andai kau menjadi pelangi. biarku menjadi awannya. agar kita selalu bersama. andai kau menjadi sang duyung. biarku menjadi karangnya. agar kita sentiasa bersua. andai kau menjadi merpati. biarku menjadi sang bayu. agar kita sering bertemu. andai kau menjadi puisi. biarku jadi melodi... bersama kita bernyanyi. andaiku menjadi rembulan. sudikah engkau menjadi kejora. hingga pagi nanti?. andai esok aku menjadi tanah. sudikah engkau menjadi bunga. menghiasi dadaku?.
Wednesday, December 17, 2008
Ayamku jadi Kassim Selamat
Semalam, petang-petang ayam jago kat umah aku membunyikan isyarat kecemasannya...
gog-gog-gog....sepantas mungkin aku berlari ke arah kandang ayam untuk meninjau keadaan.
Ya Allah! melingkar sekor ular hitam (tedung sela) kat bawah kandang. Malangnya baru je aku
nak taboh dengan buluh ular tu dah lesap.
2 ekor ayam aku tumpo...jelas dah kena sembur dengan ular tu. mungkin ayam tu cuba nak patuk ular tu kot. sekor dah bergolek tapi idup lagi, yang sekor plak nyorok kat bawah pokok keladi. bila aku cek tengok biji mata ayam dah hitam. Sian betul la terkena semburan bisa ular terus jadi kassim selamat dah buta mata.
Pagi tadi aku tengok sekor ayam tu dah kejang mati.yang sekor lagi buta mata plak. Hari ni aku nak cari belerang nak tabur bawah kandang, takut ular tu datang lagik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
ngeri betul dengan ular ni...
reban ayam bapak kakpinat pun pernah di kunjungi ular sawa besar peha uwong lemu panjangnya 3 meter..ketakutan bapak kakpinat panggil bomba..mula-mula diorang gelak-gelak ingat sawa tu kecik sekali tengok..diorang pun gigil..panggil pawang ular sudahnya..
kalok kasim selamat sudah ada..dimana sabariahnya ? apa udah dicurik dr ismadi ? abangggg kasemmmmmm...chombi di sini bangggg....heheheheh
kak pinat, nek aku tak bacok waey dhelll dadi loro.
enek wong nek uleh ulo sowo di dhol tapi aku orak yakin pulak status halal haramnye
Dik Ct,
sabariahnya takder, yang ader nyonya mansor.sebab kassim selamat dah jatuh hati sama nyonya mansur yang lebih matang berbanding sabariah yng masih mentah lagi curang itew. wakakakakazzz
Post a Comment