Monday, November 29, 2010

murnikan amalan

catatan ini hanya sekadar pengingat dan muhasabah buat diri ku sendiri.

sebelum ni aku ada mengamalkan beberapa amalan pembenteng diri yang aku ambil dan pelajari dari arwah Hj.Sungep. Alllahyarham seorang tokoh masyarakat yang dihormati kerana menjadi rujukan kepada masyarakat setempat. Beliau mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi dengan amalan kejawen dan amalan wali songo.

namun ... suatu ketika amalan yang ku amalkan langsung tidak membantu aku apabila akhirnya aku ditembusi dengan santau angin. MasyaAllah...pedihnya hanya Allah saja yang tahu. Aku memilih untuk berubat mengikut perubatan islam dan di tambah dengan solat hajat dan amalan mandi air ayatul kursi 700 kali (amalan dari seorang pensyarah di UM). Alhamdulillah dengan izin Allah yang Maha penyayang,aku sembuh.

ini buat aku terfikir bahawa hanya ilmu dan izin Allah sahaja yang dapat membantu aku. lalu aku mengambil keputusan untuk meninggalkan amalan kedawang tunggal yang selama ini aku amalkan. selain banyak lagi amalan-amalan ajian kejawen lain yang dilihat meragukan i say bye-bye.

dan niat aku selepas ini untuk mendalami ilmu perubatan islam yang bersumber kepada Al-quran dan sunnah dan amalan para ulamak yang soleh. Alhamdulillah langkah yang pertama telah aku mulakan. mudah-mudahan niatku ini mendapat redha Allah....

2 comments:

PINATBATE said...

Mudah-mudahan usahamu diberkati Allah..Bukan setakat sbg pendinding diri sendiri,selebihnya muga-muga dapat membantu orang lain pula..Amiin.

akudimar said...

amin...mudah-mudahan...