Friday, October 31, 2008

IMPENAN

I Have A Dream
I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you failI believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for meI'll cross the stream -
I have a dream
I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream
I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream

Wednesday, October 29, 2008

Beg aku kena cilok ...

Tarikh 25/10/08 hari Sabtu ... sebuah beg sandang telah di cilok dari tuannya di Jalan Bandar Teluk Intan. Mangsa baru sahaja balik dari majlis walimatul urus rakan sekerjanya itu terus ke bandar Teluk Intan untuk mencari piring mesin rumput di sebuah kedai hardware. kita ikuti laporan penuh, wartawan Dimar ada butiran penuh kejadian itu.

Lokasi kejadian : Depan kedai hardware, Jalan Bandar Teluk Intan.
Masa kejadian : 3.14 pm
Barangan yang Hilang : Sebuah beg sandang yang mengandungi :
1. Kamera digital
2. Wang Tunai
3. Dompet (huhuhu bengong tol, pi letak dalam beg, kalo
kat poket kan selamat)
Saspek : Seorang lelaki India, berbaju hitam, menaiki motor honda hitam

Temubual
Wartawan : camne leh terjadi ni?
Mangsa : aku baru balik dari kenduri, terus nak gi Teluk Intan cari barang. Masa
nak naik moto, aku amik wallet aku dari poket sebab tak selesa nak
duduk atas moto, maklum le wallet tu kembung sikit
( hehehe...alhamdulillah baru je gaji 24/10/08 ) biasanya tak pernah
aku taruk dalam beg.

Sampai je kat kedai hardware tu, aku pun turun dari moto...sambil tu
bukak beg sandang dari belakang aku. Tiba-tiba...seekor kutu itam
merampasnya dari aku dengan sepantas kilat...seterusnya melarikan diri
dengan moto pegi ke lorong tah mana tah.
Wartawan : Habis ko tak kejor ke.
Mangsa : Maunya tak, seluruh lorong kat Teluk Intan aku carik, adalah dekat
sejam lebih. akhirnya aku buat report polis. ic, kad bank, lesen
gambar ex-gf, gaman, duit, kamera digital habis kena sapu. Raya sakan
la kutu tu, nak sambut deepa hari isnin.
wartawan: Sabor je la. dah tu apa tindakan ko?
Mangsa : Lepas wat repot balik la umah...semayang Asar....huhuhu
Hari Selasa kebetulan cuti, aku setel kan sume urusan kat JPN wat IC
pegi JPJ, pegi bank....paling mengharukan kamera digital tu ada
gambar penting untuk projek kat tempat kerja aku....musnah semuanya.

Ini lah pengalaman kena cilok aku. aku dapat bayangkan perasaan
mangsa- mangsa ragut. Jenayah camni tak kenal mangsa atau jantina.
Banyak pengajaran yang aku dapat...selebihnya aku berserah kepada
Pengeran.
Wartawan : Harap sabor ye yop. Begitulah temubual dari mangsa, bak kata
pepatah "beringat sebelum kena, simpan wallet anda di tempat yang
dekat dengan badan anda supaya mudah anda pelupuh sesiapa
yang cuba merembatnya. Dimar melaporkan untuk berita blog
Akudimar.


Friday, October 24, 2008

UltraFatin VS Ultraman Z

kuasa ultraman bertindak ....
Kuasa menangkis menggunakan ilmu Fatin tahap 3....
jeng...jeng
wakakakaka .... gelagat ponak'an memang menghiburkan.

Tuesday, October 21, 2008

Ngesop-ngesop


Dah jadik tradisi kat keluarga aku, kalau raya
mesti buat sup tulang. Eh cerita raya tak abih
lagik yek...camtulah bulan Syawal ada lagi.
Biasanya tulang rusuk alias tulang igo dan tulang
lutut jadik pilihan. Tahun ni sebab aku kat umah,
adik beradik lain tak balik lagi, maka aku la yang jadik
tukang masaknya. hehehehe....enak kata bapak.
tapi rodok asin kata mak....bior le...
memula tu rebus dulu kasik empuk dagingnye.
pastu masuk sup bunjut tulang adabi dan kentang.
dan kayu manis serta bunga lawang.
dah empuk, masuk serbuk sup adabi dan rempah
goreng bawang dan matikan api sup tabur bawang goreng
daun sup, daun saderi, garam dan lada hitam....
Tadaaaa....sup siap...dimakan dengan kicap cili dan ketupat...
hehehehehe.....sonang ajo.

Monday, October 20, 2008

Filem Terbaik tayangan Hari Raya 2008 : Ayat-ayat cinta


Pendapat aku ini filem terbaik yang ditayangkan tv3 untuk tontonan Hari Raya. Tapi malangnya aku cuma tengok separuh je. Cerita cinta yang penuh dengan keikhlasan, ketulusan dan pengorbanan. Aku terharu dengan watak Fahri dan Aisha. Begitu juga dengan watak Maria.

Filem bikinan dari Indonesia ini telah berjaya menampilkan apa erti cinta dari sudut Islam. Kalau ada markah 5 bintang aku bagi semua kepada filem ini. Tayangan Filem Hari Raya tahun ini memang mengecewakan tetapi Filem Ayat-ayat Cinta menjadi pengubat kekecewaan.

Aku mesti cari CD filem nih. Tak pun buku novel cerita Ayat-ayat Cinta wajib dimiliki.

Sunday, October 19, 2008

Pesan guru tentang malam 15

15 Syawal... malam-malam, langit begitu cerah dengan purnama yang gemilang. Aku duduk sendirian di tepi jambatan kayu yang sudah mereput tiangnya. Burung hud-hud mengalunkan
suara memberitahu bahawa musim hujan bakal berakhir. Cengkerik bernyanyi riang.

Entah mengapa hatiku begitu bergelora bak ombak musim tengkujuh. Bagai ada skrin dalam otak mengenang kisah-kisah lama. Zaman aku mula mengenal huruf lewat darjah satu 1987 yang lalu. Tersenyum sendiri tika melihat skrin seorang anak kampung yang mengharungi badai kehidupan di sebuah kampung yang cantik menghijau dengan lambaian pepohonan nyiur.

Mengenang saat-saat pemberontakan aku dengan sang ibu yang menentukan aliran sekolah pondok buatku. Memisahkan aku dengan rakan-rakan yang sama-sama berjanji untuk ke sekolah STAR. Namun aku sangat berterima kasih pada sang ibu yang digerakkan hati oleh Ilahi agar aku mendalami ilmu duniawi dan ukhrawi seiring. Menekuni ajaran guru akademik pada sebelah pagi dan petangnya menadah kitab-kitab terbitan Al-Azhar pimpinan tok Guru tua.

Skrin terus menerawang kepada aktiviti kampung, berkompang, belajar berpencak dan menangkis ajian-ajian manusia yang berhati hitam. Terkenang dengan gerakan pemuda pemudi sekampung, projek kampung indah, belia tani, dan sedikit politik akar umbi buat peneguh bumi watan. Lewat kenangan itu aku terjebak dengan permainan mata dan rasa ...

Namun aku pergi, pergi cuma sementara untuk memenuh ilmu di dada yang konon perlu ada sehelai kertas buat sebuah iktiraf bagi sang santri. Tapi aku pergi tak lama... aku janji akan kembali ke desa yang permai ini .... Akhirnya aku kembali ... tetapi ... tappp...skrin minda terpadam.....

Dimarrrrrrrrrr......Dimarrrrrrrrr.....mmmmmmmmmmm.....

Sapa lak yang panggil aku nih. pandang keliling. Sunyi...bunyi cengkerik dengan burung hud-hud masih sahut-menyahut. Dimarrrrrrrrrr.... ahhh aku tak sedap hati, segala bulu kat badan dah meremang. Teringat aku pesanan guru Haji ........ , lantas ku baca ayat kursi, Surah-surah amalan, Selawat Nabi dan ayat amalan Sheikh Abdul Kadir Jailani ... tekan ibu jari kaki ke bumi dan meniupkan arah belakang 3 kali ... dan .... dan... kunci kapcai kupulas pantas, menghidupkan enjin moto....lantas membuat aksi-aksi mat rempit ...... huhuhuhu... baru aku teringat pesan guru, waktu bulan mengambang di malam hari, selepas makhluk itu terlepas belenggu Ramadan... harus ingat itu. Tenang dan ingat kepada Allah Penguasa sekalian Alam ... scary but dun worry...kita masih khalifah alam ini.

Berbudi kepada tanah

Ni lah hasilnya, cili padi alias lombok rawit
bersama long bean n timun yang
di tanam mase tunggu posting Julai nan lalu.

