Tuesday, March 3, 2009

Gementar memberi harapan

Seorang ustaz yang cukup senior dari aku bersembang pada waktu senggang, topik politik negeri Perak jadik perbualan hangat. Aku tak campur sangat, entah le yoep.

suddently, pak ustaz tanya aku, "kamu bila nak kawen?...aiseh men ... aku jawab, belum dapat seru la ustaz. Kata ustaz: jangan cakap macam tu, carilah pasangan hidup yang boleh berkongsi kehidupan kat dunia ni , sebaik-baik muslim yang sempurna ialah muslim yang bernikah. Sesungguhnya Rasulullah amat menyukai umatnya....bla...bla...bla....kalau kamu takde calon, saya boleh tolong, anak saudara saya pun masih....... aku dah takleh konsentret... minda aku aku terbang...

Aku tau semua tu, tapi adakah adil kepada seorang perempuan jika aku memberi harapan kepadanya, sedang hati dan jiwa ini kosong untuk dikongsikan. Jika aku hanya berniat untuk berkahwin kerana memenuhi agama dan adat, tanpa sebarang rasa kasih dan cinta, tentu aku akan menyebabkan seseorang tersiksa. Aku bukan zalim macam sultan Mahmud Melaka ( peminat pilem melayu lama gua ni) atau macam pembesar dahulukala....

Aku gementar memberi harapan pada wanita yang jiwanya sangat halus. Aku takut terbagi harapan yang palsu, kerana harapan yang sebenar telah terpenjara. Sudah lama 'harapan' itu aku rantai dalam penjara hati, kuncinya sudah dilarikan orang (huh, palsapah lak gua).

"Kamu dengar ke tidak ni?".... suara ustaz memecah suasana,
" Ya Ustaz...
"Apa yang ya?.... (Ustaz ni tak sudah-sudah lagi.)
"Betul cakap ustaz tu" ... jawab aku perlahan.
Baru teringat, lagi 5 hari aku 29 tahun bertugas sebagai manusia di dunia yang fana ini. Aku selalu terlupa.

No comments: