aku masuk bilik guru pagi Khamis, aku dengar dengan jelas kak dot...dot sembang dengan kak tut...tut. lepas syok sangat sembang aku dengar bunyi wanita menangis teresak-esak...huh, what the hell?
kemudian aku dengar sorang lagi ketawa terbahak-bahak ngalahkan KAK LANG...zalim betul, sorang dok sedih sorang lagik ketawakan.
aku pun datang dekat...huiiikkks rupanya kedua-dua kakak tu tengah gelak ketawa rupanya. Tapi kakak sorang tu stail ketawanya jenis bunyi macam menangis, uhuk-uhuk sambil mengeluarkan air mata kegembiraan. aku taknak tau isunya tapi yang aku heran kita tak boleh beza sama ada kakak tu menangi atau ketawa.
aku terpikir kalau kakak tu sedang menangis kesedihan adakah kita boleh membezakan sama ada kakak tu dalam keadaan gembira atau sedih. kompius aku.....
andai kau menjadi pelangi. biarku menjadi awannya. agar kita selalu bersama. andai kau menjadi sang duyung. biarku menjadi karangnya. agar kita sentiasa bersua. andai kau menjadi merpati. biarku menjadi sang bayu. agar kita sering bertemu. andai kau menjadi puisi. biarku jadi melodi... bersama kita bernyanyi. andaiku menjadi rembulan. sudikah engkau menjadi kejora. hingga pagi nanti?. andai esok aku menjadi tanah. sudikah engkau menjadi bunga. menghiasi dadaku?.
Friday, April 9, 2010
Thursday, January 21, 2010
sebuah kedewasaan
Tahun baru buat diriku dimulakan dengan kehilangan orang yang tersayang, orang yang paling rapat dalam hidup aku dan adik beradik lain. Kini tinggal aku dan bapak aku sahaja kat rumah.
Seminggu kemudian adik bongsu aku terpaksa berjauhan dengan keluarga nun jauh di Perlis kerana melanjutkan pelajaran. berjejeran air mata si bongsu itu kerana berpisah dengan keluarga, tambahan pulak mak baru sahaja meninggal dunia. Sabar je la dik...
kerja-kerja di sekolah pulak semakin banyak, biasalah awal tahun , sementelah pulak terpaksa menjadi s/u koko, hari sukan sekolah semakin dekat. semakin sibuk rasanya.
apa-apa hal banyak perkara yang berubah dalam kehidupan aku di tahun 2010 ini, perubahan yang mendewasakan aku. tentang kehidupan , tentang dunia ini, tentang realiti sebenar seorang insan.

Friday, January 8, 2010
Saat terakhir...perpisahan yang memilukan.
1 Jan 2010 Jumaat
Sejak Isnin mak tak sihat, tak lalu nak makan cuma minum air aje. sampailah hari Jumaat, mak hanya makan 2 suap nasi, sesudu nestum dan beberapa sudu sup aje.
Malam tu aku tak tido sebab jaga mak. Pagi Jumaat aku panggil jiran untuk mengurut mak, selepas urut aku mandikan mak dengan air rebusan daun, mak mandi atas kerusi roda je. lepas mandi tu aku tengok mak semakin lemah.
akhirnya aku bercadang nak bawak mak pegi hospital walaupun mak membantah keras. bersama-sama adik aku yang baru balik dari Kelang, aku bawak mak terus ke hospital.
keadaan mak disahkan kritikal dan terus dimasukkan ke ICU. Semua adik beradik aku telah berkumpul di hospital...sama-sama tunggu mak. Doktor mengesahkan keadaan mak tenat, sehingga terpaksa diberikan bantuan pernafasan melalui mesin.
2 Jan 2010 Sabtu
Semua adik beradik dan bapak tak berani nak tinggalkan mak, keadaan mak semakin buruk dengan tekanan darah semakin menurun. bacaan surah Yasin tak berhenti-henti dibaca kami adik beradik .saudara-mara terdekat datang semua melawat mak. paling menyayatkan hati abang sulung mak menangis teresak-esak melihat adik bongsunya. tak pernah aku tengok pakdhe berkeadaan begitu sedih sekali.
3 Jan 2010 Ahad
kami adik beradik bersilih ganti keluar masuk ICU untuk membisikkan kalimah Tauhid buat mak sehingga menimbulkan rasa kurang senang nurse kat dalam ICU. Tapi kami semua tak pedulik, akhirnya mak sedar. Mak mintak air dan nasik. Sedih sangat sebab keadaan mak tak membolehkan mak minum air, takut air tu masuk dalam paru-paru. Doktor kata air tak perlu sebab badan mak memang dah cukup air yang disalurkan melalui tiub.
aku tak sampai hati, aku seludupkan air buat mak minum, mak nampak lega lepas minum air. keadaan mak semakin baik dan boleh bercakap. kami sekeluarga rasa lega dan berharap mak dapat segera sembuh.
esok dah mula kerja, aku balik ke rumah, kakak aku balik ke putrajaya. yang tinggal jaga mak aku cuma adik lelaki aku dan adik pompuan aku yang kebetulan cuti semester.
4 Jan 2010 Isnin
kakak aku tak jadi balik ke putrajaya sebab penat sangat, rehat kat rumah dan bercadang bertolak ke putrajaya sebelum subuh. Tapi sebab penat sangat kot kakak aku terlajak bangun, jadi bertolak dari rumah pukul 6.30 pagi. aku pulak bersiap untuk pergi sekolah, pukul 6.35 pagi aku menerima panggilan dari adik aku yang jantung mak berhenti berdenyut, doktor sedang berusaha. aku terus panggil kakak aku supaya patah balik dan terus pagi ke hospital. dalam perjalanan ke hopital, adik aku telefon yang mak sudah pergi menemui Penciptanya buat selama-lamanya.
Pukul 7.oo pagi mak disahkan meninggal dunia pada usia 59 tahun akibat kegagalan kedua-dua buah pinggang dan jantung.
Aku merasa sedih yang teramat sangat, selama lebih kurang 10 tahun aku merantau, dan akhirnya aku kembali ke kampung halaman untuk menjaga mak, tapi aku hanya berpeluang bersama mak hanya 2 tahun sahaja.
sekali lagi hidup aku berubah dengan kehilangan orang yang disayangi. hidup aku terasa kosong selepas pemergian mak. aku terlalu takut lagi untuk kehilangan orang tersayang. perpisahan yang sangat menyakitkan yang perlu aku harungi lagi.
Al-fatihah... selamat tinggal mak, damailah disana, berehatlah sepuasnya dan tunggulah kami yang kerinduan pada mak.....

Wednesday, December 23, 2009
sepetang di lowyat
hari ni dah sampai masanya aku balik kampung. sejak hari ahad aku melepak kat kelompor atas beberapa urusan yang alhamdulillah dah selesai.
sambil-sambil tu sempat gak aku gi lowyat jenguk-jenguk laptop untuk adik aku. aku dah servey kat Teluk intan, tapi aduiiyaiii harga dia mahai sangat. ni alang-alang dah sampai sini aku try cari. harga dia memang jauh beza la. beza dalam dua tiga ratui gak. tapi kat sini kena ati-ati sikit sebab ada yang rekon. nasib malang le kalo terbeli cap ayam punya.
dapat satu la yang aku rasa sesuai untuk adik aku, takde mewah sangat tapi cukup la untuk dia belajo. mulanya aku nak kasik yang aku punya, atau ambik je desktop kat umah tu, tapi cadangan aku tak mendapat respon yang positip. aku dah tau dah peel bongsu ni. takpelah. bebudak jaman sekarang katakan...huhuhu.
tapi masa kat lowyat tu aku macam terserempak dengan seseorang yang aku kenali di alam yang satu lagi tu...eh, maksud aku alam cyber lah. tapi aku takut salah orang, tak berannnn nak say hi...jadi sekadar jeling-jeling je lah.
heheheh.... sesekali turun kelompor nih memang best, mengimbau kenangan time remaja dulu, gila babas tol time tu. bila aku lalu kat tempat lepak aku dulu aku rasa lawak pulak, apesal aku leh buang masa dok merewang kat sini dulu. hehehe...dah makin bertambah umur ni (huhu) kena rasional sikit la kan. dari tahap umur 20-an tahun depan menuju tahap umur 30-an lak.
ishh...ishh Kuala Lumpur masih muda remaja setiap masa.....
SELAMAT TAHUN BARU DUNIA....

Monday, December 21, 2009
Kisah banjir
MY "BLACK SWEET DARLING" NEW SAGA 1.3
MANGSA BANJIR YG DIMANGSAKAN ...HEHE
KITTENS ON TRAY AS BOAT
LATAR DIGENANGI AYOR BANJIR
SEJAK MAK SAKIT, AKU YG BELA BUNGA MAK, AKU BANTAI BUAT BONSAI....LA NI KENA AYOR BANJIR LAK HUHU

AYOR PARIT BESO NAIK TINGGI
TEBUK TEMPAT AKU TANAM SAYOR TENGGELAM SAMA SEKALI

BAWAH UMAH
EMPER PUN MASUK AYOR
AYOR PARIT BESO NAIK TINGGI
BAWAH UMAH
BUNGA SPESIS KELADI TAK TERJEJAS BILA BANJIR

setelah 4 tahun tak banjir akhirnya pada 16 Nov yang lepas kampung aku dilanda banjir. tapi cetek ajelah. pagi tu hujan lepas yang teramat sangat. bermula pukul sembilan berlarutan sampai pukul 6 petang.
aku balik sekolah dalam pukul 4 petang, sampai umah sekitar rumah termasuk bawah umag telah ditenggelami air. my black sweet baby yang aku selimuti dibawah rumah terkena ayor banjir gak.
waduh-waduh...misi menyelamat agak susah sebab tanah dah lembik. akhirnya my darling dapat diselamatkah, tayar depan aku letak atas tangga batu, tayar belakang aku bubuh batu blok.
sempat gak aku tangkap gambaksekeping dua buat kenangan, tapi malangnya memori kad plak takleh diimpot masuk laptop. masuk virus plak. tapi pagi ni aku try bukak boleh plak tapi banyak file yang damage takleh view gambak dia. setelah 3 jam aku mencoba...dapat aku tepek sekeping dua.
daerah sepi dan damai
Kulo nuwun ...
Sejak cuti sekolah bermula, aku mula mengembara ke satu daerah yang sangat sepi tapi mengujakan. inilah masanya aku ingin berkhalwat, menyendiri dari segala segala-galanya. jauh disudut dunia.
damai melihat air pasang dan surut, bintang dan bulan di malam hari, mendengar bicara suara unggas.
jauh dari hiruk pikuk manusia, urusan duniawi yang tak pernah berakhir, politik jijik haiwan berakal.
tapi tak lama, aku perlu kembali semula, ada mesyuarat yang perlu dihadiri, menyambut anak-anak kecil yang ingin mengenali dunia, dan seribu lagi tanggungjawab.
Selamat datang tahun baru ...

Sunday, November 15, 2009
Aku risau tahap Maharaja...huhuhu
SEKARANG KAT TEMPAT AKU ASYIK HUJAN JE. AMARAN JABATAN KAJI CUACA HUJAN LEBAT DIIKUTI DENGAN RIBUT PETIR DIJANGKA MELANDA BAHAGIAN-BAHAGIAN DINEGERI PERAK, TERUTAMA PERAK SELATAN (HILIR PERAK, MANJUNG BLA-BLA...) ANGIN KUAT DIJANGKA BERLARUTAN BERTIUP DARI ARAH TIMUR MENYEBABKAN RIBUT.
HALLAMAKKK....KAT UMAH AKU AYOR DAH MASUK KAWASAN LATAR, PARIT KECIK KELILING UMAH AKU DAH PENUH DENGAN AYOR, BILA MALAM AYOR MELIMPAH MASUK KAWASAN UMAH AKU. ITIK-ITIK BEGITU SERONOK SEKALI MAIN AYOR...TAPI AKU DALAM KEADAAN GUNDAH GULANA, PASAL KETA BARU AKU YANG TERSADAI KAT BAWAH UMAH TU AKAN KENA AYOR BILA AYOR NAIK. CAMNER NI?
HARI NI UJAN TURUN LEBAT GAK, AKU MASIH KAT SEKOLAH TAKLEH BALIK, HATI DEN NIH TERKONANG-KONANG CIK ADIK ITAM MANIS YANG SEDANG DIANCAM AYOR BANJIR. KETA AKU MUNGKIN TAK SEJUK PASAL AKU SELIMUTKAN DENGAN PENUTUP KETO, HUHUHU....TAKUT LAK BELIAU TERENDAM DALAM AYOR. NAK BALIK UJAN RIBUT LAK. WADUH GUSTI PENGERAN KUOSO RAMPONGAKEN THO RAHMATMU MENIKO...AMINNN.

Tuesday, November 10, 2009
Congrats my dear sister

Alhamdulillah, akhirnya adik aku dapat gak tawaran melanjutkan pelajaran ke Politeknik.
ambilan yang pertama dulu tak dapat, dapat ambilan Januari 2009.
dapat kat Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Arau. Course Sains Kesetiausahaan.
Kemain lagik melompat keseronokan dia. Selamat tinggal pengajian tingkatan 6. Aku harap dapat la dia belajo dengan lebih bersungguh-sungguh. Adik aku yang last ni memang malas tahap koala bear, bukan dia tak pandai, tapi virus koala bear dah menjangkiti beliau sejak zaman PMR lagik. Time sekolah rendah rajin la jugak. entah le.
Soalnya sekarang mak aku tak berape rela nak melepaskan anak pompuan kesayangan dia nih. waduh-waduh. lagi pulak dengar perkataan ARAU, bunyi dia macam jauh sangat, macam kat Paris. heh...pada aku selagi nama Malaysia tu dokek ajo. Mak memang tak setuju lah, bapak aku ok je.
camnepun aku doakan yang terbaik buat adik aku, tak kira apa bidang yang dia ceburi. jangan kita takut untuk berubah dan bertajdid untuk diri kita.
trend bebudak la ni...
skang kat sekolah aku tengah trend main seremban. tak kita lelaki atau perempuan sumer main seremban.
rasanya trend ni start masa bulan puasa, berlarut sampai sekarang.
hehehe..terer betol bebudak lambung batu seremban.

Monday, November 2, 2009
masak sup
semalam aku cuti sempena dengan hari perkhemahan unit beruniform 2009. badan aku tak sedap sangat, kepala rasa berat. Aku ingat nak makan sesuatu yang panas, berair dan lembut. nak buat bubur leceh, lama nak rebus.
so, aku teringat nak buat sup ayam...tapi aku sebenarnya bukan suke ayam sangat, terutama bahagian yang banyak daging. kalo ada tulang lembu kan best...tapi takleh...kolestrol tu, kesihatan nak kena jaga gak wehhhh....so, aku pun pegi kat market beli kepak ayam sama dengan kaki ayam. aku suke tang tulang-tulang.
sampai rumah, aku pun rebus ayam tu dan campak-campak semua bahan, semua guna yang yang segera punya. bubuh kentang sket, bawang goreng dan daun sup. Siap...aku amik semangkuk, makan dengan dengan roti benggali wholemeal. maleh makan nasik, wahhh sedap sungguh, air jari gua sendrik...sampai berpeluh-peluh aku makan sambil layan HBO...PERGGGHHHH kebah demam aku, alhamdulillah.

