Sunday, October 19, 2008

Pesan guru tentang malam 15

15 Syawal... malam-malam, langit begitu cerah dengan purnama yang gemilang. Aku duduk sendirian di tepi jambatan kayu yang sudah mereput tiangnya. Burung hud-hud mengalunkan
suara memberitahu bahawa musim hujan bakal berakhir. Cengkerik bernyanyi riang.

Entah mengapa hatiku begitu bergelora bak ombak musim tengkujuh. Bagai ada skrin dalam otak mengenang kisah-kisah lama. Zaman aku mula mengenal huruf lewat darjah satu 1987 yang lalu. Tersenyum sendiri tika melihat skrin seorang anak kampung yang mengharungi badai kehidupan di sebuah kampung yang cantik menghijau dengan lambaian pepohonan nyiur.

Mengenang saat-saat pemberontakan aku dengan sang ibu yang menentukan aliran sekolah pondok buatku. Memisahkan aku dengan rakan-rakan yang sama-sama berjanji untuk ke sekolah STAR. Namun aku sangat berterima kasih pada sang ibu yang digerakkan hati oleh Ilahi agar aku mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi seiring. Menekuni ajaran guru akademik pada sebelah pagi dan petangnya menadah kitab-kitab terbitan Al-Azhar pimpinan tok Guru tua.

Skrin terus menerawang kepada aktiviti kampung, berkompang, belajar berpencak dan menangkis ajian-ajian manusia yang berhati hitam. Terkenang dengan gerakan pemuda pemudi sekampung, projek kampung indah, belia tani, dan sedikit politik akar umbi buat peneguh bumi watan. Lewat kenangan itu aku terjebak dengan permainan mata dan rasa ...

Namun aku pergi, pergi cuma sementara untuk memenuh ilmu di dada yang konon perlu ada sehelai kertas buat sebuah iktiraf bagi sang santri. Tapi aku pergi tak lama... aku janji akan kembali ke desa yang permai ini .... Akhirnya aku kembali ... tetapi ... tappp...skrin minda terpadam.....

Dimarrrrrrrrrr......Dimarrrrrrrrr.....mmmmmmmmmmm.....

Sapa lak yang panggil aku nih. pandang keliling. Sunyi...bunyi cengkerik dengan burung hud-hud masih sahut-menyahut. Dimarrrrrrrrrr.... ahhh aku tak sedap hati, segala bulu kat badan dah meremang. Teringat aku pesanan guru Haji ........ , lantas ku baca ayat kursi, Surah-surah amalan, Selawat Nabi dan ayat amalan Sheikh Abdul Kadir Jailani ... tekan ibu jari kaki ke bumi dan meniupkan arah belakang 3 kali ... dan .... dan... kunci kapcai kupulas pantas, menghidupkan enjin moto....lantas membuat aksi-aksi mat rempit ...... huhuhuhu... baru aku teringat pesan guru, waktu bulan mengambang di malam hari, selepas makhluk itu terlepas belenggu Ramadan... harus ingat itu. Tenang dan ingat kepada Allah Penguasa sekalian Alam ... scary but dun worry...kita masih khalifah alam ini.

2 comments:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

dim....
syahdunya aku baca penulisan mu ini
utk menggapai citacita seharusnya PENGORBANAN itu diletakkan dihadapan. berkorban demi mencapai cita2 dim. Dengan doa si ibu yang memberikan pencetus rasa utk anaknya mencari ilmu tak kira dimana jauhnya. Doa ibu dikabolkan olehNYA.

akudimar said...

Dila...
laaa syahdu ke, ingatkan seremm...
bila ingat balik meremang bulu hidung dibuatnya hehehe...

apa yang Dila cakap tu betul la.
kata-kata ibu adalah keramat.