Tuesday, May 12, 2009

phixr la pulak







ni hasil edit gambak pakai phixr tak banyak pilihan font berbanding buat dengan picnik





Friday, May 1, 2009

Makan Beton

Dah lama tak makan beton. Semalam cuti sempena hari pekerja, aku jalan-jalan kat kebun dan terjumpa 2 bijik jackfruit alias nangka. Tapi malangnya nangka tersebut sudah terlalu masak dan setengannya dah pun bertukar kaler hitam. Sayang betul, tapi aku rasa masih ada yang boleh dimakan nih. Aku teringat bjik dia yang jugak di panggil beton boleh dimakan lagik. Aku amik plastik dan isikan biji nangka yang diambil dari nangka busuk tu. Jenuh gak nak ngambiknya sebab terlalu banyak isi dia yang busuk dan berulat.



Beton ni sedap direbus sampai empuk dan dibubuh garam sikit.nyammmmmmmmmmmmmm...sedap sungguh.




selain beton nangka ada gak beton yang boleh dimakan seperti beton cempedak dan beton keluwih, pergghhh beton keluwih paling sedap...masa aku kat pahang merasa gak makan beton buah perah, rasa dia cam kacang, lemak-lemak gitu.

Monday, April 27, 2009

main-main dengan PICNIK

Petang ni aku takde buat ape. lepak kat cc jap, sambil tengok gambau lama kat album, aku try edit-edit gambar pakai PICNIK, cantik gak walaupun tak secantik menggunakan potoshop.

hasilnya yang tak seberapa...








Friday, April 24, 2009

Berhenti Menjadi Jawa




Cukup...

Aku tidak mahu mendengar lagi

Bahawa aku ini Orang Jawa

Aku tidak akan pernah mengaku Jawa lagi.

Tolong...

Jangan kaitkan aku dengan orang Jawa lagi

Segalanya telah berakhir

Budayanya, bahasanya, lakunya, mimik rupanya, darahnya

Habis akan aku hancur leburkan

dengan senjata masa

dengan perisai waktu.

Sekali lagi ingat bahawa aku bukan Jawa lagi...

Aku mahu berhenti menjadi Jawa.

Tuesday, April 21, 2009

Lemet alias lepat

Gambau cilok kat tenet sekadar hiasan


Dah seminggu mak tak boleh bangun, demamnya kuat sangat. Aku ralat sungguh, macam-macam cara aku dah buat. Bawak pegi klinik kerajaan sudah, bawak poliklinik swasta sudah, akhirnya aku bawak pegi urut kat Bik Jeton.


Hasilnya....alhamdulillah, dah urut satu badan, demam pun kebah...esoknya boleh bangun tengok bunga gantung dia sambil membebel dah kering takde sapa nak siram. Aku bersyukur kepada tuhan, aku lebih rela menadah telinga mendengar bebelan mak aku daripada tengok mak sakit terlantar.


Tapi lepas sembuh, mak teringin lak nak makan lepat pisang, orang Jerman Timur kata LEMET. Aku kata nantilah aku cari kat kedai orang jual kuih. Tapi mak nak yang buatan sendiri, bermakna mak suruh aku yang buat. ahhh sudah, camno ni?


Mak ajor aku cara nak buat. setelah bersepah meja dengan tepung akhirnya jadik lah satu kukusan kecil lemet pisang. mak komplen lemetnya sedap dan lemak tapi panjang-panjang dan gemuk-gemuk dah tu ada yang terkeluar dari bungkusan dia. Hehehehe... mana aku tau .... ok la tu, kalah lepat kak kiah taww...wrakakakak.

Friday, April 10, 2009

rainbow rose









seorang rakan sekerja beria-ia sembang pasal rose pelangi yang anak dia baru beli kat cameron highland.
aku macam tak caya ada rainbow rose kat dunia ni. Dia kata satu pokok bukan berbagai warna bunga tapi satu kuntum petal dia warna warni macam warna rainbow. Aku try carik kat internet...perrggghhhhh memang ada la...betul la dia cakap tu. ni aku donlod gambau dia kat tenet. aku memang minat ngan pokokpokok yang pelik dan eksotik ni.
aku ingat nak wat rombongan cik kiah kat cameron highland la, aku nak carik bunga mawar pelangi ni sampai dapat. aku tanya kat kawan aku tu, rose tu kena spray sama kaler ke? dia jawab, tarak la, ini mungkin cantuman punya....menarik tu. emmmm...
mawarku... seindah pelangi senja
keindahanmu menjadi tarikan jiwa
mawarku... aku terpesona
walau kutahu indahmu hanya sementara.








Sunday, April 5, 2009

SIBUK SANGAT

SIBUK BERKEMPEN
BUKIT GANTANG
BIAR MEREKA DATANG

CARILAH KEBENARAN
SEMUA MUNCUL
KUAT DAN BACUL

AKU DAH PENAT
PERAK MAKIN TENAT
SIAPA KAWAN SIAPA LAKNAT?

BIARKAN...

Friday, March 27, 2009

permainan jaman kecik-kecik

orang duluk-duluk kalo buat umah mesti ada laman yang luas, orang kampung panggil 'latar". Tujuannya supaya anak cucu dapat bermain dengan selamat. Umah aku pun beso gak "latarnya".

Time aku kocik dulu, adik beradik aku dan anak-anak jiran akan datang untuk berlain diwaktu petang di laman umah aku. laki pompuan campur jek, takde gender gap langsung. malah ada gak yang pakai seluar pendek dan tak berbaju. biasalah owang kampung. Antara permainan yang biasa main,

Campret.
permainan ni main kejar-kejar, mula-mula sorang ketua akan tadah tapak tangan dia kat tengah dan yang lain akan letak jari kat tengah tapak tangan ketua. masa ketua genggam tapak tangannya, semua jari perlu di tarik dengan cepat. jari yang terkepit akan menjadi tukang kejar, yang lain akan lari. bila dapat cuit badan kat yang lari, maka dia akan menjadi tukang kejar. mainan ni ada nyanyi dia... lebih kurang... cam...cam...campret... ha gitu la.

Tang alang-alang
ni permainan sorok-sorok yang paling popular di kalangan budak kampung bawah umur.
sorang ketua akan menyanyikan lagu sambil menunjuk jarinya kepada para pemain. lagu dia lawak sikit sebab dalam bahasa jawa, ahhh....budak tahun 80 an mana tau cakap melayu. lagu dia, tang alang...alang kemudi kacang hijo, tangki tangkup...sopo dadi endas sey njeblok .... yang kena tu akan cari pemain sampai dapat, biasanya budak pompuan senang sangat nak carik, tapi kalo budak lelaki payah tol nak cari, nyuruk kat pokok la, dalam parit la. malah ada gak yang sanggup nyuruk bawah titi. Ada sorang kawan aku ni siap balik umah, jenuh nak carik...heh.

kombet-kombet
haaa... ni permainan paling best sekali, kalo musim main kombet-kombet, kitorang akan buat senapang atau pistol dari papan terpakai, peluru dia pakai terung pipit atau boleh gak buat sumpit dari dahan betik, peluru dia bijik kekabu atau biji manggar kelapa. Huh, budak dulu ganas kalo main. setakat kena peluru selamber land je, tak nangis langsung. dak pompuan pun ada gak yang join. tomboy le ni (kenangan buat lela, musliha, mar, fazilah,wati ==> kat mane skang mike weh?)

baling kasut/ tin
musim permainan ni memang ilang lah kasut atau tin kat umah, biasa kita buat 2 team yang kan main permainan ini. kasut atau tin akan di susun dan di baling, dan cuba di susun kembali tetapi team yang kedua mesti menghalang kasut atau tin dari disusun. team akan menang bila berjaya menyusun kasut atau tin itu.

gelang getah
musim main gelang getah memang best, penug lengan ni dengan gelang getah. permainan tiup getah perlukan 2 orang pemain, getah akan ditiup sehingga melanggar gelang getah pihak lawan. Gelang getah yang tertindih akan menjadik milik pihak yang menang.

ada banyak lagik permainan budak kampun g duluk-duluk seperti, guli, main rakit, konda kondi, rounders ala kampung dsb. Budak kampung pandai mengeksploitasi sesuatu menjadi permainan yang menyeronokkan.

Tuesday, March 24, 2009

Teringin Berambut Panjang

Aku membelek-belek gambo lama, gambo aku jaman muda remaja dulu...hehehe sekarang ni pun aku sih muda lagik, tapi gelaran remaja tu dah takde la. Gambo aku masa keja kat TM duluk, wah kemain panjang lagik rambut aku, siap leh ikat lagik kat belakang. sideburn aku kerok bagi licin, rambut belakang aku bior panjang cam ekor jaran (kuda la). Kunun nye rock la tu.

Aku perati dalam-dalam aku ni nampak ensem lak, macho siot. Nak-nak lak gambo aku bergaya kat moto virago TL aku, nampak macam man from wild west lak. Pastu pakai spek itam, fuhhh lagi bergaya. Tapi aku heran gak, apesal orang bila pakai spek itam nampak ensem, padahal kalo tak pakai nampak biasa je. Adakah spek itam itu yang hensem atau si pemakainya yang hensem.huhuhu....

Kali terakhir aku berambut panjang ialah pada Jun 2007, semenjak itu rambut aku jadik skema. Aku teringin lak berambut panjang bila nengokkan gambo lama, tapi Aku yakin yang aku takkan berambut panjang sampai pencen. Kalo dah pencen nak berambut panjang balik tak ke buang tebiat namanya tu. Skang dah jadik keja aku lak motong rambut budak yang panjang, walaupun dalam hati aku menyokong orang berambut panjang ni. Sebab nampak cam bebas, macho dan glem gitu. hehehe ... (awas, school boy dilarang baca)

puanasss njeprettttt....

Pirang-pirang ndino iki udan orak mandeq, awan mendung, bledeq njetar-njetor, bayu ney deres .Loh...dino iki kok puanass tenan, mjepret sampek abang ireng raei ku. Isuk-isuk jam pitu surio ney wes nungol saking ufuk wetan. Gumrining sorot tey, weroh siji-siji bentuk awan ney, jibles koyo kapas ke siram banyu serdah. walah, Gusti Allah, wuapik tenan ciptaan ney Pengeran. Nyoto nek dino iki padang njinglang.

Wes puanas koyo iki, aku ngombey banyu okeh tenan, meh-meh entek wedang jarang sak botol 1000 liter. Yuh, glek-glek ley ngombey, koyo ora ilang ley ngelak. Nek iso aku moh ngombey ais. Tapi wes koyo ngeney awa ney, yo aku tuku jugak banyu ais. Nikmat tenan ley ngombey. Pengeran nyoroti menuso kare cahyo surio seng paling puanas, namun menuso di kurniak key nikmat ngombey seng paling wuenak meskipun kor ngombey wedang jarang.

walokey puanas enek jugak nikmat tey. Wes koyo kuwi, orak lain kito ngucap ney Alhamdulillah, syukur maring Pengeran. Yok...selamat berpanas-panasan ...

Sunday, March 22, 2009

gi umah amek

peluang cuti kali ni aku manfaatkan dengan pegi melawat mak angkat (amek) kat perkampungan Orang Asli di Jalong, sg siput utara. banyak beno perubahan yang aku tengok. Jalan pun dah cantik, kalo dulu aku gi terpaksa naik trak, ikut jalan balak nak masuk kampung tu.

Tujuan aku cuma nak melawat keluarga angkat aku je disamping nak mencari sikit herba yang banyak ditemui kat hutan gunung korbu. kat sana sempat gak aku gi kat air terjun puteri ikan yang penuh dengan misteri dan keindahan alam. air terjun tu tetap menghasilkan kabus air dan pelangi semulajadi tetap ada macam dulu bila terkena sinaran matahari.

tengah musim petai ni.dapat lah aku makan nasik berulamkan petai, musim duriam lom lagik mula. amek kata datang le bulan 7 atau 8 , time tu durian memang banyak. Alang, anak gadis amek dah pun kawen dengan pemuda semai dari jalong tinggi. masa aku pegi dia takde.