Dalam sekilo ader nih. harga semasa RM18 sekilo...
boleh le wat isi minyak kapcai gue. masyukkk...

Buah sulung, In Che' long bean and cik timun.

hat ni tak juai la. tanam sebateh je. Syukur alhamdulillah

Gusti Pengeran nugrahaken rejeki marang kulo.

ooooppppppppsss...ini plak ... hasil seni kurang kerjan.

leh wat kolem deepavali lombok rawit.

hehehehe...jangan mare aaaa cik adik....

wrekekekekeke...

Tuesday, October 14, 2008

Mengintai (sore seng kurang kerjan)

meneng-meneng...mengko manuk ey maborr...


jetettt...uleh sak ekok...foto ney waey la...hehe


tengok dalam airnampak bayang-bayang campak

satu batu bayang pun hilang..... lalalalaaa


tanya pada pokok apa sebab goyang nanti jawab

pokok angin yang goncang....

Tanya sama hati apa sebab rindu ... nanti jawab hati

tunggulah aku nang ngisor pokok randu...wrakakakakak...

Friday, October 10, 2008

kabus pagi utawi pedhot enjang

kabus tebal pada jarak 8 meter
merbahaya buat moto Honda EX5 Dream SE
pedhot kemebul
kelajuan yang dicadangkan hanya 60 km/j dengan
memasang lampu tinggi.lambat cam sipot belitong
helmet dan spek basah kuyup, baju sejuk ada
renik-renik air yang halus dan basah...adakah
aku berada di Kanada?

cuaca begini adalah satu kebiasaan di Bagan Datoh
(mungkin di tempat lain juga) ini bermakna peralihan
musim pada setiap hujung tahun bermula September hingga Januari
Time ni kalo nak cari burung pucung banyak lah...tapi di nasihatkan
takyah lah, dah nak pupus dah....pesanan dari aku salah sorang
pencinta alam
.

Thursday, October 9, 2008

Hari Raya dan mancing udang galah

ikan bulan, ikan tilapiah and udang, udang, udang, udang gaaaalaaaaahhhh....

yiiieeehaaaaaaaaaaaaaa.....

Abu tengah susun udang galah si sepit biru dengan hensemnyerrrr......


rejeki wakkk.............!!!!

Tangan dan lutut Abu sampai menggeletar....."ahhhhhh....esok aku pakai jala je lah"kata aku kepada Abu. Tanpa membuang masa beliau teruss hangguk kapla tanda setuju.

Gilerrrrrrrrrrrrrr tol.....udang galah tahun nih...kalo nak ikutkan musim dia dah abis, tapi time raya mencanak-canak pulak banyak nya. so hari raya keempat aku and the kampung gang pegilah memancing. alhamdulillah...udang galah Bagan Datoh tak kalah dengan tempat lain....

Wahahahaha....goreng, goreng.... nih rezeki raya nih ....

Wednesday, October 8, 2008

30 hari berkasih....




Aku yang kehilangan
kekasih semalam
yang hadir hanya sepurnama
saban malam dia menemaniku
mengajakku bersiar ditaman yang indah
taman yang penuh dengan
kelazatan bekalan di alam abadi nanti


aku yang kerinduan
pada kekasihku yang hanya sudi
mengunjungiku selama 30 hari
saban tahun dia tak pernah lupa
terus mengunjungi ku.
aku tak pasti adakah tahun hadapan
aku masih berpeluang berjumpa si dia
sidia bernama RAMADAN ALMUBARAK
wahai kekasih ...
ku rindu pada mu.

suatu hari di hari raya

rupa paras songkok aku tahun ini

kuih raya beraneka jenis ...tunjuk saja takyah buat, mak pun dah uzur, adik pompuan lak SPM tahun nih.




Sunday, October 5, 2008

aku dan persiapan raya

Aku panjat pokok nyor...akak dan mak aku anyam sarung ketupat...hijau sangat plak...dah yang muda jauh ketengah pokok camne nak amik....apa pun petang tu dapat berbuka ngan kupat...

ini Uteh...anak kucing baru adik pompuan aku...
Alahai sabor jelah...
jeng-jeng-jeng hasil seni sejak ratusan tahun yang tak lapok dek zaman. ready to boiled...Uteh dan tuannya mengiringi upacara perebusan saspek...hohohoho...sadis...