Monday, August 9, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadan

Ramadan datang lagi
bersyukur aku kepada Rabbul Jalil kerana memberi peluang sekali lagi untuk aku meraikan bulan penuh keberkatan ini.

mana-mana yang terkurang pada tahun lepas perlu ditambah pada tahun ini
tak banyak sikit pun jadilah, maknanya kita ada buat penambahbaikan dalam ibadat

terkenang aku pada arwah mak.
tahun lepas aku yang ngladeni dan masak untuk mak
sahur aku buatkan susu buat mak
buka aku masak, walaupun masakan aku tak seberapa
banyak yang aku beli je buat tajilan buka.
ahhhh... kalau dikenang-kenang....

tahun ni, hanya berdua dengan bapak aku.
alangkah baiknya kalau ada orang yang sediakan makanan di rumah....
maksud aku, kalau ada bibik alias pembantu rumah
suruh je, bik...masak asam pedas...bik...masak kuih apam tepung beras...waduhhh...beresss.

hehehe...bayangkan kalo aku amik bibik, mau heboh orang kampung nih.
pakcik kayooooo....

No comments: