andai kau menjadi pelangi. biarku menjadi awannya. agar kita selalu bersama. andai kau menjadi sang duyung. biarku menjadi karangnya. agar kita sentiasa bersua. andai kau menjadi merpati. biarku menjadi sang bayu. agar kita sering bertemu. andai kau menjadi puisi. biarku jadi melodi... bersama kita bernyanyi. andaiku menjadi rembulan. sudikah engkau menjadi kejora. hingga pagi nanti?. andai esok aku menjadi tanah. sudikah engkau menjadi bunga. menghiasi dadaku?.
Thursday, August 20, 2009
PREPEGAN
prepegan ni bermaksud berbelanja sebelum bermulanya bulan puasa dan hari raya.
biasanya orang-orang tua akan pergi ke pasar untuk membeli keperluan harian untuk bulan Ramadan dan hari raya.
Teringat dulu-dulu, mak aku akan pergi ke pasar membawa bakul, yang tukang bawaknya aku atau kakak aku lah. biasanya mak akan beli bawang, rempahratus, pucuk suhun, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. mak akan beli kain pelikat kecik untuk aku pergi ke surau untuk solat terawikh.
kalau prepegan hari raya pulak, lagi banyak barang yang mak akan beli, selain kain-kain ela untuk baju raya adik beradik aku. itu belum lagi bahan-bahan nak buat kuih, biasanya mak akan beli tepung dan gula dalam jumlah yang banyak untuk dijemur. bila dah kering tepung boleh dibuat bahulu.
haiiii, kalu ingat dulu-dulu memang lebih meriah, sekarang ni semua dah tersedia dan mudah.
Ramadan tahun ini agak hambar dan menyedihkan, mak tidak lagi dapat prepegan kerana semakin uzur, mak tak dapat lagi membuat kuih bahulu kegemaran bapak kerana hanya terbaring lemah di katil. Mak bersuara lemah kerana jantungnya membengkak....
Bagaimanapun...AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN...terimakasih Tuhan kerana masih mengizinkan hambaMu ini menyertai Pesta Pahala tahun ini....
Tuesday, August 18, 2009
Nasik Telur
Memang aneh sikit sebab menu nasik telur adalah menu ciptaan haku sendirik masa haku kecik-kecik dulu.
sewaktu dulu-dulu bila kat umah aku takde lauk untuk dimasak, mak akan cari telur ayam kampung atau telur itik peliharaan sendiri di reban. Telur tu biasanya mak akan masak omelet...hehehe bukan la, tapi telur goreng dadar dicampur dengan kelapa parut berserta dengan rempah sikit. nyaammm memang sedap, tujuan dicampur kepala tu bior lauk jadik banyak dan boleh dimakan kami adik beradik sorang sikit....hehehehe bukan nak cerita pasal telur gorang sebenarnya.
satu lagi masakan mak aku ialah telur rebus dan dikupas untuk dimasak kari. bulat-bulat dalam periuk. bila dah masak mak akan belah jadi dua, setiap pinggan akan mendapat telur kari separuh je. biasanya bahagian bapak aku akan dipotong-potong lagi untuk dibahagikan kepada kami adik beradik, bapak kata dia tak minat telur tapi suka makan nasik dengan kuah kari je. walaupun aku kecik lagik aku tau maksud tindakan bapak tu.
seterusnya nak buat nasik telur ni, aku akan tenyehkan bahagian kuning telur dengan nasik bercampur kuah kari sikit. nasik akan menjadi warna kuning, bergumpal-gumpal dan sangat sedap dimakan dengan baki putih telur. Bagi haku masa tu dah sedap sangat dah....hehehe...resepi haku di tiru adik-adik aku yang lain, sehinggalah telinga aku kena tarik dengan mak kerana main-main dengan nasik. Sebenarnya bukan maksud nak main tapi itu adalah kreativiti aku mencipta resepi yang sedap , hohoho...
bila haku ingat-ingat balik nak tergelak plak, nasik telur....
sebab tu aku tak marah tengok murid (RMT-Skim rancangan makanan tambahan pelajar miskin) masukkan nasik ke dalam donat sebagai inti, sebab aku tau itu adalah kreativiti budak, mana tau besok beso budak tu akan jadi Chef atau pakar pemakanan. Yang penting tak membazir...
Friday, August 14, 2009
Yob dah dapat lesen...ngeh...ngeh
ehehe...haku telah lulus ujian memandu dengan jayanya...syukur alhamdulillah.
mungkin pada orang lain biasa aje, tapi bagi aku rasa macam nak potong lembu lak buat kenduri kesyukuran.
sekeping lesen memang menjadi idaman setiap orang, sebab dengan lesen ni boleh bawak kita kemana aje. Haku lak memang suke berjalan, asyik naik bas je tak best la kan, keinginan nak jadi pemandu tu mesti ada punye.
Selain itu aku niat nak bawak mak bapak aku pegi kemana ajenak pegi berjalan, mak pulak selalu sakit, kadang nak buat pemeriksaan kesihatan kat spital.kalo aku leh bawak keta kan bagus tu.
apa-apa hal pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku lulus dalam ujian memandu tu, tanpa izinNya siapalah aku. Sakng ni aku bizi menelek katalog keta lak. pantang ader flyer keta mesti aku kumpul. hoh...tak tau nak wat pilihan, yang penting aku nak cari yang selesa dan bayaran bulan yang berpatutan sesuai dengan pendapatan aku yang sederhana nih.
Monday, July 27, 2009
syukur...haku lulus temuduga
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh.
pertama-tama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah yang tidak terhingga kepada Allah Subhanahuwataala, kerana dengan limpah rahmatnya, saya lulus dalam temuduga lantikan tetap jawatan dengan keputusan temuduga ; DIPERAKUKAN LANTIKAN TETAP. Terima kasih Tuhan, Kau tidak putus-putus melimpahkan rezeki terhadap hambaMu yang hina ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa saya yang mendoakan saya pada setiap saat dan ketika. Tidak lupa kepada Tuan Guru Besar, mentor dan bos saya yang saya yakin menyumbangkan 60% daripada kejayaan ini. Dan seterusnya kepada rakan-rakan sekerja yang banyak memberi panduan dan dorongan sebelum saya melangkah kaki ke bilik temuduga.
Terima kasih juga kepada Dato' Penemuduga ahli suruhanjaya perkhidmatan Pendidikan, walaupun Dato' banyak provok saya, tapi saya tidak melatah bahkan menjawab soalan maut Dato' itu dengan penuh hemah dan kesabaran.
Tidak lupa terimakasih saya kepada Uncle Mani kerana sudi menghantar saya pada subuh hari untuk mengejar waktu temuduga pada saat langau pun belum bangun. Terima kasih juga kerana sudi menunggu saya ketika saya mengambil gambar pasport sebab saya terlupa membawanya.
Dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada diri sendiri kerana telah berjaya mengharungi saat-saat temuduga yang mencabar.
Wabillahi tawfiq walhidayah, wassalamualaikum warohmatullah hiwa barokatuh, sekian .....
Thursday, July 23, 2009
oopps...tepi sikit, yop tengah blajo memandu
aku gelak dulu sebelum tulis n3 nih. skang ni aku tengah blajo memandu, mak aiiihhh payah beno. kona sini cekgu tegur, kona sana cekgu marah, bawak laju sket kena brek....
camni le kalo umur dah tua baru sibuk nak belajo. malu gak aku tengok bebudak belia remaja dengan kompidennya bawak keta sambil sembang-sembang dengan cekgu memandu dorang. ishhh....kalo aku baru je cekgu tanya kabor kat aku, aku dah terkona ke tengah, buat tensen cekgu aje.
dulu aku tak penah amik port langsung pasal pandu-memandu keta ni. dalam hati, aku tetap setia dengan moto honda ex5 aku tuh...merempit merata tempat dengan bangganya. tapi lama-lama aku terpikir gak yang pakai keta tu adalah satu keperluan sekarang nih. aku dah puas berhujan berpanas ke tempat keja, aku terharu setiap kali mak nak buat pemeriksaan kat hospital terpaksa naik teksi.
so.... dengan semangat dan azam yang tinggi aku mesti berusaha untuk mendapatkan sekeping lesen. segala cabaran kat dunia ni sanggup aku hadapi, apedehal nak amik lesen hehehehe...kataku untuk penguat semangat.....hiaaaahhhhh... semangat anak jantan ....
Hoooooiiiii.....kiri, kiri, pusing sampai abis....gaaanggggg!!!!! terlanggor tiang parking, cekgu tepuk dahi, aku terketar-ketarrrrrr...... ahhhh sudahhh........
Tuesday, July 21, 2009
kisah manusia menjadi tunggangan syaitan
Kisah bermula apabila seorang hamba Allah (kenalan) telah berjumpa aku untuk melihat keadaan anaknya. Anaknya seorang gadis yang masih muda tetapi di raut wajahnya seperti ada beban atau masalah atau boleh dikatakan menanggung kesakitan akibat dari perbuatan SANTAU.
Mulanya aku keberatan jugak, maklumlah aku bukan boleh buat apa-apa pun. aku suggest seorang imam yang tahu serba serbi perkara ini. Aku sanggup bawakkan ke rumah imam ni.Tapi hamba Allah ini masih mintak aku tengokkan. Apa yang boleh aku buat ....
Setelah aku perhatikan, anak hamba Allah ni kena santau, Astaghfirullah... kena santau angin, santau yang ditiup menggunakan tapak tangan dengan seruan-seruan jin supaya mengganggu budak ni. Mujur masih baru lagi, hamba Allah itu bertanya siapa yang menyantau anaknya, aku tak tau , hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Aku ambil air dan bacakan al-fatihah, surah al-fil, selawat ke atas junjungan besar Rasulullah, alfatihah kepada Nabi Allah Khidir dan aku tiupkan ke dalam air dengan niat dan bermohon kepada Allah untuk kesembuhan gadis itu. begitu juga dengan segenggam garam untuk campuran semasa mandi.
Aku berdoa moga-moga gadis tersebut sembuh dengan izin Allah dan santau tersebut musnah...
bukanlah perkara pengubatan yang menjadi perkara penting sebab aku bukanlah orang yang arif dalam mengubat orang, tapi point dia kat sini, aku hairan macamana manusia boleh bersekongkol dengan syaitan demi kepuasan dalam hidup yang singkat ini.
Memang kadangkala kita ada perasaan marah dan hasad sesama rakan, keluarga ataupun orang yang kita kasihi. Tapi patut ke jalan yang diambil iaitu sanggup menjadi hamba syaitan. bukankah sihir itu dah jelas haram dan syirik. tak ada tempat di buana ciptaan Allah ini untuk manusia yang menyekutukan Allah kecuali api neraka sahajalah.
Monday, June 22, 2009
PUYENG
ada je keja nak buat.
jadual aku penuh sampai awal bulan Julai.
hujung minggu ni acara kemunca karnival sains dan teknologi peringkat daerah.
kadang-kadang terdetik dalam hati, bior le pasukan eureka sekolah aku kalah je, takyah masuk peringkat negeri.
tapi aku kesian kat bebudak, yang dah sampai ke peringkat daerah ni.
hadoi...
bila la aku dapat rehat, cuti kat pangkor cam famili kak pinat.
hehehe...aku bayangkan aku tengah wat scuba, atau mandi ditepi pantai sambil diurut lembut oleh deburan ombak dan pepasir halus putih mulus di pulau pangkor...
huuuuhhhhhh....pasni kursus headcount plak....njeplok...dhoooorrrrrrrr sirahkuuu....
Thursday, June 18, 2009
senyum terukir...senyum terukir ...bila disapa.
dalam pantun, kukirim rindu,
rindu mengalir...rindu mengalir ...di dalam kata
lemak manis...alah amboi-amboi,
santan kelapa...alah amboi-amboi,
kupandang lah manis...alah amboi-amboi, anak siapa?...
pohon sena, pohon meranti,
di tengah-tengah ...di tengah-tengah ...buluh perindu.
adik di sana, abang di sini
di tengah-tengah ...di tengah-tengah ...rindu menderu.
lemak manis...alah amboi-amboi,
santan kelapa...alah amboi-amboi,
kupandang lah manis...alah amboi-amboi, anak siapa?...
hujan di hulu, tak reda-reda,
ribut lah turun ...ribut lah turun ...bertalu- talu.
abang di hulu, adik di kuala,
kuhanyut rindu ...kuhanyut rindu ...dalam perahu.
lemak manis...alah amboi-amboi,
santan kelapa...alah amboi-amboi,
kupandang lah manis...alah amboi-amboi, anak siapa?...
