Tuesday, January 13, 2009

RASULAN...adat berayan Jawa

Rasulan...bunyi dia macam RASUL (NABI) tapi sebenarnya bukan. kalau RASUL sebutannya ROSUL (lidah Jawa) tapi ini disebut sebagai R-A-S-U-L-AN. Adat ini kalau ikut bahasa mudah ialah majlis makan-makan dikalangan keluarga sahaja sempena majlis hantaran (esok nak gi pinang anak dara orang, malam ni buat rasulan) atau pun majlis hari jadi cara Jawa.

Biasanya menu utama dia ialah AYAM INGKUNG iaitu ayam bulat yang disembelih sendiri, kemudian diambil isi perutnya ( hati, jantung, usus, perut)dibasuh bersih dan dimasukkan kembali kedalam perut ayam. kemudian ayam tersebut di lumur dengan rempah ratus lalu direbus hingga empuk. ini berbeza dengan ayam golek yang di bakar.

menu seterusnya ialah kerabu, nasi, dan masakan sampingan yang lain. Tidak lupa juga BUBUR ABANG (bubur nasi yang dimasak kemudian diasingkan, satu kaler merah dan manis, satu lagi kaler putih lemak masin. Cara nak hidangnya, bubur merah diletak dalam mangkuk kemudian ditaruk bubur putih atasnya. Orang Jawa ni kaya dengan falsafah, bubur itu melambangkan darah merah dan sum-sum putih yang perlu dipulihkan selepas berlaku sesuatu seperti demam atau sakit bersalin. Ia untuk memulihkan dan meyegarkan semangat.

Yang menariknya semasa makan-makan tu, sebuah besen besar diletakkan ditengah-tengah para tetamu yang berisi air untuk basuh tangan. Dalam besen itu diletakkan duit syiling untuk para tetamu.tetamu yang basuh tangan selepas makan akan dapat duit syiling itu sorang sikit.

majlis rasulan sangat meriah dengan usik-mengusik orang yang diraikan (yang bakal bertunang) . Sambil itu saudara mara yang tua akan menyuapkan bubur abang kepada orang yang diraikan, kadangkala sehingga comot mulut.wakakakakaka.....
SELAMAT BERTUNANG BUAT AZMI (sepupu gue dong)

4 comments:

PINATBATE said...

ehek..
boleh cayer ke Azmi yang bertunang..entah ker sepupu Azmi tu tak..? Nak tipu yerr...;P

akudimar said...

iye kak...
betul la Azmi seng tunangan.
sepupu Azmi tu sapa la yang sudik,alamat jadik bujang tuek lah jawabnyer.huhuhu

HABIHA69 said...

meriahnya adat budaya jawe ittew kan kang?

akudimar said...

iyo kok ustaz.
tapi nek seng karut-karut kuwi j di tot.kuwatir dadi kurafat pulak.yo porrak ustaz.