Wednesday, October 29, 2008

Beg aku kena cilok ...

Tarikh 25/10/08 hari Sabtu ... sebuah beg sandang telah di cilok dari tuannya di Jalan Bandar Teluk Intan. Mangsa baru sahaja balik dari majlis walimatul urus rakan sekerjanya itu terus ke bandar Teluk Intan untuk mencari piring mesin rumput di sebuah kedai hardware. kita ikuti laporan penuh, wartawan Dimar ada butiran penuh kejadian itu.

Lokasi kejadian : Depan kedai hardware, Jalan Bandar Teluk Intan.
Masa kejadian : 3.14 pm
Barangan yang Hilang : Sebuah beg sandang yang mengandungi :
1. Kamera digital
2. Wang Tunai
3. Dompet (huhuhu bengong tol, pi letak dalam beg, kalo
kat poket kan selamat)
Saspek : Seorang lelaki India, berbaju hitam, menaiki motor honda hitam

Temubual
Wartawan : camne leh terjadi ni?
Mangsa : aku baru balik dari kenduri, terus nak gi Teluk Intan cari barang. Masa
nak naik moto, aku amik wallet aku dari poket sebab tak selesa nak
duduk atas moto, maklum le wallet tu kembung sikit
( hehehe...alhamdulillah baru je gaji 24/10/08 ) biasanya tak pernah
aku taruk dalam beg.

Sampai je kat kedai hardware tu, aku pun turun dari moto...sambil tu
bukak beg sandang dari belakang aku. Tiba-tiba...seekor kutu itam
merampasnya dari aku dengan sepantas kilat...seterusnya melarikan diri
dengan moto pegi ke lorong tah mana tah.
Wartawan : Habis ko tak kejor ke.
Mangsa : Maunya tak, seluruh lorong kat Teluk Intan aku carik, adalah dekat
sejam lebih. akhirnya aku buat report polis. ic, kad bank, lesen
gambar ex-gf, gaman, duit, kamera digital habis kena sapu. Raya sakan
la kutu tu, nak sambut deepa hari isnin.
wartawan: Sabor je la. dah tu apa tindakan ko?
Mangsa : Lepas wat repot balik la umah...semayang Asar....huhuhu
Hari Selasa kebetulan cuti, aku setel kan sume urusan kat JPN wat IC
pegi JPJ, pegi bank....paling mengharukan kamera digital tu ada
gambar penting untuk projek kat tempat kerja aku....musnah semuanya.

Ini lah pengalaman kena cilok aku. aku dapat bayangkan perasaan
mangsa- mangsa ragut. Jenayah camni tak kenal mangsa atau jantina.
Banyak pengajaran yang aku dapat...selebihnya aku berserah kepada
Pengeran.
Wartawan : Harap sabor ye yop. Begitulah temubual dari mangsa, bak kata
pepatah "beringat sebelum kena, simpan wallet anda di tempat yang
dekat dengan badan anda supaya mudah anda pelupuh sesiapa
yang cuba merembatnya. Dimar melaporkan untuk berita blog
Akudimar.


4 comments:

PINATBATE said...

Innalillahiwainnailaihiraajiun..
Setiap kali diuji dengan musibah itu tandanya kita dikasihi Allah.

Ambillah hikmah dan peringatan Allah dengan redha dan syukur..Kepada Allah kita kembalikan segala urusan.

akudimar said...

yo lah kak...
terima kasih nasihat kak pinat tu.
aku terharu tenan. Dugaan iki tak terimo sak ikhlas hati.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

walah dim...
beg mu disamber pencopet YO
orraloh uwong...kok wajib nyolong toh
orak kesian.....
sabar yo dim

akudimar said...

yo kepiye meneh Dila.
padal teluk intan kuwi bandar cilik lho...

iyo, seng sabar waey lah.