Friday, January 30, 2009

Berkata sang haiwan kepada khaliknya

Berkata sang haiwan kepada Khalik nya...
dengan lidah kecil memuji-muji kebesaranNya

(Allah) huuu...(Allah) huuuu...(Allah) huuu
rintihan sang pungguk
memecah sunyi malam
kala malam menurunkan tabirnya
masih Maghrib sudah tak sabar bersuara

(subhanallah) Cit...(Subhanallah) cit... (Subhanallah) cit...
Sikecil burung kelicap
memuji-muji Ilahi
Sebelum subuh sudah segar matanya
ingin segera berzikir ke Hadratnya.

(Allahuakbar walillah alhamd) Koook ko kok koook
jerit sang ayam
memberitahu sekalian alam...Allah Tuhanku
seluruh kerabat segera dikejutkan
sebelum rezeki masuk ke dalam perut, ingatilah Tuhan.

Ketika insan menarik selimut dalam kesejukan
berdengkur tidur dalam keenakan
bermimpi indah diulit bidadari wangi
lena berehat setelah mencari rezeki seharian
Haiwan-haiwan telah terjaga
berteriak memuji-muji Penciptanya yang Maha Esa
seumpama menyindir-nyindir manusia
ahhh...sebaik-baik kejadian dengan akal fikiran
Mana Tuhanmu?
Adakah hanya ada ketika kamu berduka nestapa?


(Di nukilkan oleh hatiku yang sangat kecil ... dinihari 29 Jan 2009 ... ya Allah yang Maha Besar, aku sangat tersindir oleh makhlukMu yang bernama sang haiwan)

Friday, January 23, 2009

Kisah lauk masa Raya Cina

Raya Cina dah dekat, kat Bagan Datoh ni kalau raya Cina ikan mesti mahal ataupun jadik kurang. Biasanya kalau dekat-dekat raya cina ni orang kampung akan beli stok lauk banyak-banyak.

Sebab bot-bot nelayan cina akan di naikkan dan dibasuh untuk dibuang sial dengan daun limau bali. Nelayan juga akan berehat untuk menyambut perayaan tahun baru. Nelayan laut dalam dari pangkalan Hutan Melintang, Sg Tiang dan Sg Burung akan melabuhkan kapal-kapal mereka selepas berbulan-bulan menangkap ikan di Lautan Hindi. Kat pelantar ikan sangat sibut dah jadi macam pasar dengan orang kampung mencari stok ikan ataupun tokey nelayan sibuk membasuh kapal dan bot mereka. Jaring-jaring dan peralatan nelayan diganti baru.

Yang tinggal hanyalah nelayan Melayu yang menagkap ikan di selat melaka sahaja, jadinya bekalan ikan sangat terhad. Peniaga runcit mengambil ikan impot dari Thailand atau Vietnam untuk dijual. masalah utama ikan ni tak sedap sebab diawet dalam bahan kimia. ikan jenis cencaru dan aye (iwak kayu) biasanya diawet sampai keras sebelum dijual.

time macam nilah orang kampung akan beralih kepada lauk telur, sadin, daging dan ayam. Jadiknya cuti ni aku ingat nak mancing lah kat bagan, mana tau dapat ikan sembilang, wusshhh...digoreng sodap tu....

COKLAT- SEBUAH CATATAN BERBAHASA JAWA



IKI COKLAT SENG DICETAK DADI GAMBAR KELAMBI KEBAYA, KANGGO KEMPEN PELANCONGAN TAHUN MELAWAT MALAYSIA.
MULO-MULO ULEH, SAYANG AREP DIPANGAN, DIBENEHI NANG NJERO PETI AIS, SUWI-SUWI KOK MAMBU TERASI, PASAL NANG NJERO PETI ENEK TERASI PIRANG-PIRANG TEPEK.
TIMBANG EY MEMBAZIR COKLAT KUWI TAK PANGAN, MAMBU BELACAN PUN ORAK OPOLAH. NEK RETI AREP DADI KOYO NGONO TERUS TAK PANGAN MOSO MULO-MULO ULEH. WONG CARA NEY ORAK PERNAH WEROH COKLAT DIBENTUK KOYO NGONO.... WALAH-WALAH....NEK DI ELENG-ELENG LAWAK TENANLAH. WAKAKAKAKA

Sunday, January 18, 2009

Apo nak di kato....

Kawan aku kat KT sms aku selepas pengiraan undi selesai.

''Dimar... Bi eNg kaloh ke Pah .... ''

'' Nok wak gane... doh pemude sane takdok kerih doh" jawab aku.

Marah lak kawan aku bila aku jawab sms dia. Pilihan raya kecil telah berlalu, pilihan rakyat kuala terengganu dah jelas. Apa pun ucapan tahniah buat wakil rakyat PAS yang baru. Aku tak terkejut dengan keputusan tu. Banyak sangat faktor yang menyumbang kepada kekalahan UMNO dalAm mempertahankan kerusi KT.

