Tuesday, August 3, 2010

"Thohuurun Insya'Allah"

thohuurun...InsyaAllah (semoga cepat sembuh...)
itulah doa para perawat darul syifaa', keluarga, dan para sahabat ku.

itu adalah doa yang paling berharga buat diriku ketika ini.
membuatku terharu...
Alhamdulillah, dengan izin Allah yang maha penyembuh
segalanya atas kehendak Allah.

mempelajari sihir dan ilmu hitam adalah sangat mudah
semudah ABC...DAN 123
setiap orang boleh mempelajarinya
hanya dua syarat...
iaitu tunduk kepada IBLIS
sebagai tempat bergantung
dan sanggup menetap di dalam neraka selamanya
bersama penghulunya iblis laknatullah.
wa nauzubillahi min zaalik.

menentang sihir @ iblis adalah wajib kerana iblis adalah musuh yang nyata.
namun kita mesti mempunyai ilmu yang cukup
adalah menjadi fardhu kifayah bagi umat islam untuk mempelajari ilmu penyembuh
atau perubatan islam.
memang banyak sekali cabaran untuk kita mempelajarinya
banyak sekali ujian yang terpaksa ditempuhi
sebagai menguji ketahanan diri.

semoga yang haq dapat menentang kebatilan
Allah al Haq ...
Lindungilah hambamu yang jahil lagi lemah ini.

No comments: