Friday, March 27, 2009

permainan jaman kecik-kecik

orang duluk-duluk kalo buat umah mesti ada laman yang luas, orang kampung panggil 'latar". Tujuannya supaya anak cucu dapat bermain dengan selamat. Umah aku pun beso gak "latarnya".

Time aku kocik dulu, adik beradik aku dan anak-anak jiran akan datang untuk berlain diwaktu petang di laman umah aku. laki pompuan campur jek, takde gender gap langsung. malah ada gak yang pakai seluar pendek dan tak berbaju. biasalah owang kampung. Antara permainan yang biasa main,

Campret.
permainan ni main kejar-kejar, mula-mula sorang ketua akan tadah tapak tangan dia kat tengah dan yang lain akan letak jari kat tengah tapak tangan ketua. masa ketua genggam tapak tangannya, semua jari perlu di tarik dengan cepat. jari yang terkepit akan menjadi tukang kejar, yang lain akan lari. bila dapat cuit badan kat yang lari, maka dia akan menjadi tukang kejar. mainan ni ada nyanyi dia... lebih kurang... cam...cam...campret... ha gitu la.

Tang alang-alang
ni permainan sorok-sorok yang paling popular di kalangan budak kampung bawah umur.
sorang ketua akan menyanyikan lagu sambil menunjuk jarinya kepada para pemain. lagu dia lawak sikit sebab dalam bahasa jawa, ahhh....budak tahun 80 an mana tau cakap melayu. lagu dia, tang alang...alang kemudi kacang hijo, tangki tangkup...sopo dadi endas sey njeblok .... yang kena tu akan cari pemain sampai dapat, biasanya budak pompuan senang sangat nak carik, tapi kalo budak lelaki payah tol nak cari, nyuruk kat pokok la, dalam parit la. malah ada gak yang sanggup nyuruk bawah titi. Ada sorang kawan aku ni siap balik umah, jenuh nak carik...heh.

kombet-kombet
haaa... ni permainan paling best sekali, kalo musim main kombet-kombet, kitorang akan buat senapang atau pistol dari papan terpakai, peluru dia pakai terung pipit atau boleh gak buat sumpit dari dahan betik, peluru dia bijik kekabu atau biji manggar kelapa. Huh, budak dulu ganas kalo main. setakat kena peluru selamber land je, tak nangis langsung. dak pompuan pun ada gak yang join. tomboy le ni (kenangan buat lela, musliha, mar, fazilah,wati ==> kat mane skang mike weh?)

baling kasut/ tin
musim permainan ni memang ilang lah kasut atau tin kat umah, biasa kita buat 2 team yang kan main permainan ini. kasut atau tin akan di susun dan di baling, dan cuba di susun kembali tetapi team yang kedua mesti menghalang kasut atau tin dari disusun. team akan menang bila berjaya menyusun kasut atau tin itu.

gelang getah
musim main gelang getah memang best, penug lengan ni dengan gelang getah. permainan tiup getah perlukan 2 orang pemain, getah akan ditiup sehingga melanggar gelang getah pihak lawan. Gelang getah yang tertindih akan menjadik milik pihak yang menang.

ada banyak lagik permainan budak kampun g duluk-duluk seperti, guli, main rakit, konda kondi, rounders ala kampung dsb. Budak kampung pandai mengeksploitasi sesuatu menjadi permainan yang menyeronokkan.

2 comments:

PINATBATE said...

Dimar,
tu semua kakpinat tak main..kakpinat main kawen-kawen dengan pondok-pondok..kehkehkeh..

akudimar said...

kak pinat,
aisehmen...
aku plak tak ske main pondok-pondok.
tapi aku pernah main rakit yang berpondok, ceh kunun macam kapal lanun la, kita menguasai parit.hehe