Sunday, August 29, 2010

kekasihku hampir meninggalkan aku

hari ini tinggal 9 hari lagi kekasih yang mengunjungi aku saban tahun akan pergi meninggalkan aku yang masih belum puas berkasih-kasihan dengannya.

kekasihku itu sangat ku sayangi dan kurindui saban tahun.
setiap tahun dia berjanji akan mengunjungi aku selama sebulan
aku saja yang tak boleh berjanji dengan dia.
maklumlah sesaat kehadapan pun aku tak boleh menjangka apa akan terjadi pada aku.

kedatangannya aku tunggu siang dan malam.
setiap saat aku tak mau berpisah dengan kekasih yang datang setahun sekali ini.
hari ini aku berasa sangat sedih yang tersangat,
pilu kerana bakal ditinggalkan oleh kekasih.
belum cukup aku melepaskan kerinduan.

tapi masa nya tetap tiba.
ya Allah, hambamu yang jahil ini memohon supaya dilanjutkan usia pada tahun depan
agar dapat bertemu lagi dengan kekasihku yang manis, yang cantik, yang baik, yang sudi menemani aku yang kesunyian tahun ini ....
kekasihku yang bernama Shahru Ramadon.

Wednesday, August 25, 2010

Sup cendawan ala kang dimar

semalam aku telah membuat satu ujikaji masakan yang paling berjaya dalam hidup aku.
aku telah mencipta resepi sop jamur yang paling sedap pernah aku rasa...hueh-hueh...sendiri buat sendiri puji.

resepinya ialah :

cendawan ( semua jenis cendawan leh guna )
sayuran ( aku cadangkan putik kobis yang kecik-kecik tu paling sedap)
kentang, karot
fucuk dan suhun
ayam panggang (dicincang)
ayam goreng tepung (dicincang)
perisa jenama secukup rasa (iklan dato khatijah ibrahim tu)
sos tiram
air
garam, gula
bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam (dihiris, lada hitam ditumbuk)
kulit kayu manis, bunga lawang
daun bawang dan daun sup

cara nak buat :
1. tumis kulit kayu manis, buga lawans
2. dah kuar bau, masukkan bahan hirisan, sos tiram
3. tumis sampai perang dan keluar bau harum.
4. masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan karot.
5. dah empuk masukkan fucuk dan cendawan
6. bila dah layu masukkan ayam panggang dan ayam goreng
7. masukkan sayur pilihan dan suhun, bubuh perisa, garam , gula.
8. dan siap bubuh hirisan daun bawang dan daun sup.

senang je nak buat. aku dapati dengan mencampurkan ayam goreng sup jadik best sebab kuah dia jadik pekat tercampur dengan tepung ayam tu. ayam panggang pulak sebagai peringatan, lain kali jangan beli ayam golek sekor kalu kat rumah cuma berdua. membazir tu, nasib baik dapat idea buat sup.

Monday, August 23, 2010

wiring

semalam aku balik keje, peti sejuk tak berfungsi, apehal lak nih. aku check tengok...laaaahhhh...fius dia melenting, tu pasal padam.

aku try guna plug extention tarik lektrik ke peti sejuk...tetiba puuupppp...meletup lah pulak. bau hangit buat aku jadi seriauuu...maklumlah arus letrik ni bahaya.

aku ingat nak wiring balik lah umah ni. dah teruk dah wiring dia, tarik sana tarik sini mana tahan. lagi kalo deme-deme ni balik, macam-macam nak buat kuih le, basuh baju le, kipas 24 jam pasang macam hospital, anak sedara plak tengok tv selagi mata tak tutup sendiri memang tv terpasang aje lah.

sempat ke sebelum raya ni nak wiring, balik kang aku nak cari orang le.

