu di kenali sebagai sambal belacan. ini paling best la aku rasa, kalau ikut stail keluarga aku cara pembuatannya ialah, terasi perlu digoreng atau dibakar, ambil 3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah, juga digoreng. memula tu tumbuk lombok rawit secukupnya, lepas tu tumbuk bawang dan akhir sekali terasi goreng, bubuh asam jawa dan secubit gula. dah siap, makan dengan jangan tewel (nangka muda) waduh...orak pasal-pasal nasik bertambah 3 kali.

Sambel Goreng
sebenarnya bukanlah sejenis sambal. ia tergolong sebagai sayur untuk dimakan bersama nasi. ramuannya tempeh, tauhu, suhun, fucuk, kentang, ati ayam (jika suka) dan kobis atau kacang buncis (jika suka). Biasa nya jadi menu untuk kenduri atau ketika hari raya.

Sambal taun
Sebenarnya taun tu bermakna 'tahun' bukan 'taun' penyakit kolera tu wahahaha.... sambal ni memang femes dikalangan orang Jawa aje. Ramuan dia santan kelapo, lombok rawit, bawang putih dan merah,halia, lengkuas muda (kena bubuh banyak) dan lauk dia biasanya kulit lembu atau kerang, pelok ayam pun boleh.cili padi takleh ditumbuk, bior je bulat-bulat.sambal ni tahan lama kalau diperangat setiap masa, sebab sambal ni digelar sambal tahun.lagi lama lagi kaww...lemak dan pedas.

Sambal tutuk
ini dah biasa, senang je nak buat, amik ikan bilis dan digoreng garing (ikan temenung @kembung pun boleh) pastu patahkan lombok rawit secukupnya dan tumbuk bersama ikan bilis tu.bubuh secubit gula...dah siap...makan dengan nasik panas-panas lalap jengkol waduh....orak tangi wak...

Sambal korek
sambal ni untuk orang yang malas nak goreng ikan bilis. Ambik lombok rawit dan seulas bawang putih dan secubit gula dan garam. Pastu tumbuk sambil baca surah Al-ikhlas senafas sampai lumat. Baca surah tu amalan dari bapak aku, katanya bior sambal lebih enak....iyolah pak...kulo melok waey.

Sambal taik minyak
nak buat ni senang jah....amik bawang putih, lombok rawit, cili merah (besar),gula dan garam dan tak lupa taik minyak.tumbuk sampai lumat...haaa dah jadik...tapi aku kurang minat sambal ni pasal bau minyak kelapa tu kuat sangat.

Sambal santen
Haaaa...ini aku punya minat. ramuan dia pasti lah santan yang diambil dari kelapa tua, lombok rawit, bawang merah dan putih, halia, kencor (cekor) dan telur ayam (ikan pun leh gak).sambal ni sedap dicicah dengan keluban godong ubi atau kangkung. keluban tu maksudnya sayur yang direbus.

sambel endog
sambal telur hancur kata wong melayu.amik lombok rawit, bawang putih ditumbuk, pastu tumis, bila udah naik bau masukkan telur dan terus dikacau sampai hancur.

sebenarnya ada lagik, tapi males arep naip.lain kali laaaah. Tapi kalau kerap sangat makan pedas ni kalau tak tahan leh kena buasir wooo.....

Tuesday, January 13, 2009

RASULAN...adat berayan Jawa

Rasulan...bunyi dia macam RASUL (NABI) tapi sebenarnya bukan. kalau RASUL sebutannya ROSUL (lidah Jawa) tapi ini disebut sebagai R-A-S-U-L-AN. Adat ini kalau ikut bahasa mudah ialah majlis makan-makan dikalangan keluarga sahaja sempena majlis hantaran (esok nak gi pinang anak dara orang, malam ni buat rasulan) atau pun majlis hari jadi cara Jawa.

Biasanya menu utama dia ialah AYAM INGKUNG iaitu ayam bulat yang disembelih sendiri, kemudian diambil isi perutnya ( hati, jantung, usus, perut)dibasuh bersih dan dimasukkan kembali kedalam perut ayam. kemudian ayam tersebut di lumur dengan rempah ratus lalu direbus hingga empuk. ini berbeza dengan ayam golek yang di bakar.

menu seterusnya ialah kerabu, nasi, dan masakan sampingan yang lain. Tidak lupa juga BUBUR ABANG (bubur nasi yang dimasak kemudian diasingkan, satu kaler merah dan manis, satu lagi kaler putih lemak masin. Cara nak hidangnya, bubur merah diletak dalam mangkuk kemudian ditaruk bubur putih atasnya. Orang Jawa ni kaya dengan falsafah, bubur itu melambangkan darah merah dan sum-sum putih yang perlu dipulihkan selepas berlaku sesuatu seperti demam atau sakit bersalin. Ia untuk memulihkan dan meyegarkan semangat.

Yang menariknya semasa makan-makan tu, sebuah besen besar diletakkan ditengah-tengah para tetamu yang berisi air untuk basuh tangan. Dalam besen itu diletakkan duit syiling untuk para tetamu.tetamu yang basuh tangan selepas makan akan dapat duit syiling itu sorang sikit.

majlis rasulan sangat meriah dengan usik-mengusik orang yang diraikan (yang bakal bertunang) . Sambil itu saudara mara yang tua akan menyuapkan bubur abang kepada orang yang diraikan, kadangkala sehingga comot mulut.wakakakakaka.....
SELAMAT BERTUNANG BUAT AZMI (sepupu gue dong)

GAMBAK RAYA QURBAN

AL-ENDAS WAL SIKEL

BALONG FOR SOUP






3 EKOR LEMBU BAHAGI UNTUK SEKAMPUNG












HEHEHE....WONG BAJU BLUE BLACK KUWI KOYONEY SANGAT
KOMITED LEY MBETETI LEMBU.




LEMBU IRENG


LEMBU KU




LEMBU YB SEDANG MERAGUT ANAK PISANG KU ...HUHUHU

LEMBU YB ZAHID HAMIDI
HARI RAYA YANG LEPAS 3 EKOR LEMBU TELAH DITUMBANGKAN DI LAMAN RUMAH AKU.











Sunday, January 4, 2009

Wulan Suro

Bulan Muharam datang lagik, dalam kiraan Jawa Islam dipanggil wulan Suro. Bulan ini dikirakan sebagai bulan untuk memantapkan amalan-amalan dalaman yang diwarisi dan dipelajari dari kitab-kitab dan kiyai-kiyai yang membawa amalan wali songo.



Bagi kebanyakan orang yang mengamalkan amalan perubatan Jawa Islam ini perlu mensucikan diri dengan berpuasa dan mutih. berpuasa sehingga beberapa hari mengikut ketahanan diri dengan hanya berbuka puasa dengan nasi putih sahaja. Berpuasa itu disertai dengan berzikir mengagung-agungkan Pengeran Kuoso dan berselawat keatas Kanjeng Nabi sebanyak-banyaknya sehingga ratusan ribu jumlahnya.



Dimalam hari pula selepas Isya' pengamal perlu berjalan kaki sambil berzikir disepanjang jalan sehingga masuk waktu Subuh. Ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, kerana perjalanan yang jauh amat meletihkan ditambah pula dengan berpuasa pada siang hari. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Fuh...nyuwon kekiyatan saking Gusti Pengeran.

Wednesday, December 17, 2008

Ayamku jadi Kassim Selamat




Semalam, petang-petang ayam jago kat umah aku membunyikan isyarat kecemasannya...
gog-gog-gog....sepantas mungkin aku berlari ke arah kandang ayam untuk meninjau keadaan.
Ya Allah! melingkar sekor ular hitam (tedung sela) kat bawah kandang. Malangnya baru je aku
nak taboh dengan buluh ular tu dah lesap.

2 ekor ayam aku tumpo...jelas dah kena sembur dengan ular tu. mungkin ayam tu cuba nak patuk ular tu kot. sekor dah bergolek tapi idup lagi, yang sekor plak nyorok kat bawah pokok keladi. bila aku cek tengok biji mata ayam dah hitam. Sian betul la terkena semburan bisa ular terus jadi kassim selamat dah buta mata.

Pagi tadi aku tengok sekor ayam tu dah kejang mati.yang sekor lagi buta mata plak. Hari ni aku nak cari belerang nak tabur bawah kandang, takut ular tu datang lagik.

Sunday, December 14, 2008

sedino siji, boso Jowo anyar

Assalammualaikum....
Fuhhh...lama aku tak jenguk rumah maya aku ni. Bizi sket weh cuti-cuti ni. Dari Hari Raya Haji dok sibuk dengan lembu, tangkap lembu, tolak lembu naik ateh lori, hantar lembu, jaga lembu, tolong orang jagal lembu...hehehe pendek kata bangkit tidoq asyik lembu...lembu...lembu, bau lembu pun dah sebati dengan aku wakakkaaka. dapat le sikit income musim cuti nih.....Alhamdulillah, sempat gak aku berkorban tahun ni sekor lembu.

aiseh men...tajuk Boso Jowo, tapi menceceh bahasa melayu. kena tukor ni....

Kabarey embah yut, embah-embah,wak, pakde, budhe, paklek,paman, bibik, pak,embok, biyung, kakang,embakyu,diaji, adi-adi, putu, mantu kabehan sanak sedulor seIslam lan seJowo SeMalaysia.

Rioyo Kurban tes waey entek...alhamdulillah bagi sopo seng Kurban mugo-mugo sembahan kito ketrimo Pengeran. seng ora kurban rejeki pirang-pirang uleh daging mayeng-mayeng. Boso Jowo pun enek istilah bagi iwak-iwak daging seng kito uleh kuwi. Yok kita senaraikan....

Daging - Daging (podo waey)
organ dalaman - Jerohan (asal perkataan njero makna dalam)
perut - babat (enek babat enom lan babat tuek)
tali perut - usus (wong kampung kor njukuk usus enom, usus gede ditandur)
Hati - ati
Limpa - ati pengasih
peparu - kebuk/pelempung/maras
buah pinggang - ginjel
tulang - balung
tulang rusuk - balung igo
kulit - lulang
endas - Tok sidang (ni istilah kampung aku, wakakaka....sian tok sidang)
ekor - buntut/torpedo
daging lemak - kotot
lidah - ilat
hidung - bongor (enek wong seng doyan mangan...)
kaki - sikel ngarep, sikel mburi.
Testis - endoq lembu
darah - geteh (hahaha iki haram dipangan)
tahi - telethong (lu pike lah dewek...waakakaa....)

wes lah yo .... gambar rey mengko tak uplod, mau kelalen arep tak gowo.
kuwi waey istilah seng aku reti. pamit sek....

Friday, November 21, 2008

Mak sakit ...

Mak sakit lagi...darah tinggi nya setinggi 200. Sekali lagi mak menolak bila nak dihantar ke hospital.
ahhhh....bingung aku dibuatnya. Ini semua gara-gara keengganan mak untuk makan ubat yang dibekalkan oleh klinik. Jawapan yang biasa " aku wes jemu mangan ubat waey, " Aduh mak, ubat itu disorokkan bila aku tanya dimana. Hati ku tak tenteram setiap kali mak sakit. Selama ini aku berada di luar, aku tak nampak sendiri penderitaan mak, tapi kini aku lihat keadaan mak di depan mata aku sendiri. Syafakillah mak ...

Monday, November 17, 2008

Loghat Perak hari ini

pasei teman tinggei kat Perok, maka sedikit sebanyak teman tau juge le loghat Perok nih.

Hari ni teman nak kongsi 2 loghat Perok.

1. Mandang makna ada
contoh ayat : "Atan... tolong Mak pegi beli garam jap, langsung tak mandang kat romah..."

2. Leboh makna hilang
contoh ayat : '' Tok sidang...teman nak kabor ni, pisang kat tanah wakaf tu abis
leboh, teman agak anak Mat Konggu tu le yang nebangnye".

Itu aje kelas bawah pokok kite...
jumpe lagi dari Yop Dimar....

Sunday, November 16, 2008

Sedino siji, boso Jowo anyar

coti sekolah iki, ketimbang orak opo-opo yok kito ulangkaji boso Jowo, boso ney embah-embah leluhur kito.

WAREG makna Kenyang
MAREGGI makna Mengenyangkan

contoh ayat :
1. Mangan seng wareg, ben mempeng ley belajar
Makna : Makan lah yang kenyang, supaya dapat belajar dengan bersungguh-sungguh.

2. Mbotey kuwi panganan seng mareggi jibles koyo madang sego lan sego tiwul.
Makna : Keladi itu makanan yang mengenyangkan, sama seperti makan nasi dan nasi tiwul.

3. Simpulan Bahasa: wareg pacet makna kenyang pacat
'Wah, Kasbollah kaey wareg pacet, bar madang byur minggat, embok iyo di isah ajangey
ndisek'.
Makna : 'Wah, Kasbollah itu seperti kenyang pacat, lepas makan terus cabut lari, kalau iya
pun dibasuh lah pinggannya dahulu"


setakat ini sahaja kelas bawah pokok kita, jumpa lagi dari :
DIMAR si cikgu Punorogo, tau tulis, tak tau boco.....wakakakakakakaka........

Wednesday, November 12, 2008

Aku dan Demam Chikungunya


Masuk hari ni dah 6 hari aku demam disebabkan oleh nyamuk betina yang dinamakan nyamuk Aedes ni. Tapi ini kali pertama aku dengar nyamuk Aedes membawa virus Chikungunya. Bunyi dia pelik sikit sebab bukan berasal dari sini. Virus ini di bawa dari Afrika melalui pendatang asing dari Afrika. Demam ini akan menyerang urat saraf, sistem perkumuhan sendi-sendi dan sakit kepala selain demam panas yang mendadak.
Hari Jumaat yang lalu, balik sahaja dari tempat kerja badan aku rasa tak sedap, lelap jap sementara nak gi Jemuahan. Aku mula merasa sejuk yang teramat seperti seorang penagih madot. sampai mengigil-gigil....akhirnya solat Jumaat aku leboh.....
Gejala awal penyakit ni memula tu cirit birit....arrrrggghhhh....sejam 6 kali aku dok ngulang masuk tandas. Kemudian lutut aku mula terasa sangat lenguh dan pegel-pegel....Aku terfikir adakah aku terkena santet....kepala aku dah pikir lain sebab demam ni datang cepat sangat.
Hehehehe...bapak aku cakap bukan la...pegilah klinik cek tengok.aisehmen .... bapak aku lagi moden daaaa pemikirannya. aku gi klinik...amik darah sume,bagi pil kalsium, panadol, ubat sapu dan antibiotik.DRESA (ni panggilan orang kampung untuk Medical Asistant) kata ini gejala demam Chikungunya adik kepada demam Denggi. Selepas 2 hari naik bintik-bintik kat seluruh badan dan muka pun jadi merah cam kulit ketam BBQ.
Rupa-rupanya kat Bagan Datoh memang tengah musim demam camni.ada yang masuk hospital tapi takde yang melibatkan kematian lah. Penyakit adalah ujian dari Allah, aku menerimanya dengan sabar dan berdoa semoga aku segera pulih.

Monday, November 3, 2008

JAMUR alias CENDAWAN BUSUT

Hari Sabtu yang bertuah...masa aku tengah bersihkan anak pisang, tetiba hidung aku terhidu sesuatu... sesuatu yang dah lama aku tak hidu. Tu diaaaaa......... putih melepak bertompok-tompok cendawan busut kat celah-celah rumput.

Patutla malam tadi angin kuat...pastu kelkatu @ laron (basa jawa) dok main lampu kalimantang kat umah. Laron dan angin ribut ni lah yang menyebarkan spora jamur tadi. Dah lama tadak cendawan jenis ni pasal banyak kebun guna racun rumpai. Alhamdulillah... dekat setengah guni gula (kantong) aku dapat kutip. Hajat nak menyiang pisang terbantut. Balik umah bagi kat mak, mak pun masak sayur campur dengan pedal ayam dan separuhnya digoreng celup tepung rasa cam ayam pun ada....jiran-jiran dapat gak merasa la sebab dah banyak sangat.

Gambar? takde...huhuhu kamera dah lebuhh.....tapi untuk penyedap mata aku hambik gambau jamur ni dari internet, ni bukan cilok tapi pinjam je. . arrrrrggggghhhhhh.............





Friday, October 31, 2008

IMPENAN

I Have A Dream
I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you failI believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for meI'll cross the stream -
I have a dream
I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream
I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream

Wednesday, October 29, 2008

Beg aku kena cilok ...

Tarikh 25/10/08 hari Sabtu ... sebuah beg sandang telah di cilok dari tuannya di Jalan Bandar Teluk Intan. Mangsa baru sahaja balik dari majlis walimatul urus rakan sekerjanya itu terus ke bandar Teluk Intan untuk mencari piring mesin rumput di sebuah kedai hardware. kita ikuti laporan penuh, wartawan Dimar ada butiran penuh kejadian itu.

Lokasi kejadian : Depan kedai hardware, Jalan Bandar Teluk Intan.
Masa kejadian : 3.14 pm
Barangan yang Hilang : Sebuah beg sandang yang mengandungi :
1. Kamera digital
2. Wang Tunai
3. Dompet (huhuhu bengong tol, pi letak dalam beg, kalo
kat poket kan selamat)
Saspek : Seorang lelaki India, berbaju hitam, menaiki motor honda hitam

Temubual
Wartawan : camne leh terjadi ni?
Mangsa : aku baru balik dari kenduri, terus nak gi Teluk Intan cari barang. Masa
nak naik moto, aku amik wallet aku dari poket sebab tak selesa nak
duduk atas moto, maklum le wallet tu kembung sikit
( hehehe...alhamdulillah baru je gaji 24/10/08 ) biasanya tak pernah
aku taruk dalam beg.

Sampai je kat kedai hardware tu, aku pun turun dari moto...sambil tu
bukak beg sandang dari belakang aku. Tiba-tiba...seekor kutu itam
merampasnya dari aku dengan sepantas kilat...seterusnya melarikan diri
dengan moto pegi ke lorong tah mana tah.
Wartawan : Habis ko tak kejor ke.
Mangsa : Maunya tak, seluruh lorong kat Teluk Intan aku carik, adalah dekat
sejam lebih. akhirnya aku buat report polis. ic, kad bank, lesen
gambar ex-gf, gaman, duit, kamera digital habis kena sapu. Raya sakan
la kutu tu, nak sambut deepa hari isnin.
wartawan: Sabor je la. dah tu apa tindakan ko?
Mangsa : Lepas wat repot balik la umah...semayang Asar....huhuhu
Hari Selasa kebetulan cuti, aku setel kan sume urusan kat JPN wat IC
pegi JPJ, pegi bank....paling mengharukan kamera digital tu ada
gambar penting untuk projek kat tempat kerja aku....musnah semuanya.

Ini lah pengalaman kena cilok aku. aku dapat bayangkan perasaan
mangsa- mangsa ragut. Jenayah camni tak kenal mangsa atau jantina.
Banyak pengajaran yang aku dapat...selebihnya aku berserah kepada
Pengeran.
Wartawan : Harap sabor ye yop. Begitulah temubual dari mangsa, bak kata
pepatah "beringat sebelum kena, simpan wallet anda di tempat yang
dekat dengan badan anda supaya mudah anda pelupuh sesiapa
yang cuba merembatnya. Dimar melaporkan untuk berita blog
Akudimar.


Friday, October 24, 2008

UltraFatin VS Ultraman Z

kuasa ultraman bertindak ....
Kuasa menangkis menggunakan ilmu Fatin tahap 3....
jeng...jeng
wakakakaka .... gelagat ponak'an memang menghiburkan.