Aku cakap kat kawan aku tu, takpelah kalo PAS menang pun, UMNO pun Melayu Islam, PAS pun Melayu Islam.Tu yang penting.

Akhirnya kau berjaya kumiliki



Syukur alhamdulillah, berjalan-jalan di MPH akhirnya aku beretemu jua dengan novel Ayat-Ayat Cinta. terus kusambar yang hard cover punya.


Tapi belum berkesempatan menikmati isinya, baru baca intro. Aku tak sabor nak baca dari kulit ke kulit tapi sebab aku bizi ya amat maka ku letakkan dulu kat atas meja. Sambil wat keja aku jeling-jeling kat buku tu...arrgggghhhhh bila aku nak baca nih...


Wednesday, January 14, 2009

Pancadriya Rasa dan Perasaan



Aku tulis n3 ni lepas menjenguk ke rumah Dila.


anak saudaranya sakit...Aliesya masuk ICU. Aku faham perasaan Dila bila menghadapi situasi seperti ini. Aku juga selalu menghadapi situasi ini}}}} anggota keluarga sakit.




Dila pastinya sebak dan pilu setiap kali melihat keadaan Aliesya. Melihat kesengsaraan dan kesakitan insan yang paling kita sayangi turut menyentap Pancadriya prarasa kita dan menyusup jauh ke dalam sanubari kita, lalu membentuk satu perasaan ingin berkongsi kesakitan itu bersama. Kadangkala sanggup pula untuk meminta dipindahkan sengsara itu kepada kita.




Namun Allah itu Maha berkuasa yang menentukan takdir setiap insan. Cubaan dan dugaan setiap manusia itu berbeza-beza dan Allah Azzawajalla tahu tahap mana kemampuan hambanya menerima ujianNya.




Oleh itu, buat Dila....


hanya ketabahan dan kesabaran lah yang menjadi sahabat kita dalam mengharungi dugaan hidup. Sama-sama kita berdoa semoga adik ALIEYA segera pulih dan sembuh seperti sediakala. Dapat bermain dengan riang dan mnjalani kehidupan yang ceria seperti kanak-kanak yang lain.

de La Sambel

Sebagai orang yang tinggal di garisan khatulistiwa, sambal pastinya menjadi menu untuk memikat selera ketika makan nasik. Termasuk orang Jawa yang suka memedaskan lidah ketika makan nasik. Cili yang digunakan semestinya cili padi @ cili burung @ cili api utawa LOMBOK RAWIT....tapi yang aku senaraikan kat bawah ni adalah sambel peberet wong Jowo.

Sambel Terasi
Dalam bahasa Melayu di kenali sebagai sambal belacan. ini paling best la aku rasa, kalau ikut stail keluarga aku cara pembuatannya ialah, terasi perlu digoreng atau dibakar, ambil 3 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang merah, juga digoreng. memula tu tumbuk lombok rawit secukupnya, lepas tu tumbuk bawang dan akhir sekali terasi goreng, bubuh asam jawa dan secubit gula. dah siap, makan dengan jangan tewel (nangka muda) waduh...orak pasal-pasal nasik bertambah 3 kali.

Sambel Goreng
sebenarnya bukanlah sejenis sambal. ia tergolong sebagai sayur untuk dimakan bersama nasi. ramuannya tempeh, tauhu, suhun, fucuk, kentang, ati ayam (jika suka) dan kobis atau kacang buncis (jika suka). Biasa nya jadi menu untuk kenduri atau ketika hari raya.

Sambal taun
Sebenarnya taun tu bermakna 'tahun' bukan 'taun' penyakit kolera tu wahahaha.... sambal ni memang femes dikalangan orang Jawa aje. Ramuan dia santan kelapo, lombok rawit, bawang putih dan merah,halia, lengkuas muda (kena bubuh banyak) dan lauk dia biasanya kulit lembu atau kerang, pelok ayam pun boleh.cili padi takleh ditumbuk, bior je bulat-bulat.sambal ni tahan lama kalau diperangat setiap masa, sebab sambal ni digelar sambal tahun.lagi lama lagi kaww...lemak dan pedas.

Sambal tutuk
ini dah biasa, senang je nak buat, amik ikan bilis dan digoreng garing (ikan temenung @kembung pun boleh) pastu patahkan lombok rawit secukupnya dan tumbuk bersama ikan bilis tu.bubuh secubit gula...dah siap...makan dengan nasik panas-panas lalap jengkol waduh....orak tangi wak...

Sambal korek
sambal ni untuk orang yang malas nak goreng ikan bilis. Ambik lombok rawit dan seulas bawang putih dan secubit gula dan garam. Pastu tumbuk sambil baca surah Al-ikhlas senafas sampai lumat. Baca surah tu amalan dari bapak aku, katanya bior sambal lebih enak....iyolah pak...kulo melok waey.

Sambal taik minyak
nak buat ni senang jah....amik bawang putih, lombok rawit, cili merah (besar),gula dan garam dan tak lupa taik minyak.tumbuk sampai lumat...haaa dah jadik...tapi aku kurang minat sambal ni pasal bau minyak kelapa tu kuat sangat.

Sambal santen
Haaaa...ini aku punya minat. ramuan dia pasti lah santan yang diambil dari kelapa tua, lombok rawit, bawang merah dan putih, halia, kencor (cekor) dan telur ayam (ikan pun leh gak).sambal ni sedap dicicah dengan keluban godong ubi atau kangkung. keluban tu maksudnya sayur yang direbus.

sambel endog
sambal telur hancur kata wong melayu.amik lombok rawit, bawang putih ditumbuk, pastu tumis, bila udah naik bau masukkan telur dan terus dikacau sampai hancur.

sebenarnya ada lagik, tapi males arep naip.lain kali laaaah. Tapi kalau kerap sangat makan pedas ni kalau tak tahan leh kena buasir wooo.....

Tuesday, January 13, 2009

RASULAN...adat berayan Jawa

Rasulan...bunyi dia macam RASUL (NABI) tapi sebenarnya bukan. kalau RASUL sebutannya ROSUL (lidah Jawa) tapi ini disebut sebagai R-A-S-U-L-AN. Adat ini kalau ikut bahasa mudah ialah majlis makan-makan dikalangan keluarga sahaja sempena majlis hantaran (esok nak gi pinang anak dara orang, malam ni buat rasulan) atau pun majlis hari jadi cara Jawa.

Biasanya menu utama dia ialah AYAM INGKUNG iaitu ayam bulat yang disembelih sendiri, kemudian diambil isi perutnya ( hati, jantung, usus, perut)dibasuh bersih dan dimasukkan kembali kedalam perut ayam. kemudian ayam tersebut di lumur dengan rempah ratus lalu direbus hingga empuk. ini berbeza dengan ayam golek yang di bakar.

menu seterusnya ialah kerabu, nasi, dan masakan sampingan yang lain. Tidak lupa juga BUBUR ABANG (bubur nasi yang dimasak kemudian diasingkan, satu kaler merah dan manis, satu lagi kaler putih lemak masin. Cara nak hidangnya, bubur merah diletak dalam mangkuk kemudian ditaruk bubur putih atasnya. Orang Jawa ni kaya dengan falsafah, bubur itu melambangkan darah merah dan sum-sum putih yang perlu dipulihkan selepas berlaku sesuatu seperti demam atau sakit bersalin. Ia untuk memulihkan dan meyegarkan semangat.

Yang menariknya semasa makan-makan tu, sebuah besen besar diletakkan ditengah-tengah para tetamu yang berisi air untuk basuh tangan. Dalam besen itu diletakkan duit syiling untuk para tetamu.tetamu yang basuh tangan selepas makan akan dapat duit syiling itu sorang sikit.

majlis rasulan sangat meriah dengan usik-mengusik orang yang diraikan (yang bakal bertunang) . Sambil itu saudara mara yang tua akan menyuapkan bubur abang kepada orang yang diraikan, kadangkala sehingga comot mulut.wakakakakaka.....
SELAMAT BERTUNANG BUAT AZMI (sepupu gue dong)

GAMBAK RAYA QURBAN

AL-ENDAS WAL SIKEL

BALONG FOR SOUP






3 EKOR LEMBU BAHAGI UNTUK SEKAMPUNG












HEHEHE....WONG BAJU BLUE BLACK KUWI KOYONEY SANGAT
KOMITED LEY MBETETI LEMBU.




LEMBU IRENG


LEMBU KU




LEMBU YB SEDANG MERAGUT ANAK PISANG KU ...HUHUHU

LEMBU YB ZAHID HAMIDI
HARI RAYA YANG LEPAS 3 EKOR LEMBU TELAH DITUMBANGKAN DI LAMAN RUMAH AKU.











Sunday, January 4, 2009

Wulan Suro

Bulan Muharam datang lagik, dalam kiraan Jawa Islam dipanggil wulan Suro. Bulan ini dikirakan sebagai bulan untuk memantapkan amalan-amalan dalaman yang diwarisi dan dipelajari dari kitab-kitab dan kiyai-kiyai yang membawa amalan wali songo.



Bagi kebanyakan orang yang mengamalkan amalan perubatan Jawa Islam ini perlu mensucikan diri dengan berpuasa dan mutih. berpuasa sehingga beberapa hari mengikut ketahanan diri dengan hanya berbuka puasa dengan nasi putih sahaja. Berpuasa itu disertai dengan berzikir mengagung-agungkan Pengeran Kuoso dan berselawat keatas Kanjeng Nabi sebanyak-banyaknya sehingga ratusan ribu jumlahnya.



Dimalam hari pula selepas Isya' pengamal perlu berjalan kaki sambil berzikir disepanjang jalan sehingga masuk waktu Subuh. Ini memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi, kerana perjalanan yang jauh amat meletihkan ditambah pula dengan berpuasa pada siang hari. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan. Fuh...nyuwon kekiyatan saking Gusti Pengeran.