Sunday, August 22, 2010

bunga-bunga berkembang mekar

bunga-bunag kertas atau bogonvila ni memang meriah kalau berbunga. warisan dari mak, macam macam spesis ada. ada pokok spesis baru yang aku beli kat pekan sabak bernam, nama dia sutera merah. cantik gak, warna merah ada bintik-bintik merah pekat. terus aku sambar, kalau mak ada mesti mak suka.

aku tak tau baja mana nak guna.masa arwah hidup dulu akan guna baja warna merah untuk menggalakkan bunga. aku bantai guna baja pokok pisang cap jambatan jerman. hasilnya, meletussss bunga dia.kaler-kali naik pinau mata. tanah dia pulak ditambah tanah sabut yang dah hancur.wah, gemuknya.hijau saujana...kata orang jawa...ijo royo-royo.

bunga orkid mak pun dah mula berbunga...aku baru je bela bunga orkid arwah mak. tapi kurus-kurus lah plak. jenuh bagi baja pisang tak mau makan lak dia. karang aku tanya expert camne nak jaga bunga orkid. macam-macam spesis ada yang rotan, yang lipan , yang memanjat, menjalar pun ada, orkid pinang pun ada. aaahhh...... nantilah lepas bebudak abis periksa nih akan aku kerjakan penjagaan bunga orkid.insyaAllah

Wednesday, August 18, 2010

aku ingat dia

seorang sahabat yang baik, humble,peramah, tak lokek senyum.
dia 6 tahun lebih tua dari aku, maka aku panggilnya kakak.

sama-sama satu kuliyyah, satu department dan sering ambil subject yang sama saban semester
tentulah lain-lain mahallat.hehehe

orang batu pahat, johor, sejawa tapi agak keberatan menuturkan jawa.
kuat semangat, pada umur 26 tahun mula mengikuti kuliyyah, sebelum ni di kolej islam johor.

aku, dia dan kawan-kawan selalu berdiskusi, bersama menyelongkar library sampai lewat malam, makan di kafetaria, sembang di tepi sungai.

suaranya lembut, budinya tinggi,penyayangnya lebih mungkin kerana umurnya yang senior dari aku. wajahnya keibuan dan biasa-biasa saja, berkulit kuning langsat sedang-sedang untuk orang jawa.

graduate pada 2005 sama-sama dengan aku. 5 tahun meninggalkan taman ilmu dan budi, tiba-tiba hari ini aku teringat dia. teringat dia 100% tawa riangnya, bicaranya,wajahnya.

Apa khabar dia? kak sham ....

Tuesday, August 17, 2010

Camne ni?..aku dalam dilema...

Ada 2 orang agen MCIS ZURICH insuran datang kat sekolah sejak semalam. jual insuran dan medikal kad.

macam-macam dia pomot kat aku, cover 38 penyakit le, murah le, bawah sokongan jabatan le. rasanya dah 2 kali dia datang kat meja aku pujuk aku amik polisi dia. suara lembut lemak-lemak ketam lagi menawan kalbu. kadang rasa cair pulak.

banyak kemudahan guna medikal kad ni terutama bila ada penyakit kronik. entah le. kalo ikut kata mufti dato harussani, insuran ni haram kecuali takaful sebab kita tak tau punca pelaburan syarikat dorang tu.

aku harap dorang tak datang lagi kat meja aku, sebab kalo datang lagi mungkin aku akan rebah dek pujukan-pujukan supaya beli polisi dorang....entah le......

allahummar hamna bil quran ....

Alhamdulillah...setakat ini bacaan Quran dah mencecah juzuk ke 19. semoga diberi kekuatan oleh Allah supaya dapat mengkhatamkan pada 15 ramadan.

Aku bercadang selepas 15 ramadan aku ingin buat bacaan al-qur'an bertafsir pula.

Tapi aku sebagai hamba Allah yang jahil ni cuma merancang sahaja, Allah rabbul jalil yang maha menentukan. apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa sahaja.

juadah lagi...takde citer lain ke?

semalam aku beli lauk limpa masak ceylon 2 ketui...aku satu, bapak aku satu, beso lah hirisan dia macam separuh tapak tangan.
kemudian beli kuih, pau goreng inti kacang merah, kuih lapis hijau putih, popiah goreng bersambal. kerabu pucuk selom dan taugeh. kat rumah aku cuma goreng ikan kembung 5 ekor, 2 ekor untuk kucing, lagi 3 ekor sendiri makan.

air minum ialah barli panas buatan sendiri dan air masak.buat bapak kopi putih segera dalam peket.

untuk sahur, aku rebus terung, buat sambal. susu anlene untuk bapak dan air masak untuk aku plus kurma import khas dari tunisia.

