Tuesday, August 17, 2010

Camne ni?..aku dalam dilema...

Ada 2 orang agen MCIS ZURICH insuran datang kat sekolah sejak semalam. jual insuran dan medikal kad.

macam-macam dia pomot kat aku, cover 38 penyakit le, murah le, bawah sokongan jabatan le. rasanya dah 2 kali dia datang kat meja aku pujuk aku amik polisi dia. suara lembut lemak-lemak ketam lagi menawan kalbu. kadang rasa cair pulak.

banyak kemudahan guna medikal kad ni terutama bila ada penyakit kronik. entah le. kalo ikut kata mufti dato harussani, insuran ni haram kecuali takaful sebab kita tak tau punca pelaburan syarikat dorang tu.

aku harap dorang tak datang lagi kat meja aku, sebab kalo datang lagi mungkin aku akan rebah dek pujukan-pujukan supaya beli polisi dorang....entah le......

No comments: