Thursday, August 20, 2009

PREPEGAN

Istilah ini adalah istilah Jawa yang dah lama pupus, tapi kalau kat kampung-kampung masih lagi di gunakan.
prepegan ni bermaksud berbelanja sebelum bermulanya bulan puasa dan hari raya.
biasanya orang-orang tua akan pergi ke pasar untuk membeli keperluan harian untuk bulan Ramadan dan hari raya.

Teringat dulu-dulu, mak aku akan pergi ke pasar membawa bakul, yang tukang bawaknya aku atau kakak aku lah. biasanya mak akan beli bawang, rempahratus, pucuk suhun, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. mak akan beli kain pelikat kecik untuk aku pergi ke surau untuk solat terawikh.

kalau prepegan hari raya pulak, lagi banyak barang yang mak akan beli, selain kain-kain ela untuk baju raya adik beradik aku. itu belum lagi bahan-bahan nak buat kuih, biasanya mak akan beli tepung dan gula dalam jumlah yang banyak untuk dijemur. bila dah kering tepung boleh dibuat bahulu.

haiiii, kalu ingat dulu-dulu memang lebih meriah, sekarang ni semua dah tersedia dan mudah.
Ramadan tahun ini agak hambar dan menyedihkan, mak tidak lagi dapat prepegan kerana semakin uzur, mak tak dapat lagi membuat kuih bahulu kegemaran bapak kerana hanya terbaring lemah di katil. Mak bersuara lemah kerana jantungnya membengkak....
Bagaimanapun...AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN...terimakasih Tuhan kerana masih mengizinkan hambaMu ini menyertai Pesta Pahala tahun ini....

Tuesday, August 18, 2009

Nasik Telur

bunyinya agak aneh kan?
Memang aneh sikit sebab menu nasik telur adalah menu ciptaan haku sendirik masa haku kecik-kecik dulu.

sewaktu dulu-dulu bila kat umah aku takde lauk untuk dimasak, mak akan cari telur ayam kampung atau telur itik peliharaan sendiri di reban. Telur tu biasanya mak akan masak omelet...hehehe bukan la, tapi telur goreng dadar dicampur dengan kelapa parut berserta dengan rempah sikit. nyaammm memang sedap, tujuan dicampur kepala tu bior lauk jadik banyak dan boleh dimakan kami adik beradik sorang sikit....hehehehe bukan nak cerita pasal telur gorang sebenarnya.

satu lagi masakan mak aku ialah telur rebus dan dikupas untuk dimasak kari. bulat-bulat dalam periuk. bila dah masak mak akan belah jadi dua, setiap pinggan akan mendapat telur kari separuh je. biasanya bahagian bapak aku akan dipotong-potong lagi untuk dibahagikan kepada kami adik beradik, bapak kata dia tak minat telur tapi suka makan nasik dengan kuah kari je. walaupun aku kecik lagik aku tau maksud tindakan bapak tu.

seterusnya nak buat nasik telur ni, aku akan tenyehkan bahagian kuning telur dengan nasik bercampur kuah kari sikit. nasik akan menjadi warna kuning, bergumpal-gumpal dan sangat sedap dimakan dengan baki putih telur. Bagi haku masa tu dah sedap sangat dah....hehehe...resepi haku di tiru adik-adik aku yang lain, sehinggalah telinga aku kena tarik dengan mak kerana main-main dengan nasik. Sebenarnya bukan maksud nak main tapi itu adalah kreativiti aku mencipta resepi yang sedap , hohoho...

bila haku ingat-ingat balik nak tergelak plak, nasik telur....
sebab tu aku tak marah tengok murid (RMT-Skim rancangan makanan tambahan pelajar miskin) masukkan nasik ke dalam donat sebagai inti, sebab aku tau itu adalah kreativiti budak, mana tau besok beso budak tu akan jadi Chef atau pakar pemakanan. Yang penting tak membazir...

Friday, August 14, 2009

Yob dah dapat lesen...ngeh...ngeh

tanggal 13 ogos mencatat sejarah baru dalam hidup haku...
ehehe...haku telah lulus ujian memandu dengan jayanya...syukur alhamdulillah.
mungkin pada orang lain biasa aje, tapi bagi aku rasa macam nak potong lembu lak buat kenduri kesyukuran.
sekeping lesen memang menjadi idaman setiap orang, sebab dengan lesen ni boleh bawak kita kemana aje. Haku lak memang suke berjalan, asyik naik bas je tak best la kan, keinginan nak jadi pemandu tu mesti ada punye.

Selain itu aku niat nak bawak mak bapak aku pegi kemana ajenak pegi berjalan, mak pulak selalu sakit, kadang nak buat pemeriksaan kesihatan kat spital.kalo aku leh bawak keta kan bagus tu.

apa-apa hal pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku lulus dalam ujian memandu tu, tanpa izinNya siapalah aku. Sakng ni aku bizi menelek katalog keta lak. pantang ader flyer keta mesti aku kumpul. hoh...tak tau nak wat pilihan, yang penting aku nak cari yang selesa dan bayaran bulan yang berpatutan sesuai dengan pendapatan aku yang sederhana nih.