aku rasa tenang kat sini, hutan menghijau belum lagik terusik, udaranya dingin, penduduknya ramah tamah...
aku rasa dekat dengan alam kalo aku kat sini. sesekali ada gak kumpulan pendaki gunung korbu singgah kat kampung ni untuk berehat. aku belum penah mendaki gunung korbu. teringin juga tapi belum dapat geng lak. old geng dok sibuk dengan urusan masing-masing. cuti-cuti cam gini takkan nak kacau lak.

masa aku nak balik aku perasan yang mak angkat aku menitiskan air mata, aku jadik sebak. lain kali kita berjumpa lagi.

Wednesday, March 4, 2009

Nasik bungkus

Hari ni makan nasik bungkus sebab tak balik umah, harga di dalam rm 6 termasuk ayor sirap. teringat lak kenangan dolu-dolu, 8 tahun makan nasik bungkus. Dulu ada satu tempat tu memang aku jadik pelanggan tetapnya, sebungkus nasik lauk, sayur, kuah hanya berharga rm2.80, gerai mamak la. Tapi sebab dah murah takde tempat lain yang aku tuju.

Biasanya lepas jumaat, aku ngan kengkawan akan lepak kat situ lah. Awek tak ramai , mungkin sebab masakan mamak kurang digemari. Student sengkek macam aku, memang tak banyak pilihan, bedal aje asal rupa paras dia macam nasik dan mengenyangkan aku tak kisah.

Kalo kedai mamak tu tutup aku and the geng akan tapau kat kantin Kulli. Edu. kat situ best gak makan dia. Ada satu cerita lucu pasal kawan aku sorang dari Kedah. Ada ka patut, amik lauk, pastu tambun dengan nasik, ratakan sampai tak nampak. Atas dia baru taruk lauk lain, sayur dan kuah. Time bayar pekedai tu kira lauk yang kat atas nasik tu je. Hadoiii... dah kira haram dah tu makan lauk yang tersembunyi kat bawah nasik. Hehehehe...belasahhhh...

Sejak aku dah dok kat kampung ni la kali pertama aku makan nasik bungkus. Biasa bila dah alik nasik dengan lauk pauk udah disiapkan mak. sesekali makan nasik bungkus kadang best gak. biasak la tu.

Tuesday, March 3, 2009

Gementar memberi harapan

Seorang ustaz yang cukup senior dari aku bersembang pada waktu senggang, topik politik negeri Perak jadik perbualan hangat. Aku tak campur sangat, entah le yoep.

suddently, pak ustaz tanya aku, "kamu bila nak kawen?...aiseh men ... aku jawab, belum dapat seru la ustaz. Kata ustaz: jangan cakap macam tu, carilah pasangan hidup yang boleh berkongsi kehidupan kat dunia ni , sebaik-baik muslim yang sempurna ialah muslim yang bernikah. Sesungguhnya Rasulullah amat menyukai umatnya....bla...bla...bla....kalau kamu takde calon, saya boleh tolong, anak saudara saya pun masih....... aku dah takleh konsentret... minda aku aku terbang...

Aku tau semua tu, tapi adakah adil kepada seorang perempuan jika aku memberi harapan kepadanya, sedang hati dan jiwa ini kosong untuk dikongsikan. Jika aku hanya berniat untuk berkahwin kerana memenuhi agama dan adat, tanpa sebarang rasa kasih dan cinta, tentu aku akan menyebabkan seseorang tersiksa. Aku bukan zalim macam sultan Mahmud Melaka ( peminat pilem melayu lama gua ni) atau macam pembesar dahulukala....

Aku gementar memberi harapan pada wanita yang jiwanya sangat halus. Aku takut terbagi harapan yang palsu, kerana harapan yang sebenar telah terpenjara. Sudah lama 'harapan' itu aku rantai dalam penjara hati, kuncinya sudah dilarikan orang (huh, palsapah lak gua).

"Kamu dengar ke tidak ni?".... suara ustaz memecah suasana,
" Ya Ustaz...
"Apa yang ya?.... (Ustaz ni tak sudah-sudah lagi.)
"Betul cakap ustaz tu" ... jawab aku perlahan.
Baru teringat, lagi 5 hari aku 29 tahun bertugas sebagai manusia di dunia yang fana ini. Aku selalu terlupa.

Monday, March 2, 2009

SELEMPANG MERAH

Malam tadi aku try pakai selempang merah bapak aku punya. Huh... rasa cam pahlawan Jawa zaman silam plak. Aku perasan dalam selempang tu macam ada benda. aku rasa keras macam kain atau kertas yang dijahit sekali dalam selempang ni.

untuk mendapatkan selempang merah ni bapak aku mesti menghabiskan masa 2 tahun setengah mempelajari pencak silat macan. selepas lulus ujian baru lah dapat selempang ni. kira macam dapat skrol time konvo la. banyak amalan kejawen dan amalan wali songo yang perlu diikuti. entah le dalam banyak-banyak adik beradik nampaknya aku sorang je yang berminat pasal benda-benda ni. ada sesuatu yang bakal aku nak buat....sesuatu yang meng-up kan ....jangan biar diri anda di selubungi misteri, kerana ini bukan sesuatu yang misteri tetapi sesuatu yang ilmiah bakal terungkai....

gambar selempang merah? aku akan upload kat sini bila diaji setri aku balik nanti, aku nak pinjan kamera dia.

Tuesday, February 24, 2009

my kampung terchenta...de photo lawas










































JaNGan BiAR DiRI ANda di SelubunGI gUNdAH gULaNa...

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH.
MACAM-MACAM KALER
MACAM-MACAM RAGAM

DUNIA INI ADALAH PINJAM-PINJAMAN
YANG MERUPAKAN MEDAN UJIAN
TAHANKAN DIRI DAN HATI
TABAH MENGHARUNGI SETIAP DETIK.

HANYA BERSERAH KEPADA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM
BERSYUKUR DAN REDHA PADA SETIAP KETENTUAN
HANYA ITU YANG BOLEH MENCERIAKAN KEHIDUPAN.

CERIAKAN DIRI ANDA DENGAN SENYUMAN
YANG PALING MANIS UNTUK DIRI ANDA SENDIRI
BERIKAN PENGHARGAAN DAN PUJIAN
BUAT DIRI ANDA SENDIRI

SETIAP HARI KATA KAN
AKU MENCINTAI KEHIDUPANKU SEKARANG
AKU MERINDUI KEHIDUPAN AKHIRAT YANG GEMILANG

JANGANLAH SELALU MEMBENCI ORANG
DENGAN ALASAN
ATAU TANPA ALASAN
BERBAIK SANGKA SETIAP MASA

MAAFKANLAH ORANG LAIN
MAAFKANLAH KESILAPAN DIRI DI MASA LALU
KITA INSAN YANG TIDAK SEMPURNA

JERITKAN KEPADA ALAM
AKU BAHAGIA DALAM KEHIDUPAN INI
KERANA INI ADALAH ANUGERAH TUHAN

TIDAK SEMUA PERKARA YANG KITA INGINI
AKAN TERTUNAI
BUKAN TIDAK DIPERKENAN TUHAN
TAPI MUNGKIN MASA YANG KURANG SESUAI

BERSYUKUR DENGAN PEKERJAAN SEKARANG
JANGAN SESEKALI MENGELUH DAN MENCACI
KERANA SETIAP SAAT KITA BEKERJA
ADALAH REZEKI

PERCAYALAH KEPADA CINTA
WALAU BERKALI-KALI KITA TERDUSTA
CINTA TIDAK PERNAH MATI
KERANA IA DATANG DARI LUBUK HATI
YANG SANGAT DALAM DAN SUCI

KETAWALAH
SENYUMLAH
KERANA IA MENCERIAKAN
DAN MENYENANGKAN
LIHATLAH WAJAH ANDA YANG CERIA DIDALAM CERMIN
DI SANA ANDA SANGAT HEBAT DAN MENARIK
SEBAGAI INSAN....

JANGAN BIAR DIRI ANDA DI SELUBUNGI GUNDAH GULANA .....

Monday, February 16, 2009

mangan siput mentarang

Hari kekasih yang lalu iaitu hari Sabtu, aku berjalan-jalan ke Pekan kecil Selekoh yang telah berusia 60 tahun lebih... tujuanku tak lain tak bukan semata-mata nak mencari ikan keli untuk dimasak pecal yang harum mewangi bau kencornya. Malamnya tu aku pegi kenduri arwah di rumah kak Doq. Nak makan lelebih aku segan, penyudahnya aku try cari ikan keli tu sendiri dan makan sampai puas. kekekekehh...dasar wong jowo.

time aku melilau kat pasar yang pernah terbakar tu, mata aku terpandang sesuatu yang biasa aku lihat kat jalan Sekinchan - tanjong karang...yaaaa, tak lain ialah siput mentarang. Kat sini jarang ada sebab lautnya agak berlumpur. tanpa membuang masa aku pun sambar 2 kilo, nak beli banyak mahai plak...sekilo dalam rm5. Ikan keli plak aku beli sekilo RM4.50. Aku amik sekilo yang saiz sederhana, dalam 7 ekor gitu, sebab mak aku tak makan, bapak ngan aku je yang suke.

Tengahari tu menu aku, mentarang rebus berlombok rawit, pecal ikan keli, keluban jantung pisang, kobis goreng campur tempeh...waaahhhh....bestnyer. Petang tu masa bersihkan anak cili, aku teringat-ingat lauk kat umah. Lepas Asar aku menthong (madang lagi) secara rahsia, takut diketahui oleh bapak aku yang kuat menyindir tuh...wakakakaka....

Friday, February 13, 2009

SALJI DI SG TIANG

Semalam aku gi pasar malam kat Sg Tiang, hajat hati nak merasai keenakkan cendol yang dijual makcik pakai tudung labuh tu. Dalam perjalanan aku ternampak longgokan salji di tepi jalan dekat dengan SK Sg Tiang. Cantik betul, kalo ada kamera memang best ni.

sepanjang jalan memutih salji diatas rumput. yang jatuh berguguran pun ada. Aku terasa macam berada di musim salji kat Kanada. Sekarang kan ke musim salji kan. Ada lak bebudak tengan main salji kat tepi-tepi jalan. Tak payah pakai baju panas cam kat oversea tu. selamber land je berlenggeng tak pakai baju sambil bawak batang pancing.

kalau ada angin bertebaran salji turun. macam cerita romantik winter sonata la plak. ni kalo buat iklan ke penggambaran ke, cun giler ni. nasib baik le Bagan Datoh ni tak glemer macam kat kashmir, kalo tak mesti menderu produser nak bikin filem kat sini... bertuah le aku selaku anak jati Bagan Datoh.

salji yang dimaksudkan ialah kekabu alias kapuk (musim woh randu melethek lan kabor)

Wednesday, February 11, 2009

Bzzzztttttt.....bizziiiiii.....zzzz bangettttt.....

Arrrrrgggghhhhh....bizi gilak kamek bulan tokk...letih badan jadiknya.
tempat kamek jadik tuan rumah banyak kejohanan, olahragak lagik, sukan lagik, ada pulak miting sanak sinik.

hari-hari kamek balik lambat, itok bermaknak nasik lambat mau masuk dalam perut. Nantik perut masuk angin mauk makai nasik sudah sik sedap. Tapi kamek makai juak sambil tambah 3 pinggan lagik. Kalau adak sambal tutok lagik kamek selera makai.

kamek rasa tok kerja yang paling penat pernah kamek buat, duluk kamek kerja di celcom sik penat macam tok, kamek kerja kilang pun juak sik penat macam tok. kepala hotak kamek macam letih sangat, hari-hari buat pun adak juak kerja sik pernak abis.

Sik apalah, itok pekerjaan mulia yang kamek pilih. kamek doa semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran padak kamek. kamek tauk bukan kamek sorang yang rasak itok macam. jadiknya hidup perlu terus, cabaran perlu diatasi. Agi idup agi ngelaban....