Sunday, November 1, 2009
dream in dream after dream....
aku demam...selepas perkhemahan sekolah yang memenatkan. Aku tak tau sok leh keja ke idak. tapi kalo boleh aku tanak amik cuti.
Lepas solat Isyak, boooommmm aku tidoq. Macam-macam mimpi buruk lak yang aku alami time tidoq tu. memula aku mimpi perkhemahan, bebudak cam biasa lah susah nak kawal, suasana macam kat Genting je ada keta kabel, theme park, kasino bagai.
Aku dok tolong bebudak pasang khemah, siang ikan, potong sayoq, basuh beras...suasana memang agak kelam kabut. Tengah seronok-seronok tetiba. bangunan utama genting highland runtuh...makkk aihhh cam real je. Ramai mangsa yang mati, keadaannya macam kat kawasan kemalangan yang sangat tragik.
Aku tersentak, bangun jap...istighfarrr.then tidoq balik...aikkk camner lak aku leh berada dikawasan perkhemahan balik ni. Aku jalan-jalan kat kawasan perkhemahan lelaki, tiba-tiba hujan turun dengan lebat, petir sabung menyabung, kilat memancar-mancar, hujan mencurah turun. tiba-tiba khemah bebudak hanyut, jeritan bebudak memanggil-manggil...cikguuuu-cikguuu tolong...tolong, aku bersama rakan bertungkus lumus menyelamatkan bebudak, semua selamat kecuali khemah-khemah semua hanyut. tiba-tiba sebatang lampu jalan terjatuh dah aku terkena renjatan elektrik...ztztztzttttttttttttt....terus aku bangun.
MasyaAllah...ape kena aku nih. mungkin penat beno kot. Aku sambung tido, aku jumper beberape orang guru yang baru nak posting kat sini. 3 orang guru perempuan, yang lelaki aku tak ingat. Yang 2 orang tu belum kawen kot, too young to become a teacher, i think...wakaka...sorang sedang angkat beg besar, aku tanya nak cari umah sewa ke? dowang jawab, taklah...kan hari ni sekolah wat perkhemahan...Ya Allah... perkhemahan lagik. Aku follow dowang, memang betul bebudak sedang berkhemah kat padang, saujana mata memandang sumer khemah budak. murid datang dari mana aku pun tak tau.
Yang pasti aku tersedar dari tidoq bila terdengar hj husin melaungkan Azan. aku bangun dengan kepala yang berat sekali, aku rasa badan aku panas, hidung tersumbat dan aku demam...arrrggghhh...berat sekali nak melangkah ke bilik air. Akhirnya aku tidoq balik lepas semayang subuh. Bangkit dah tengahari, tak lalu aku nak makan...cuma minum air kosong dan telan panadol 2 bijik.
apesal perkhemahan akan buat aku jadik tak sihat, tahun lepas time perkhemahan aku terkena demam chikungunya. Tahun depan ada lagi perkhemahan, agaknye apa plak yang berlaku. ape-ape hal pun itu adalah sebahagian dari tugas yang perlu aku buat. itu tanggungjawab.

Friday, October 30, 2009
perkhemahan unit beruniform 2009
Malam ni aku stay kat sekolah sebab ada perkhemahan,
cadang nak buat kat Ulu Chepor tapi dah batal saat-saat akhir sebab ada tragedi kuala dipang.
arahan terus datang dari JPN perak.
jadi bebudak ni berkhemah kat padang sekolah.

Wednesday, October 28, 2009
AKSI KUCEN KAT UMAH HAKU....
Thursday, October 22, 2009
Sebuah buku....
Menilai Tarikat dan Kesufian dengan Syariat Allah.
Tajuk Buku yang aku beli melalui pos ni, memang memuaskan walaupun page dia terlalu sedikit. Rasa macam tak puas baca kupasan Dr. MAZA ni.
Dr. MAZA menerangkan tentang sesetengah tarikat kesufian ini menyelewng dan guru-guru utama tarikat kesufian paling banyak mencipta hadis palsu untuk kebaikan atau untuk menggalakkann umat Islam untuk beribadah.
Setau aku kawasan Sabak Bernam membawak ke Bagan Datoh disebelah Perak ni memang terkenal dengan tarikat kesufian Naqsyabandiah dan Muhammadiyyah. Aku rasa tarikat ini dibawa dari indonesia semasa penghijrahan orang-orang Jawa dari indonesia.
Amalan bersuluk juga adalah amalan tarikat.
aku tak tau, aku tak berani untuk memberi pendapat atau mengiyakan mana yang benar atau mana yang salah kerana keluarga aku sejak zaman embah-embah memang terlibat secara langsung dengan amalan suluk dan perguruan tarikat. Setakat yang aku tau mereka adalah sangat alim dan zuhud, terutama keluarga di Sg Tiang Darat, yang mempunyai hubungan langsung dengan Sunan Kudus. Embah saudara aku ( dah meninggal) sering ke Kudus, Indonesia melawat keluarga disana. Sehinggakan pihak keluarga di sana, pernah meminta, embah saudara aku supaya membetulkan menara Masjid Agung diKudus, semata-mata kerana masih ada hubungan darah dengan Sunan Kudus.
Sekarang apabila embah saudara aku dah meninggal, hubungan terputus kerana tiada lagi kunjungan keluarga sebelah sini ke Kudus.
Amalan Tarikat yang diamalkan oleh orang-orang lama di sini mungkin tidak se taksub amalan Tarikat yang dijalankan di sesetengah negara seperti di India, Pakistan atau sesetengah negara arab. Mungkin kita kena check balik apakah amalan kita selama ini.
Perlu diingat, ada sesetengah pendapat mengatakan Dr. Maza adalah pendukung Wahabiyyah dan sering menjadikan amalan golongan "Tua"( istilah yang digunakan oleh historian) sebagai bahan kritikan. Beliau mendapat phD di UIA, UIA pula adalah tempat ....tuuuuutttttt .... Entahlah ... ape-apehal aku suka baca karya, tulisan Dr. Maza dan mengikuti forum bicara beliau.

Tuesday, October 20, 2009
Apabila tidak dihargai...
Kadang kita sebagai manusia biasa memang tidak pernah lari dari kekecewaan. Tidak kira dimana kita berada. Sebagai seorang guru yang baru mencari pengalaman aku merasa amat kecewa apabila segala usaha yang dilakukan untuk kepentingan pelajar dan sekolah tidak dihargai malah dicampak ketepi.
Aku tau sesetengah sekolah biasa mengamalkan kroni-kroni dan pembodek-pembodek disekeliling pihak pentadbiran. Kadang aku fedap dengan benda-benda ni sume. apa yang perlu aku lakukan ialah sabar dan beralah.
Aku pernah bekerja di sektor swasta, persekitaran dan iklim bekerjanya sangat berbeza, soal persaingan dan kaki bodek tetap ada tapi tak seteruk sekarang di sektor kerajaan. Senioriti seseorang sangat dititik beratkan walaupun seseorang itu adalah tukang kebun. Yang baru tak ada hak untuk bersuara atau pun melakukan sesuatu perkata yang baru. Yang baru itu dianggap pelik dan diluar daripada kebiasaan sekolah. Perkara yang baru harus dihapuskan dan ditentang sehabis-habisan tanpa mempedulikan pendapat orang baru. Orang baru yang cuba membawa pembaharuan perlu dibelasah ideanya, perlu dibunuh semangatnya agar sentiasa pasif dan mengikut tradisi sekolah sejak zaman berzaman.
Sepatutnya sebagai seorang bos perlulah memberi peluang dan ruang kepada orang bawahannya. Bos perlulah sentiasa memberi semangat, dorongan dan nasihat yang baik kepada staf nya. Bukan mendengar cakap orang luar yang tk ada kena mengena dengan sekolah ni. tepat sekali pribahasa, '' kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan".
Kadang-kadang apabila kita berada di tempat tinggi kita lupa apa yang berada dibawah kita. kita lupa bahawa untuk berada ditempat tinggi kita perlu memijak bahu orang dibawah. Terlalu seronok berada diatas sehingga terlupa kesakitan bahu-bahu orang dibawah. Jangan kita lupa bahawa sutera adalah berasal dari ulat yang hina melata dibumi.....

Saturday, October 17, 2009
Wednesday, October 14, 2009
Masih mood raya...
Aduh...lama sungguh aku tak jenguk blog aku ni.n3 bulan ni pun belum ada. Bizi plak lepas raya nih nak uruskan perkhemahan unit pakaian seragam. Jauh lak tu tapak perkhemahan tahun ni, biasa tu buat kat padang atau kuala woh je, dekat lagi menjimatkan .tak tau lah bos dapat duit terpijak ke, zakat ke banyak peruntukan plak tahun nih.
Raya yang lepas ada gak aktiviti keluarga yang dapat dijalankan, antaranya buat BBQ pada malam raya ketiga. Raya ni agak meriah sebab abang aku dah pun balik ke Perak dari Mersing, bersara askar. Jadi sekeluarga beraya kat kampung, adik beradik yang lain pun semua dapat cuti awal.
aku ada sikit la gambar-gambar raya kali ini:

AMARAN KERAS : kepada silent reader yang bernama cik E, jangan kutuk n3 aku lepas baca...!!!! wakaakakak
Sunday, September 27, 2009
Sop Komplang-komplang
Raya kali ni aku beli daging lembu "ikut bahagian". Maknanya seekor lembu kongsi 28 peserta, sembelih sama-sama dan kongsi sama-sama. Cara ni memang untung sikit berbanding beli kilo-kilo kat pasar. Harga daging pun tak sama ada yang jual ikut harga betul RM18 sekilo, ada gak yang cecah RM24 sekilo gila ahhh...kalau beli ikut bahagian kita akan dapat semua bahagian lembu sama rata. satu bahagian RM100 je.
Jadiknya banyak gak lah daging yang aku dapat dalam 7 kilo gitu, selain itu dapat jerohan, babat, dan tulang...pehhh tang tulang tu yang best. Sebab aku yang masak sup tulang pada tahun lepas, maka kakak aku dengan penuh takzimnya nyuruh aku yang masak...hadoiiii....maleh betol lah. tahun lepas sebab deme ni sume balik malam raya. patutnya bagilah aku rileks raya kali ni sebab deme dah balik awal. Tapi sebab deme dah puji aku masak sup sedap pada tahun lepas, aku pun terpedayalah dengan puji-pujian melangit deme tu.
So....aku masak, segala bahan dah taruk, ayor cukup, daging tulang dah empuk, garam dah curah. Masa menghidang untuk berbuka puasa yang terakhir pada tahun ini, bapak aku rasa dulu...''lhoh, sop pey kok komplang-komplang rasaney cemplang tenan, uyahey opo wes entek ke?'' njaluk sambel kecap pey..... arrghhh... kalo dah semua mintak kicap tu sah-sah le tak sedap.
habih aku kena kutuk dari tahap bapak sampai le ke anak sedara...wahh dah lebih ni. itulah dah kabor dah, kalo masak mesti ada roh/spirit atau keikhlasan. aku memang rasa maleh beno nak masak, patut le hasilnya tak seberape. Yong ada ramei, ate ngape suruh yop masok? hehehehe....

Monday, September 14, 2009
Banyak Dosa....
Hari Raya kali nih, aku rasa nak mintak maaf kepada seseorang makhluk Tuhan. Yang aku rasa banyak beno dosa aku kat dia nih. Aku rasa aku dah sakitkan hati dia, dah menyinggung perasaan dia, dah kecewakan dia, mempermainkan dia.
Aku ingat aku selalu buat dia marah, buat dia merajuk, buat dia tak nak tegur aku. Kalau boleh aku nak bawak sikit buah tangan kat dia sebagai mukadimah misi mintak maaf.
Tapi kalo dia tak maafkan aku camner?Ahhhh...dulik ape, yang penting aku mesti membaiki perhubungan sesama manusia. Camner ye? baik aku berlatih sebagai persediaan nak mintak maaf dengan dia.
"Wak Pah, aku njalok ngapuro seng okeh-okeh, nek aku salah guyon nggawe WakPah latah yang terlampau , aku njalok halal ley, sepuro ney lah yo.

Majlis khatam Quran
Hari Sabtu 11 september nan lalu, satu majlis khatam Quran peringkat Bahagian Umno Bagan Datoh telah diadakan. Majlis telah di anjurkan oleh Biro Agama menjadi tradisi setiap tahun di bawah kepimpinan Dato Seri Zahid Hamidi. Cawangan yang menyertai Tadarus dijemput datang ke Majlis tersebut.
Cawangan kat tempat aku dah khatam masa Nuzul Quran hari tu. Tapi aku cuma sempat datang sekali je sebab Tadarus diadakan bermula 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Aku lak pi keja tak leh nak sertai hari-hari. Nampaknya macam biasa la golongan veteran atau pesara-pesara yang menyudahkan Tadarus tu. Tahniah le diucapkan.
Tahun ni dapat persalinan ( kain pasang untuk wat baju kurung untuk wanita dan baju melayu untuk lelaki ) sebagai cenderahati dari YB. Dengar cerita YB pun ada gak menyertai Tadarus kat kampung beliau.
Sebenarnya yang penting bukan cenderamata yang nak dikejarkan tetapi semangat menghayati bulan Ramadan ni lah yang paling penting.

Subscribe to:
Posts (Atom)