Tuesday, May 12, 2009
Monday, May 11, 2009
Friday, May 1, 2009
Makan Beton
Dah lama tak makan beton. Semalam cuti sempena hari pekerja, aku jalan-jalan kat kebun dan terjumpa 2 bijik jackfruit alias nangka. Tapi malangnya nangka tersebut sudah terlalu masak dan setengannya dah pun bertukar kaler hitam. Sayang betul, tapi aku rasa masih ada yang boleh dimakan nih. Aku teringat bjik dia yang jugak di panggil beton boleh dimakan lagik. Aku amik plastik dan isikan biji nangka yang diambil dari nangka busuk tu. Jenuh gak nak ngambiknya sebab terlalu banyak isi dia yang busuk dan berulat.Monday, April 27, 2009
main-main dengan PICNIK
hasilnya yang tak seberapa...



Friday, April 24, 2009
Berhenti Menjadi Jawa

Cukup...
Aku tidak mahu mendengar lagi
Bahawa aku ini Orang Jawa
Aku tidak akan pernah mengaku Jawa lagi.
Tolong...
Jangan kaitkan aku dengan orang Jawa lagi
Segalanya telah berakhir
Budayanya, bahasanya, lakunya, mimik rupanya, darahnya
Habis akan aku hancur leburkan
dengan senjata masa
dengan perisai waktu.
Sekali lagi ingat bahawa aku bukan Jawa lagi...
Aku mahu berhenti menjadi Jawa.
Tuesday, April 21, 2009
Lemet alias lepat
Gambau cilok kat tenet sekadar hiasanFriday, April 10, 2009
rainbow rose




aku macam tak caya ada rainbow rose kat dunia ni. Dia kata satu pokok bukan berbagai warna bunga tapi satu kuntum petal dia warna warni macam warna rainbow. Aku try carik kat internet...perrggghhhhh memang ada la...betul la dia cakap tu. ni aku donlod gambau dia kat tenet. aku memang minat ngan pokokpokok yang pelik dan eksotik ni.
Sunday, April 5, 2009
SIBUK SANGAT
BUKIT GANTANG
BIAR MEREKA DATANG
CARILAH KEBENARAN
SEMUA MUNCUL
KUAT DAN BACUL
AKU DAH PENAT
PERAK MAKIN TENAT
SIAPA KAWAN SIAPA LAKNAT?
BIARKAN...
Friday, March 27, 2009
permainan jaman kecik-kecik
Time aku kocik dulu, adik beradik aku dan anak-anak jiran akan datang untuk berlain diwaktu petang di laman umah aku. laki pompuan campur jek, takde gender gap langsung. malah ada gak yang pakai seluar pendek dan tak berbaju. biasalah owang kampung. Antara permainan yang biasa main,
Campret.
permainan ni main kejar-kejar, mula-mula sorang ketua akan tadah tapak tangan dia kat tengah dan yang lain akan letak jari kat tengah tapak tangan ketua. masa ketua genggam tapak tangannya, semua jari perlu di tarik dengan cepat. jari yang terkepit akan menjadi tukang kejar, yang lain akan lari. bila dapat cuit badan kat yang lari, maka dia akan menjadi tukang kejar. mainan ni ada nyanyi dia... lebih kurang... cam...cam...campret... ha gitu la.
Tang alang-alang
ni permainan sorok-sorok yang paling popular di kalangan budak kampung bawah umur.
sorang ketua akan menyanyikan lagu sambil menunjuk jarinya kepada para pemain. lagu dia lawak sikit sebab dalam bahasa jawa, ahhh....budak tahun 80 an mana tau cakap melayu. lagu dia, tang alang...alang kemudi kacang hijo, tangki tangkup...sopo dadi endas sey njeblok .... yang kena tu akan cari pemain sampai dapat, biasanya budak pompuan senang sangat nak carik, tapi kalo budak lelaki payah tol nak cari, nyuruk kat pokok la, dalam parit la. malah ada gak yang sanggup nyuruk bawah titi. Ada sorang kawan aku ni siap balik umah, jenuh nak carik...heh.
kombet-kombet
haaa... ni permainan paling best sekali, kalo musim main kombet-kombet, kitorang akan buat senapang atau pistol dari papan terpakai, peluru dia pakai terung pipit atau boleh gak buat sumpit dari dahan betik, peluru dia bijik kekabu atau biji manggar kelapa. Huh, budak dulu ganas kalo main. setakat kena peluru selamber land je, tak nangis langsung. dak pompuan pun ada gak yang join. tomboy le ni (kenangan buat lela, musliha, mar, fazilah,wati ==> kat mane skang mike weh?)
baling kasut/ tin
musim permainan ni memang ilang lah kasut atau tin kat umah, biasa kita buat 2 team yang kan main permainan ini. kasut atau tin akan di susun dan di baling, dan cuba di susun kembali tetapi team yang kedua mesti menghalang kasut atau tin dari disusun. team akan menang bila berjaya menyusun kasut atau tin itu.
gelang getah
musim main gelang getah memang best, penug lengan ni dengan gelang getah. permainan tiup getah perlukan 2 orang pemain, getah akan ditiup sehingga melanggar gelang getah pihak lawan. Gelang getah yang tertindih akan menjadik milik pihak yang menang.
ada banyak lagik permainan budak kampun g duluk-duluk seperti, guli, main rakit, konda kondi, rounders ala kampung dsb. Budak kampung pandai mengeksploitasi sesuatu menjadi permainan yang menyeronokkan.
Tuesday, March 24, 2009
Teringin Berambut Panjang
Aku perati dalam-dalam aku ni nampak ensem lak, macho siot. Nak-nak lak gambo aku bergaya kat moto virago TL aku, nampak macam man from wild west lak. Pastu pakai spek itam, fuhhh lagi bergaya. Tapi aku heran gak, apesal orang bila pakai spek itam nampak ensem, padahal kalo tak pakai nampak biasa je. Adakah spek itam itu yang hensem atau si pemakainya yang hensem.huhuhu....
Kali terakhir aku berambut panjang ialah pada Jun 2007, semenjak itu rambut aku jadik skema. Aku teringin lak berambut panjang bila nengokkan gambo lama, tapi Aku yakin yang aku takkan berambut panjang sampai pencen. Kalo dah pencen nak berambut panjang balik tak ke buang tebiat namanya tu. Skang dah jadik keja aku lak motong rambut budak yang panjang, walaupun dalam hati aku menyokong orang berambut panjang ni. Sebab nampak cam bebas, macho dan glem gitu. hehehe ... (awas, school boy dilarang baca)
puanasss njeprettttt....
Wes puanas koyo iki, aku ngombey banyu okeh tenan, meh-meh entek wedang jarang sak botol 1000 liter. Yuh, glek-glek ley ngombey, koyo ora ilang ley ngelak. Nek iso aku moh ngombey ais. Tapi wes koyo ngeney awa ney, yo aku tuku jugak banyu ais. Nikmat tenan ley ngombey. Pengeran nyoroti menuso kare cahyo surio seng paling puanas, namun menuso di kurniak key nikmat ngombey seng paling wuenak meskipun kor ngombey wedang jarang.
walokey puanas enek jugak nikmat tey. Wes koyo kuwi, orak lain kito ngucap ney Alhamdulillah, syukur maring Pengeran. Yok...selamat berpanas-panasan ...
Sunday, March 22, 2009
gi umah amek
Tujuan aku cuma nak melawat keluarga angkat aku je disamping nak mencari sikit herba yang banyak ditemui kat hutan gunung korbu. kat sana sempat gak aku gi kat air terjun puteri ikan yang penuh dengan misteri dan keindahan alam. air terjun tu tetap menghasilkan kabus air dan pelangi semulajadi tetap ada macam dulu bila terkena sinaran matahari.
tengah musim petai ni.dapat lah aku makan nasik berulamkan petai, musim duriam lom lagik mula. amek kata datang le bulan 7 atau 8 , time tu durian memang banyak. Alang, anak gadis amek dah pun kawen dengan pemuda semai dari jalong tinggi. masa aku pegi dia takde.
aku rasa tenang kat sini, hutan menghijau belum lagik terusik, udaranya dingin, penduduknya ramah tamah...
aku rasa dekat dengan alam kalo aku kat sini. sesekali ada gak kumpulan pendaki gunung korbu singgah kat kampung ni untuk berehat. aku belum penah mendaki gunung korbu. teringin juga tapi belum dapat geng lak. old geng dok sibuk dengan urusan masing-masing. cuti-cuti cam gini takkan nak kacau lak.
masa aku nak balik aku perasan yang mak angkat aku menitiskan air mata, aku jadik sebak. lain kali kita berjumpa lagi.










