Friday, April 9, 2010

menangis ke ketawa ni?

aku masuk bilik guru pagi Khamis, aku dengar dengan jelas kak dot...dot sembang dengan kak tut...tut. lepas syok sangat sembang aku dengar bunyi wanita menangis teresak-esak...huh, what the hell?



kemudian aku dengar sorang lagi ketawa terbahak-bahak ngalahkan KAK LANG...zalim betul, sorang dok sedih sorang lagik ketawakan.



aku pun datang dekat...huiiikkks rupanya kedua-dua kakak tu tengah gelak ketawa rupanya. Tapi kakak sorang tu stail ketawanya jenis bunyi macam menangis, uhuk-uhuk sambil mengeluarkan air mata kegembiraan. aku taknak tau isunya tapi yang aku heran kita tak boleh beza sama ada kakak tu menangi atau ketawa.



aku terpikir kalau kakak tu sedang menangis kesedihan adakah kita boleh membezakan sama ada kakak tu dalam keadaan gembira atau sedih. kompius aku.....