Monday, October 20, 2008

Filem Terbaik tayangan Hari Raya 2008 : Ayat-ayat cinta


Pendapat aku ini filem terbaik yang ditayangkan tv3 untuk tontonan Hari Raya. Tapi malangnya aku cuma tengok separuh je. Cerita cinta yang penuh dengan keikhlasan, ketulusan dan pengorbanan. Aku terharu dengan watak Fahri dan Aisha. Begitu juga dengan watak Maria.

Filem bikinan dari Indonesia ini telah berjaya menampilkan apa erti cinta dari sudut Islam. Kalau ada markah 5 bintang aku bagi semua kepada filem ini. Tayangan Filem Hari Raya tahun ini memang mengecewakan tetapi Filem Ayat-ayat Cinta menjadi pengubat kekecewaan.

Aku mesti cari CD filem nih. Tak pun buku novel cerita Ayat-ayat Cinta wajib dimiliki.

2 comments:

PINATBATE said...

salam Dimar..
kakpinat dah baca novel AAC ini setahun yg lepas..
AAC dalam novel lebih berkesan berbanding AAC dalam filem..AAC dalam novel juga lebih banyak pengajaran dan ilmu(fiqh) manakala AAC dalam filem plotnya sedikit melompat-lompat...yerlah..nak budget masa tayangan kann...

better baca novel dulu sebelum menonton...baru feel...

akudimar said...

salam kak pinat.
ni yang tak sabor nak tunggu cuti ni. aku nak turun KL, pi cari kat MPH.