Sunday, September 27, 2009

Sop Komplang-komplang

Raya kali ni aku beli daging lembu "ikut bahagian". Maknanya seekor lembu kongsi 28 peserta, sembelih sama-sama dan kongsi sama-sama. Cara ni memang untung sikit berbanding beli kilo-kilo kat pasar. Harga daging pun tak sama ada yang jual ikut harga betul RM18 sekilo, ada gak yang cecah RM24 sekilo gila ahhh...kalau beli ikut bahagian kita akan dapat semua bahagian lembu sama rata. satu bahagian RM100 je.

Jadiknya banyak gak lah daging yang aku dapat dalam 7 kilo gitu, selain itu dapat jerohan, babat, dan tulang...pehhh tang tulang tu yang best. Sebab aku yang masak sup tulang pada tahun lepas, maka kakak aku dengan penuh takzimnya nyuruh aku yang masak...hadoiiii....maleh betol lah. tahun lepas sebab deme ni sume balik malam raya. patutnya bagilah aku rileks raya kali ni sebab deme dah balik awal. Tapi sebab deme dah puji aku masak sup sedap pada tahun lepas, aku pun terpedayalah dengan puji-pujian melangit deme tu.

So....aku masak, segala bahan dah taruk, ayor cukup, daging tulang dah empuk, garam dah curah. Masa menghidang untuk berbuka puasa yang terakhir pada tahun ini, bapak aku rasa dulu...''lhoh, sop pey kok komplang-komplang rasaney cemplang tenan, uyahey opo wes entek ke?'' njaluk sambel kecap pey..... arrghhh... kalo dah semua mintak kicap tu sah-sah le tak sedap.

habih aku kena kutuk dari tahap bapak sampai le ke anak sedara...wahh dah lebih ni. itulah dah kabor dah, kalo masak mesti ada roh/spirit atau keikhlasan. aku memang rasa maleh beno nak masak, patut le hasilnya tak seberape. Yong ada ramei, ate ngape suruh yop masok? hehehehe....

Monday, September 14, 2009

Banyak Dosa....

Hari Raya kali nih, aku rasa nak mintak maaf kepada seseorang makhluk Tuhan. Yang aku rasa banyak beno dosa aku kat dia nih. Aku rasa aku dah sakitkan hati dia, dah menyinggung perasaan dia, dah kecewakan dia, mempermainkan dia.

Aku ingat aku selalu buat dia marah, buat dia merajuk, buat dia tak nak tegur aku. Kalau boleh aku nak bawak sikit buah tangan kat dia sebagai mukadimah misi mintak maaf.

Tapi kalo dia tak maafkan aku camner?Ahhhh...dulik ape, yang penting aku mesti membaiki perhubungan sesama manusia. Camner ye? baik aku berlatih sebagai persediaan nak mintak maaf dengan dia.

"Wak Pah, aku njalok ngapuro seng okeh-okeh, nek aku salah guyon nggawe WakPah latah yang terlampau , aku njalok halal ley, sepuro ney lah yo.

Majlis khatam Quran

Hari Sabtu 11 september nan lalu, satu majlis khatam Quran peringkat Bahagian Umno Bagan Datoh telah diadakan. Majlis telah di anjurkan oleh Biro Agama menjadi tradisi setiap tahun di bawah kepimpinan Dato Seri Zahid Hamidi. Cawangan yang menyertai Tadarus dijemput datang ke Majlis tersebut.

Cawangan kat tempat aku dah khatam masa Nuzul Quran hari tu. Tapi aku cuma sempat datang sekali je sebab Tadarus diadakan bermula 7.30 pagi hingga 10.30 pagi. Aku lak pi keja tak leh nak sertai hari-hari. Nampaknya macam biasa la golongan veteran atau pesara-pesara yang menyudahkan Tadarus tu. Tahniah le diucapkan.

Tahun ni dapat persalinan ( kain pasang untuk wat baju kurung untuk wanita dan baju melayu untuk lelaki ) sebagai cenderahati dari YB. Dengar cerita YB pun ada gak menyertai Tadarus kat kampung beliau.

Sebenarnya yang penting bukan cenderamata yang nak dikejarkan tetapi semangat menghayati bulan Ramadan ni lah yang paling penting.

Wednesday, September 9, 2009

Asam Pedas Ikan Kerisi

Semalam aku try masak asam pedas ikan kerisi yang jadik peberet aku. Resepi tu aku dapat dari kak Zura aku. Ketawa-ketawa dia perli aku ...takpelah yang penting misi aku untuk masak yang lain dari biasa berhasil ( biasa aku goreng je ikan tu atau masak kicap heh)

Resepi dia aku nak tulis kat sini bior tak lupe...

6 ekor ikan kerisi ( kat tempat aku dipanggil ikan beton @ ikan biji nangka)
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
setongkol kecik halia (eh, ada ke sukatan masak guna tongkol?)
3 batang serai
15 helai cili kering (memang pedas tahap puaka)
secekak daun ketum...ehhh daun kesum
3 kuntum bunga ...ape ye...ala yang ada dalam laksa tu, haku tak hinggat la nama dia.
1 inci belacan
sekepal kecil asam jawa
garam, gula, bahan perasa
sedikit air
sedikit minyak

Cara nak buat.
1. Ikan kerisi di basuh bersih
2. bawang merah, bawang putih, cili, belacan dan cili kering di kisar
3. Asam jawa dibancuh dengan air
4.Panaskan periuk dan masukkan minyak masak, bila dah kemebul masukkan bahan kisar, tumis sampai seisi rumah tersedak-sedak
5. masukkan daun kesum, bunga dan serai, kacau lagi sampai pekat
6. masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam, gula dan serbuk pak aji.
7.tunggu sampai pekat sikit, pastu masukkan ikan, bila ikan dah masak maka siapla asam pedas tersebut, matikan api.

Senang je rupenyer, sedap sungguh macam kat kedai. Mak bapak bagi aku thumb-up untuk hidangan semalam. Sejak mak sakit ni nampaknye aku lah yang kena masak dengan bimbingan. Haku rasa abih Ramadan ni haku jadik pro dalam masak-memasak...

huh...petang ni nak masak ape ye... haaaa....beli jelah ayam panggang madu kat bazar petang ni. Masak nasik dengan buat air jelah , hehehehehehe .....

Tuesday, September 8, 2009

Haku kena saman...Arrrgggghhhh........

Hari Isnin 7 Sep 2009 pertama kali aku kena saman dalam hidup aku.
Hari tu cuti Nuzul Quran, aku nak buat kelas tambahan yang last kopek punyer untuk bebudak aku subjek sains. Cam biasa aku ada ambik sorang budak India kat rumah dia, sambil nak tunggu budak tu sku sembang jap ngan bapak dia yang tengah bersihkan halaman rumah. Bapak dia ni OKU takleh jalan, jadi aku selalu amik budak ni pegi tuition. Masa sembang tu aku bukak topi keledar.

Bila budak tu dah siap aku pun start moto terus pegi ke sekolah. Haku langsung tak ingat nak pakai topi keledar balik. Selamber je lah, sampai kat satu simpang, ada 2 orang polis tengah wat rondaan berdua naik moto, slow je dorang bawak. Haku dengan konpidennya pegi potong slamber je officer tu. Tetiba aku kena hon suh benti. Aku benti siap tanya lagik, apehal encik? polis tu bengang, kata aku tak hormatkan dia. polis tanya kenapa tak pakai topi keledar, Pehh baru aku ingat topi keledar kat dalam bakul...

dipendekkan cerita aku kena saman satu kesalahan sahaja sebab aku mintak maaf kat dia. kalo tak dapat 2 kesalahan sebab budak India yang menumpang moto aku pun tak pakai topi keledar. huhuhu...camnepun aku respek kat polis tu sebab tak mintak duit kopi. ikhlas dia bertugas dalam bulan puasa ni.