Tuesday, August 10, 2010

Punggahan

macam biasa kat kampung biasanya hari pertama solat terawikh akan diadakan punggahan.
punggahan bererti hari pertama Ramadan.

biasanya rumah aku dan 4 lagi umah jiran aku akan dapat giliran yang pertama untuk bawak makanan untuk moreh.
malam tadi saja bawak nasik lebih. tak sangka pulak habis laku nasik satu plas.alhamdulillah.

lauk? jeng-jeng....aku yang masak... ikan ayer goreng potong bulat-bulat bersama bawang besar goreng bercili (waduh panjangnya tajuk makanan), dan ayam masak semur kebesaran orang jawa. sambal goreng pulak dimasak oleh kakak aku yang dijemput khas dari teluk intan. cadangnya nak masak pajeri nanas tapi kensel sebab nanas dah habis, kakak pegi pasar pun masa matahari sudah 2 galah berada diatas kepala.

ape-ape pun tradisi kampung tetap berterusan dan dapat le mengeratkan silah arrahmi sesama orhang kamphoooong.....

Monday, August 9, 2010

ahlan wa sahlan ya Ramadan

Ramadan datang lagi
bersyukur aku kepada Rabbul Jalil kerana memberi peluang sekali lagi untuk aku meraikan bulan penuh keberkatan ini.

mana-mana yang terkurang pada tahun lepas perlu ditambah pada tahun ini
tak banyak sikit pun jadilah, maknanya kita ada buat penambahbaikan dalam ibadat

terkenang aku pada arwah mak.
tahun lepas aku yang ngladeni dan masak untuk mak
sahur aku buatkan susu buat mak
buka aku masak, walaupun masakan aku tak seberapa
banyak yang aku beli je buat tajilan buka.
ahhhh... kalau dikenang-kenang....

tahun ni, hanya berdua dengan bapak aku.
alangkah baiknya kalau ada orang yang sediakan makanan di rumah....
maksud aku, kalau ada bibik alias pembantu rumah
suruh je, bik...masak asam pedas...bik...masak kuih apam tepung beras...waduhhh...beresss.

hehehe...bayangkan kalo aku amik bibik, mau heboh orang kampung nih.
pakcik kayooooo....

kerana budak

minggu-minggu terakhir bebudak nak UPSR memang meletihkan
program kecemerlangan bertukar ganti saban minggu
buat aku jadi letih di tambah dengan masalah kesihatan badan yang belum begitu pulih

aku harap bebudak ni dapat keputusan yang baik
doa aku tak pernah putus minta bebudak ni dapat keputusan yang baik.

Tuesday, August 3, 2010

"Thohuurun Insya'Allah"

thohuurun...InsyaAllah (semoga cepat sembuh...)
itulah doa para perawat darul syifaa', keluarga, dan para sahabat ku.

itu adalah doa yang paling berharga buat diriku ketika ini.
membuatku terharu...
Alhamdulillah, dengan izin Allah yang maha penyembuh
segalanya atas kehendak Allah.

mempelajari sihir dan ilmu hitam adalah sangat mudah
semudah ABC...DAN 123
setiap orang boleh mempelajarinya
hanya dua syarat...
iaitu tunduk kepada IBLIS
sebagai tempat bergantung
dan sanggup menetap di dalam neraka selamanya
bersama penghulunya iblis laknatullah.
wa nauzubillahi min zaalik.

menentang sihir @ iblis adalah wajib kerana iblis adalah musuh yang nyata.
namun kita mesti mempunyai ilmu yang cukup
adalah menjadi fardhu kifayah bagi umat islam untuk mempelajari ilmu penyembuh
atau perubatan islam.
memang banyak sekali cabaran untuk kita mempelajarinya
banyak sekali ujian yang terpaksa ditempuhi
sebagai menguji ketahanan diri.

semoga yang haq dapat menentang kebatilan
Allah al Haq ...
Lindungilah hambamu yang jahil lagi lemah ini.

Monday, August 2, 2010

belum...belum tertunai...

kamera yang kuidam-idamkan masih belum dapat aku sambar.
takpe sabor je, ada perkara lain pulak yang lebih utama.

tapi keinginan untuk memilikinya belum pernah pudar.
tak sabar rasanya nak merakam keindahan alam ini dalam bentuk potret

aku teringin nak buat buku potograpi sendiri.
insyaAllah.